Tabung anak-anak

IPAD BANK

Monday, September 10, 2012

Perpustakaan Negara Malaysia untuk kanak kanak

Hari Jumaat lalu, 7 September 2012, aku, kakak dan adik, ke Perpustakaan Negara Malaysia. Kami ke bahagian kanak - kanak. Disebabkan hari itu hari orang berkerja, ajadinya kat library tu hanya ada 3 orang kanak - kanak yang lain termasuk anak - anak aku. Seronok lah jadinya, tempat tu dah rasa macam kat rumah sendiri pulak. Dengan kakitangan dia yang memang tak nosy, diorang buat aje kerja diorang sendiri, jadinya, aku senang la nak jaga anak - anak, teman kakak pilih buku, lepas tu kitrog lepak kat dalam bilik TV yang dipanggil bilik HYPERMEDIA. Hypermedia, tak ape, jangan Hyperactive sudah..

Dengan selambanya kami lepak di bilik itu walaupun aku ada baca di pintu "bilik ini untuk kegunaan kanak - kanak berumur 4 hingga 12 tahun". Alaah, bukan ada budak lain pun, anak aku pun tak bising, masuk ajelah, dan kakitangan kat situ pun okay aje.. so, aku on ajelah.

Kat bilik TV, mula mula tengok nursery rhymes, pastu tengok cerita Finding Nemo,Chicken Run dan Barbie. Waah, berapa jam kami di library? Memang lama, dari bukak library, sampai jam penutupnya. Penat tak terasa sebab macam macam ada.

kan? dah selesa, macam kat rumah dah kitrog.

si mama yang sibuk

Kat sini ada kemudahan wifi, so, kalau sesiapa ada bawa laptop ke, segala gadget ke, boleh la tanya staff sini password wifi mereka.

Perpustakaan Negara Malaysia ni dibuka pada jam 10 pagi hingga ke 7 malam. Kakitangan memang semua baik baik. Dari makcik jaga hingga ke adik yang jaga kaunter bilik hypermedia tu.

Kalau nak makan, nak minum, seberang aje bahagian kanak kanak tu, ada kafeteria, ada karipap giant tau, RM1 sebijik. Karipap Datuk Keramat dia tulis, rasanya memang sedap walaupun mahal. Aku beli 2 bijik.
bilik TV yang play nursery rhymes

ni pintu bilik tv tu


kakak baca buku ke tgk tv?

Harap kami akan ke sini lagi, membawa kakak untuk mengenali buku - buku. (Walaupun kaka bukan geti baca buku pun lagi) Elok kenal kenalkan dia dengan buku yg banyak.. Orang kata, tak kenal maka tak chenta.
Sekian.

kakak mula berjinak jinak nak sukakan buku..

No comments:

Post a Comment