Tabung anak-anak

IPAD BANK

Thursday, June 20, 2013

Kedekut, Pengecut dan Munafik

Kedekut, pengecut dan munafik telah terhimpun dalam diri seorang Yahudi Madinah. Dia adalah Jad bin Qais, iaitu salah seorang yang termasuk dalam golongan orang-orang munafik. Dia seorang yang bertubuh kurus dan pengecut. Jad bin Qais adalah seorang yang terkemuka dari Bani Salamah. Ketika hendak berangkat menuju ke perang Tabuk, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Wahai Jadi bin Qais, adakah kamu memiliki keberanian untuk menghadapi Bani Ashfar (Romawi)?"

Jad menjawab, "Wahai Rasulullah, kaumku telah mengetahui bahawa aku adalah orang yang mudah terpikat dengan wanita. Aku takut jika aku melihat wanita-wanita Bani Ashfar, aku akan tergila-gilakan mereka. Oleh itu, janganlah engkau menjerumuskan aku dengannya dan izinkanlah agar aku tidak mengikuti peperangan ini. Selepas itu, aku akan menolongmu dengan hartaku."

Nabi Muhammad SAW menolaknya dan berkata, "Aku izinkan kamu,"
Berkenaan dengan peristiwa ini, turun ayat yang berbunyi,

"Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata, "Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah". Ketahuilah, mereka telahpun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan dusta itu). Dan sesungguhnya, azab Jahanam meliputi orang-orang yang kafir." - Surah At Taubah : Ayat 49

Ketika ayat berkenaan dengan munafik ini (Jad bin Qais) yang berasal dari Bani Salamah turun, Nabi SAW berkata kepada mereka, "Siapakah pemimpin kamu?"

"Jad bin Qais, tetapi dia seorang yang kedekut dan pengecut," jawab mereka.

"Penyakit apakah yang lebih berbahaya dari sifat kedekut? Pemimpin kamu sekarang aalah seorang pemuda,"