Tabung anak-anak

IPAD BANK

Wednesday, March 13, 2013

OPS DAULAT dikatakan melayan pelarian seperti haiwan

Ngeri dan gerun saya jika membaca berkenaan kisah OPS DAULAT yang memang topik panas seharian bermulalah dari berlakunya pertempuran antara pihak polis dan penceboroh di Kampung Tanduo. Sebenarnya saya tidaklah mengikuti sangat ceitera Ops ini. Namun hari ini Malaysia dikejutkan lagi dengan pemergian 2 orang lagi anggota pertahanan negara. Seorang telah kembali ke rahmatrullah akibat daripada kemalangan 'truck' di Sabah. Seorang lagi meninggal akibat pertempuran bersama penceroboh.
Semoga penduduk Sabah terselamat daripada ancaman buruk. Semoga tiada lagi nyawa yang terbang.

Namun hati sedikit gusar apabila membaca tentang pelarian Sulu yang sempat pulang ke tanahair mereka, mereka mengatakan bahawa pihak pertahanan Malaysia berlaku kejam ke atas mereka. Sudah macam cerita wayang pula jika perkara sebegini berlaku. Ialah, dalam wayang, ada 'bad cops, bad armies' tu kan. Tapi, takkan lah pasukan pertahanan Malaysia berperilaku buruk seperti yang diperkatakan oleh pelarian tersebut.

Semua orang tidak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah.Sama ada pelarian itu yang membuat cerita atau pun sebaliknya. Seperti yang kita tahu, hanya yang MAHA ESA  yang tahu apa yang berlaku sebenarnya. Doa saya, biarlah pelarian itu yang membuat cerita, kerana rata-rata majoriti pasukan pertahanan Malaysia adalah beragama Islam. Haram dan berdosa jika menganiaya manusia apatah lagi manusia yang dalam keadaan tidak berdaya. Semoga psukan polis dan tentera di Sabah cekal dalam apa-apa urusan dan semoga keadaan kembali aman dan tiada lagi pertumpahan darah berlaku lagi.

Cukup, cukup sudah, biarlah sampai di sini sahaja.