Sewaktu menunggu, kelihatan sepasang suami isteri sedang sibuk mendirikan payung warung mereka di tepi jalan. Pada mulanya tertanya-tanya , apakah yang ingin mereka niagakan pada petang itu agaknya. Semasa si suami sibuk mendirikan payung warung, si isteri mengeluarkan sebiji buah nangka yang amat besar daripada MPV mereka. Wah, mereka meniaga buah nangka rupanya. Si isteri lantas mengambil pisau lalu memotong nangka tersebut dan terus memasukkan beberapa ulas ke dalam plastik yang telah disediakan.
Jangan fikir hanya pisang goreng panas sahaja yang laku di waktu petang. Nangka pasangan ini juga tidak ketinggalan. Mana tidaknya, nangka yang baharu sahaja dimasukkan ke dalam plastik, terus dibeli oleh orang lalu lalang di situ. Orang India, Cina pun beli. Padahal, belum habis pun nyonya tu potong sebiji nangka. Rezeki mereka agaknya.
Boleh dikatakan, dalam 5 minit, 5 orang yang lalu, semua beli seplastik nangka yang telah dipotong mereka. MEUE pun terasa ingin pula nak beli, tetapi hasrat terbantut dek memikirkan kehalalan pisau yang digunakan pasangan tersebut. Takut-takut pisau tersebut pernah digunakan untuk memotong apa-apa yang tidak halal bagi orang Islam.
Kesimpulannya,kita harus rajin berusaha, baharulah dapat mencapai kejayaan. Jangan fikir orang yang jual-jual di tepi jalan ini sengkek hanya kerana luaran mereka. Siapa sangka, dalam rupa mereka yang biasa-biasa ini, mereka lebih kaya dan mewah daripada anda yang dok berkerja siang malam, kononnya berpakaian wangi, berbaju kerja.
sekian.
--
Best Regards,
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe
http://enirawardrobe.blogspot.com
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe
http://enirawardrobe.blogspot.com