Tabung anak-anak

IPAD BANK

Friday, November 30, 2012

Keputusan PERADUAN BAYI BULAN INI PAMA

uwais elyas bin maaruf
Lelaki
28/2/2012
0 tahun 9 bulan

Jum. Undi: 244965


Sebentara nanti akan kita ketahui keputusannya. Sama ada Bambam mana ini akan dapat ke top 5 ke atau tidak. Semoga kebaikan menyebelahi uwais elyas. Terima kasih kepada yang sudi mengundi Adik semenjak 22 November lalu.

Convert unwanted cloth into a storage saving underwear dispenser!


We have been using it 4 years already. It is indeed a storage saver. Try make it your own today! I have post my DIY to a contest. Vote for me!!

--

Best Regards,
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe

http://enirawardrobe.blogspot.com

Jangan Mula Mencuba

Jangan mula mencuba pelbagai perkara untuk menjadi umat yang hidup barakah dan isteri yang mithali dan suami yang dikasihi.
Mengikut pandangan dan pendapat MEUE, janganlah kita, yang telah bersuami, mahu pun beristeri, dan beranak-pinak, mula berjinak-jinak dengan perkara-perkara di bawah. Berikut merupakan dari sudut pandangan MEUE dan juga melalui bacaan dan juga pengalaman dari kenalan-kenalan terdekat. Bersama-samalah kita menyatukan keluarga kita demi mendapat barakah dari ALLAH SWT dan keluarga disinari NUR SAKINAH WA MAWADDAH WA MARHABBAH.

  1. Bagi isteri, ketika ber FACEBOOK, TWITTER dan sebagainya, elakkan berkenalan dengan lelaki. sungguh pun niat anda nak berkenalan sahaja, saja nak tambah LIKE dan bagai-bagai lagi reason, fikirlah, ketika kita mula-mula bercinta dengan sumai kita, semuanya bermula dari perkenalan. Pernah MEUE terbaca, ada pepatah yang mengatakan. Dari mata, turun ke hati, manusia hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk jatuh cinta jika bertentang mata dengan si dia. MEUE faham, ada yang di luar sana tidak setuju dengan pendapat MEUE, Tetapi ini hanyalah pendapat peribadi yang disokong sedikit oleh pendapat luaran. Walaupun anda dah set kan hati anda untuk suami anda dan kenalan lelaki anda tu hanyalah kenalan, tetapi, ingatlah, syaitan berada di mana-mana. Sedar tak anda bahawa memang syaitan berusaha untuk menyesatkan umat Islam.MEUE terfikir dan terpanggil untuk menulis tentang ini. MEUE dahulu, semasa bercinta, bohonglah tak ada sekali pegang tangan dengan suami. Memang bila pegang tangan masa tu belum muhrim, rasa macam romantis sangat, macam best sangat. Tapi, bila sudah menjadi suami isteri, inikan pula sudah beranak-pinak, rasa nak pegang tangan, rasa berat, rasa malu dengan masyarakat,Sebenarnya MEUE tahu, itu adalah kerja syaitan semata-mata. Bila kita sudah menjadi halal antara satu sama lain, kan jika kita berpegang tangan dengan suami, siap dapat pahala dan gugurnya dosa-dosa. Maka syaitan tak mahulah kita berpegang tangan dengan suami. Manakala semasa kita belum bernikah lagi, kan haram berpegangan tangan, maka syaitanlah yang menghasut kita supaya pegang tangan. Sungguh jahat syaitan ini. Sememangnya makhluk terkutuk. Jadi, janganlah kita bersahabat dengannya.
  2. Perkara yang sama juga patut diambil perhatian oleh sang suami. Si isteri memang faham jika anda mempunyai sekretari yang cantik, atau pun anda memang selalu menghadiri majlis-majlis atau makan malam bersama rakan se ofis demi kepentingan kerja. Lelaki lebih mudah untuk menjadi suami yang baik dan setia. Lelaki yang leka juga akan menjadi lebih mudah menjadi hamba syaitan. Ingatlah wahai suami-suami di luar sana, syaitan tidak pernah berhenti untuk mendorong kamu membuat keburukan. Sesekali itu, tepuklah dada, tanya lah hati, soal lah iman, sedarkan diri anda selalu, ingatkan diri anda selalu siapa diri anda, bagaimana anda harus membawa diri anda dan fikir-fikirkan perasaan isteri dan anak-anak anda selalu. Jika itu yang anda selalu ingatkan, insyALLAH semuanya selamat. Dan anda akan sentiasa dilindungi ALLAH SWT daripada melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh NYA. Suami, jangan sesekali bersahabat dengan wanita. Lebi-lebih lagi ketika wanita itu mahu pun anda sedang mengalami konflik mahu pun masalah dan memerlukan teman untuk berkongsi duka. Gunakan akal yang dikurniakan ALLAH SWT, isterilah tempat anda berkongsi suka duka. bukan wanita yang bukan muhrim itu. Yang paling utama, ingatlah ALLAH SWT selalu, kedua, ingatlah wajah isteri dan anak-anak anda selalu. Jika demikian, insyALLAH keluarga anda akan mendapat barakah ALLAH SWT selalu.
  3. Jangan mula mencuba mendekati sahabat-sahabat yang kurang baik akhlaknya. Yang ini, tidak perlu MEUE perluaskan kerana topik ini cukup mudah dan ringkas sepertimana pepatah mengatakan. Jika berkawan dengan bunga, badan berbau wangi, jika berkawan dengan sampah, badan turut berbau sampah. Mengikut Al Quran, jika kita mengunjungi tempat-tempat ibadah, dan majlis ibadah, kita kan dikurniakan pahala. Nah. senang-senang aja nak dapat pahala dari Allah SWT. Maklum lah, kita ni, manusia biasa, dalam sehari, mesti ada dosa yang kita lakukan. Jadi, selain sentiasa bertaubat, elok lah kita merebut mendapat pahala yang mudah dari ALLAH SWT. 
MEUE rasa, ada banyak lagi yang patut kita JANGAN MULA MENCUBA demi menjadi umat yang terbaik, tetapi, MEUE tersangat sibuk membahagikan masa buat masa ini, nak mengundi anak bagi peraduan BAYI BULAN INI DI PAMA, nak mengemas barang untuk pindah dan menjaga anak-anak dan juga menguruskan bisnes yang ala kadar ini. Semoga nukilan MEUE kali ini dapatlah menjadi sumber inspirasi pembaca . Sekian terima kasih.

--

Best Regards,
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! 
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe
 
http://enirawardrobe.blogspot.com