Tabung anak-anak

IPAD BANK

Tuesday, September 4, 2012

Kaum Jahiliah yg Kejam

Berdasarkan info yg aku baca, diorg suka menembak, membunuh, hanya kerana. "suka..suka".

Waah, bukan main suka kau ye.. Kite tengok si akhirat nanti, siapa yg suka yer..

More info, baca sini

Menghitung hari untuk memcekik habis habisan

Aku ni sedang menghitung hari untuk menyambut hari ulangtahun perkahwinan yg ke 5. Actually belated celebration lah.. sebabnya hari anniversary aku jatuh hampir nak raya haritu. pada 17hb Ogos.
Suami pulak, besday nya pada tanggal 15hb Ogos. Hadiah anniversary cum besday dah dikasi, cuma lom celebrate ajelah..

InsyAllah, takde apa aral, kitorg akan mencekik di Fahrenheit88 pada 7 September 2012 ini. Tempat?
Rahsia la. Korang kene follow kalau nak tahu..

Yang pasti, aku akan cuba amik masa, curi masa, pinjam masa untuk menyenap gmbr2 mknn yg ada untuk disajikan ke mata kalian nanti. hehehe... Almaklumlah, first time nak jadi foodblogger la kiranya nih.

Kita tengok lah nanti, dengan anak aku yang sorang tu dah besar la, boleh makan sendiri, cuma letak aje lah udang, ais krim depan mata dia, ok lah tu, cuma dengan si baby uwais ni aku bimbang dia merengek.
Kalau adik merengek, tak dapat lah mama menyental makanan yg ada. Tapi takpe, aku akan cuba usahakan.

Dan, bagi mendapatkan gambaran yg nyata dan cantik, akan kami heret D5100 kami bersama, Mengalahkan wartawan dah ni.. jgn kena halau dek pekerja tmpt tu nanti udah le.. Kami bukan nak memburukkan tempat makan kamu, kami nak share kat blog aje.. isk isk isk..

Okay. sambung menghitung hari... 1..2..3...4..Zzzzz


Michael Clarke Duncan dies at 54

Aku ingat dia sebagai pelakon dlm Green Mile.
Asal sebut Michael Clarke Duncan aje. sure ingat filem Green Mile yg sedih tu.
Kalau korang nak tahu lagi, ada tengok Jimmy Neutron tak? Ada series yg Jimmy jadi spy tu, ade Agent ape tah yg badan besar yang pakai kaca mata hitam tu, itu juga suara Michael Clarke Duncan.