Tabung anak-anak

IPAD BANK

Wednesday, February 6, 2013

Pelakon Setia Hujung Nyawa

Saya bukan nak cerita pasal Pelakon utama nya. Saya nak cerita pasal pelakon sokongannya. Watak bapa Ersalina, Hilal Azman.

Waktu saya masih kecil, teringat lagi, drama favourite aunty saya, Hilal Azman berlakon jadi seorang lelaki yang tidak suka perempuan. Asik prejudis, marah-marah. Lepas tu, masa mandi kat sungai, dia bertukar jadi perempuan. Teringin juga nak tengok cerita tu lagi sekali sekarang ni. Tapi tak ingat tajuk la. Ada sesiapa yang boleh bantu?

Nak dijadikan cerita, suatu hari tu, sementara menunggu Encik Suami siapkan kerja di ofis, saya, dan 2 orang 'bucuk' saya yang comel ni, window shopping la dekat KLCC. Selesai membeli candies dan chocolate dari Candylicious (Sebenarnya, layan kakak. Sebab kat Candylicious tu, ada trollley cute utk kids. So dia rasa macam dia lah yang bershopping.. Kopak purse mama, kakak oi..)

Setelah penat membeli candies, kami lepak di depan sitting area dekat dgn kawasan Pos Office. Sambil tunggu Adik puas naik ride yg RM2.00 tu, (Tak masukkan duit pon, bagi dia syok sendiri, naik ala-ala roket gitu) , saya ternampak seorang yang pada mulanya 'macam pernah kulihat ini orang', terdetik di dalam hati.

Fikir punya fikir, bagai nak rak fikir. Haa, baru teringat, itu lah pelakonnya, Hilal Azman. Lebih kurang gaya pakcik-pakcik la gitu. Tapi lakonannya masih mantap dan best kan. Beliau agaknya dah sedia maklum yang beliau tu selebriti, even bukan la yang glamour sangat macam Siti Nurhaliza ke,kan.. Tapi, nampak la yang beliau sentiasa menjaga penampilan beliau.

Berkemeja, berseluar slack. duduk sambil baca surat khabar Metro, tunggu anak isteri shopping agaknya. Tapi yang tak tahan tu, Hilal Azman ni, asyik dok sisir rambut depannya tu. Saya kira, dalam seminit, mau40 kali dia sisir rambut dia. Agaknya rimas kot. Kot ye pun rimas, potong aje lah pakcik  yer..

Setelah penat melayan Adik dan Kakak syok sendiri naik ride, saya pun bergerak lah ke bahagian lain KLCC.  Sambung window shopping. Hilal Azman pulak, tinggal lah dia dengan rambutnya itu. :P

Happy Birthday Puan Zawiah Hussain

SELAMAT HARI LAHIR MAK..
Terima kasih kerana melahirkan kami
Terima kasih kerana menjaga kami
Bersusah payah demi kami
Terima kasih
Kerana mengajar kami erti kehidupan duniawi dan kepentingan akhirat
Terima kasih atas resepi-resepi mu yang membuatkan kami termimpi-mimpi
Terima kasih kerana berkongsi aura comel mu.
Kerana mak comel,
kami pun chomel ( ohoi..hihi)
Kerana mak pandai masak..
Kami pun pandai masak ( ehem..hihi)
Kerana mak cekal..
Kami turut cekal dan tabah menghadapi hari-hari mendatang
Semoga hari lahirmu pada tahun ini menjadi hari lahir yang lebih gembira dan lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelum ini.
Kami saaaaaaaaaaayang emak!!!