Sepanjang hari ini, disebalik kesibukan mengemas barang untuk our next moving out, hati berasa sayu dan hiba kerana telah melihat gambar-gambar anak-anak kelahiran Palestin yang meninggal akibat diserang Israel baru-baru ini.
MEUE bukanlah orang sufi atau alim ulamak. Tetapi MEUE adalah Muslim. Anak-anak Palestin yang mati itu kebanyakannya sebaya dengan umur anak MEUE. Tidak dapat dibayangkan jika keadaan yang sama menimpa diri ini.
MEUE juga bukan jutawan yang mampu menderma untuk membantu mereka di Palestin. MEUE hanya mampu mendoakan keselamatan umat-umat Islam Palestin supaya dilindungi Allah SWT. Semoga segala aktiviti Israel dapat dihalang Allah SWT. Hanya Allah SWT yang mampu membantu mereka.
MEUE sedih. Kita di sini, sibuk memikirkan nak makan apa tengahari nanti, nanti malam nak makan apa pula, lepas tu, esoknya, nak makan apa untuk breakfast. Tetapi mereka di Palestin, tidak putus-putus memikirkan bagaimana nak terus hidup daripada ditembak, dibedil meriam dan dibom oleh kaum jahiliah.
Mari doakan keselamatan saudara seagama kita di Palestin.
Monday, November 19, 2012
Apabila lelaki bergossip
As my last article. I am kinda busy nowadays. Lagi-lagi pulak sibuk dengan proses pembelian rumah, proses mengemas rumah, packing for our next moving out. Actually, kitorg tak terfikir pun nak moving out from this current house.
Tetapi..
Disebabkan oleh jiran-jiran (lelaki) yang aktif bergossip, kami terpaksa pergi. Dahsyat sungguh penangan orang lelaki bila mereka sudah mula untuk mengumpat aka bergossip sesama sendiri. MEUE malas nak cerita details tentang apa yang mereka katakan. Cukuplah sekadar nak share bahawa, orang lelaki di malaysia ini, kalau dah bergossip, mengalahkan makcik-makcik di kampung. Macam punggung ayam. Bercerita tak berhenti.
Sedarlah wahai jiran oi. Awak tu dah la lelaki, tak malu ke dok menebeng kat pagar rumah, bercerita hal orang. Kami ni, duduk elok-elok je kat rumah kami, tak kacau hang pun..
Semoga mereka mendapat balasan atas bahana fitnah yang telah mereka taburkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)