Tabung anak-anak

IPAD BANK

Tuesday, October 9, 2012

Movie Review : Enough

MEUE sememang nya peminat movie. Masa zamanmuda-muda dulu, menonton wayang sememangnya salah satu kegemaran MEUE.

Tapi sekarang ni, orang kata dah ada "2 handbag", susah nak menonton wayang. Kang sorang nak "sheeshee" lah, sorang lagi nak susu lah.. lagi tambah pulak budak2 bising lah, menangis lah.. Haa.. baik lah kita menonton DVD kat rumah aje... Same aje.. cuma takde lah skrin gergasi dan bunyik yg berdentam dentum sampai nak pekak telinga. Actually, better jugak, kan? sebab leh conserve telinga, takde la pekak ahli keluarga MEUE di kemudian hari.

MEUE sememangnya peminat Jennifer Lopz aka J Lo. J Lo ni kalau nyanyi, vokal dia takde lah mantap macam Christina Aguilera, tapi boleh la tahan. Semua ni disebabkan beliau bijak dengan arangement musik beliau yang best. Kalaubab nyanyi Spanish, MEUE suka lagu "No Me Ames" Best. Lagi pulak beliau nyanyi dengan Marc Anthony aka bekas suami beliau. "Lets Get Loud" pun hit juga. Sampai kan Jom Heboh pada zaman dulu-dulu gunakan lagu J Lo ni sebagai lagu Jom Heboh mereka kan?

MEUE dah ada DVD Enough ni dah lama dah. Sejak tahun 2009 kalau tak silap. Cerita ni jalan ceritanya, biasa-biasa aja. tapi MEUE suka sangat sebab cerita ni memberi sumber inspirasi bahawa kaum hawa bukan lah golongan yang lemah dan mudah diperkotak katikkan oleh kaum adam.

Ceritanya yang "simple" dan "light", mudah difahami oleh orang-oarng yang "slow" untuk faham cerita-cerita kompleks macam "Da Vincci Code" dan sewaktu dengannya.

Kesilapan Mitch (watak suami) di dalam Enough ni adalah, beliau suka main kayu tiga. Terang-terangan dan berani memukul isteri. MEUE tahulah Mitch ni kaya-raya orangnya, tapi, dia tidak berhak untuk menyakiti Slim (isteri Mitch, lakonan J Lo). Tetapi, apa yang mungkin penonton movie biasa yang mungkin tidak perasan, ada satu babak "sweet" yang Mitch katakan. Di mana, kawan Mitch bertanya, "kenapa kau kahwin juga dengan dia dan langgar perjanjian kita (iaitu hanya berfoya-foya dengan wanita, bukan kahwin dengan mereka)" Mitch menjawab "mungkin itu cinta".

Jadi, Mitch sememangnya sayangkan Slim. tetapi beliau bersikap tidak adil dan tidak berusaha untuk menambat dan memujuk Slim dengan cara yang lembut. Apa yang Mitch tahu, pukul dan hentak Slim jika Slim marahkan beliau yang selalu berfoya-foya dengan wanita-wanita di luar sana.

Langkah Slim untuk meminggalkan rumah Mitch memang tepat. Tetapi terdapat babak-babak cemas. Di mana SLim dikejar Mitch dari motel yang SLim dan anaknya menginap dan babak di mana Mitch tiba-tiba muncul di rumah baru Slim pada pagi hari. Lakonan Jennifer Lopez sebagai Slim dengan terketar-ketar tangan cuba mgnhidupkan enjin kereta amat berkesan. Jikalau MEUE berada di tempatnya, memang MEUE pun akan terketar-ketar tangan kerana terlalu terkejut dan takut.

Cerita ini diakhiri dengan kematian Mitch. Di mana, Slim mempelajari seni mempertahankan diri kerana beliau tahu, Mitch amat kuat dan suka memukulnya.

Pada suatu hari, Slim pergi ke rumah Mitch untuk "membunuh" Mitch kerana Slim sememangnya taida harapan untuk menjaga anaknya dan hak penjagaan akan diberikan kepada Mitch yang sudah tentu lebih kaya orangnya.
Jennifer Lopez in Columbia's Enough - 2002
Sila saksikan Enough jika pembaca ingin tahu bagaimana sebenarnya ceita ini. babak-babak favourite MEUE adalah semestinya dikala Slim melarikan diri dari rumah barunya apabila didatangai oleh Mitch dan babak pergaduhan Slim dan Mitch di rumah baharu Mitch.