Tabung anak-anak

IPAD BANK

Monday, March 4, 2013

Cameron Highlands Trip Experiences 2013

Tanggal 2 Mac 2013 yang lalu. Kami sekeluarga bertolak dari Klang Valley. Bertolak pada jam 10 malam setelah Encik Suami pulang dari kerja. Berjanji dengan adik ipar dan ibu mertua untuk bertemu di Ipoh. Kasiha Encik Suami. penat tak habis, nak kena drive long hours untuk ke Ipoh pula. Tapi apa kan daya, nak berjalan punya pasal.
Melepasi Tol Bukit Beruntung, Encik Suami merangkap Encik Driver sudah mula letih dan mengantuk. Saya pun sama. Jadi kami berhenti di RnR selepas tol tersebut. Semua tertidur di dalam kereta. Saya pun turut tidak sedarkan diri. Anak-anak, apatah lagi, siap meleleh air liru masing-masing. Terjaga dari tidur, Terasa kereta sudah pun bergerak laju. Agaknya Encik Suami bergegas menyambung perjalanan untuk ke Ipoh.

HARI 1
Perjalanan okay, dalam keadaan terkawal, tiada traffic yang terlampau sesak, okay-okay aje. Lori dan bas memecut laju, tetapi tiada la pemandu yang kurang ajar mahu pun mementingkan diri. Jadinya walaupun laju, perjalanan kami agak selamat.
Kami tiba di sekitar Ipoh pada jam 4 pagi. Pusing punya pusing, sesat, tidak jumpa hotel yang sepatutnya dituju, akhirnya memakan masa lebih daripada 30 minit. Akhirnya tiba juga.
Pekena roti canai sekeping, then terus check in dan tidor untuk baki 3 jam sebelum mula bertolak pada jam 730 pagi nanti untuk naik ke Cameron Highlands.
Kami pun tidur. Agak susah juga nak celik mata pagi tu, almaklum lah, tidur hanya 2 jam lebih sahaja. anak-anak pun kelihatan mengantuk dan letih sangat. Kasihan.
Check out dari hotel di Ipoh, 2 kereta konvoi telah menanti. Kami pun bertolak, melalu Simpang Pulai untuk ke Cameron Highlands. Kata orang, lalu jalan tu kurang sedikit beloknya. Entah lah, kami ni, ikutkan sahaja. Singgah sebentar di warung sepanjang jalan ke Cameron Highlands. Makan nasi lemak berserta ais kosong.
Perut diisi, perjalanan diteruskan.
Dalam satu jam lebih kemudian, tiba di AVANT CHOCOLATE. Para makcik-makcik, biasa lah, menuju ke toilet. Yang lain, berjalan-jalan, tengok-tengok harga chocolate yang agak mahal di sini. - Tak beli apa-apa. Sebab ada antara kami yang katanya selalu ke sini, jangan beli di bawah ni, mahal, nak beli, beli barang-barang di atas sana. So, kami ni ikutkan sahaja.
Teruskan perjalanan. Singgah sebentar untuk bergambar di BHARAT CAMERON HIGHLANDS TEA PLANTATIONS.
Teruskan perjalanan. Singgah di bazaar tepi jjalan yang berhampiran dengan ROSE VALLEY. Tak masuk pun ROSE VALLEY tu, kena bayar RM5 seorang. Kami datang Cameron Highlands untuk 1 mission aje, is to pluck the strawberries. So lain -lain famr yang kena bayar, kami taknak masuk.
Dapat beli 3 HONEY LOLLIPOPS dengan harga RM1.20 sebiji. Kalau dekat BHARAT CAMERON HIGHLANDS TEA tadi, mereka jual benda yang sama RM1.50 satu.
Perjalanan diteruskan. Naik ke kawasan pergambaran OMBAK RINDU katanya. Area BOH PLANTATIONS SUNGAI PALAS pulak. Menapak, memanjat, mendaki gunung teh BOH, Agak semput, mengah jugalah rasanya. Mana tidaknya, saya mendukung si comel saya yang beratnya 10.4 KG. Menggigil jugalah kaki.
Tiba di puncak, berehat sambil makan sekeping cheese Cake dan Coconut Tart di BOH cafe.
Letih hilang, kami mulai turun semula ke kereta. Turun, kami memilih jalan bertar instead of jalan denai ladang teh tadi. Lebih landai, dan lebih mudah dan kurang penat.
Bergerak menuju ke Equitorial Hotel. Angkut  beg-beg baju masing- ke apartment masing-masing.
Berehat sebentar dalam 30 minit. Kemudian kami berjalan kaki menuju ke KEA FARM untuk lihat-lihat apa yang menarik.
Nyata harga barang-barang di sini lebih murah dari di bawah tadi. Kepada pembaca, jika nak membeli belah, sila ke KEA FARM. Jangan beli dulu di kedai-kedai bawah sana. Sebab harga mahal, Nanti menyesal. Contohnya, stawberry yang di pack dalam 500gm, di AVANT CHOCOLATE dijual dengan harga RM18 PER PACK. Di Srawberry Point, dijual dengan harga RM10. Saya beli 3 medium packs of strawberries dan 3 small packs of strawberries dengan harga RM10. Ha, makan lah sampai puas. Anak saya yang dok mengidak nak strawberry tu, terdiam sebab dapat makan strawberry. Memang harga berbaloi. Kena pandai pilih kedai dan pandai menawar.
Kalau anda tak kisah brand teh yang anda nak beli untuk diberikan cenderahati untuk ahli keluarga yang tidak ikut trip anda ni, Anda boleh beli HIGHLANDS TEA dari KEA FARM. Ada satu kedai apek ni, Kedainya betul-betul depan jalan raya. Harga yang beliau tawarkan memang murah banyak dari kedai-kedai lain.Bayangkan lah, fridge magnet yang sama, kedai lain jual RM3 TO RM4 per piece. Apek ni jual RM1 sahaja. Kakak pun siap dapat patung strawberry lagi sebab Ayahnya dapat minta harga kurang dari Apek tu.
Kalau nak beli concentrate Strawberry juice tu, elok beli dengan Apek ni. Sebab dia jual yang besar, harga RM18 dan anda akan dapat yg kecil tu FREE. Nilainya RM10 satu. Saya tak beli, sebabnya bila dah beli sedikit di kedai apek ni, kami pun ingat nak jalan-jalan lagi ke kedai lain, namun hari hujan dan kami pun cepat-cepat la melihat apa yang ada untuk dibeli di situ. Dapat beli jagung mutiara. Tapi kena tipu. Orang ti kata manis, tapi bila test kat bilik hotel, tawar sahaja. Menipu sungguh. Lagi pulak, dia jual 10 tongkol untuk RM10. Kalau kami jalan ke depan sedikit, ada oran gjual jagung yang sama 20 tongkol untuk RM10. Rugi sangat rasanya.GERAM.
Kalau pergi CAMERON HIGHLANDS ikut wing 'Simpang Pulai ' ni, susah sikit nak cari makan. Tempat-tempat menarik pun tak banyak. Sebab kedai-kedai makan yang banyak terdapat di BRINCHANG, TANAH RATA, iaitu di wing kiri , Jalan dari Tapah.
Nak cari makan susah, yang ada waktu itu, ITALIAN SWEATIE CAFE. Kami makan SPECIAL MENU. Order Chicken Chop with Rice, Free TEA DRINKS. Makan.
Sudah letih berjalan, sambil dukung si BAMBAM ni, hari pula hujan renyai-renyai, kaki mulai penat, kami mulai beransur pulang ke hotel untuk berehat.
Singgah sebentar di kedai jual burger, beli burger yang amat mahal. harga burger ayam dan telur sama sahaja. Better pilih ayam, kenyang sedikit.;
Balik bilik, mandikan anak-anak, bersiap-siap, tertidur dalam kelaparan.

HARI 2
Pagi-pagi subuh sudah bangun. Anak-anak pun super excited nak berjalan hari ini. Kakak, sibuk nak ke Strawberry Farm, Nak pluck strawberry katanya. Semua orang lapar, naik kereta, menuju ke Cactus Point, Singgah sebentar. Beli cactus. Di sini, sebiji RM2. Beli 6 harga nya RM10. so Kami beli 6 cactus, berserta holdernya RM9 satu. Jumpa pokok serai wangi yang dicari-cari. Harga di sini sebiji pokok serai wangi tu RM5. Semalam, di KEA FARM, ada nyonya jual, sebiji RM6. Tapi nyonya tu sombong yang amat. Rasa nak lempang jek. Nasib tak beli dengan dia dan kami dapat pokok yang harga lagi murah. Puas hati.
Berangkat ke next pit stop. Tiba di Strawberry Valley. Sini tiada pluck strawberry. Namun ada 2 kedai makan ala kafe di sini untuk orang-orang kelaparan seperti kami ni. Nasi lemak di sini RM6 satu, Even Maggi cup yang tinggal dituang air panas tu pun RM2.50 satu. Kami nak budget ,beli nasi lemak , dan maggie aje, air tak beli, minum air mineral yang dibawa dari rumah aje. Jimat sikit.
Selesai makan, bertolak semua pusing ke KEA faram sebab nak ke RAJU'S HILL. Ingat nak pluck strawberry di situ, namun Raju dah tak buat self plucking dah. So kesian Kakak. tak dapat petik strawberry.
Lepak kat Raju's Hill kejap, makcik-makcik pergi toilet, seperti biasa.
Lepas tu teruskan perjalanan turun bukit untuk pulang.
Singgah di AL MASHOOR FARM. Beli strawberry jam di sini. MURAH. Beli 2 botol, RM10. Tempat-tempat lain, jual RM6.50
Beli juga strawberry jelly drink untuk Kakak dan Adik share.
Teruskan perjalanan, singgah ke AVANT CHOCOLATE. Beli sedikit chocolate, air krim strawberry, RM1 satu. Air krim Malaysia yang mahal tapi sedap. Dan beli juga BUAH CINTA. satu paket RM2.
Habis trip, Selamat tinggal CAMERON HIGHLANDS.
Perjalanan yang memenatkan dan Kakak tersenyum puas dapat makan strawberry banyak-banyak. Maklumlah, kat sini, strawberry kan mahal yang amat. satu pek kecil dah RM12.00
Kat Cameron Highlands, kalau pek kecil, hanya RM4 sahaja.