Tabung anak-anak

IPAD BANK

Friday, January 25, 2013

Almarhumah Siti Hajar Ahmad Sabir

Innalillahiwainnailaihiraajiuun..
Bismillahirrahmaanirrahiim.

Saya tidak mahu cliche dengan meng copy dan paste cerita tentang almahrumah adik Siti Hajar Ahmad Sabir berkenaan catatan terakhir almarhumah semasa hari-hari beliau di dunia ini. Catatan tersebut ditulis oleh ibu beliau sendiri.

Anda boleh baca catatan ibu almarhumah adik Siti Hajar di sini.
almarhumah Siti Hajar - picture credit to mujahida2u.blogspot.com
Melihat wajah beliau, jelas menunjukkan wajah seorang anak yang baik. Saya mendoakan agar roh almarhumah berada di kalangan para syuhada'. Tidak pula saya mengenali beliau. Hanya mengenali almarhumah daripada viral catatan yang saya baca.

Pendirian almarhumah dan keluarga sangat menyentuh hati. Sungguh dalam iman bagi orang muda seawal usia 20 tahun.  Saya turut membaca bahawa pusara almarhumah wangi dan liang lahadnya terang ketika dikebumikan. Subhanallah.

Begitu tenang dan redha ketika almarhumah di ambang kematian. Subhanallah. Malu saya jika dibanding dengan almarhumah yang masih muda jika dibandingkan dari soal keimanan dan keagamaan. Subhanallah, catatan ibu almarhumah membuka mata dan mata hati saya untuk menjadi insan yang lebih baik dan saya berhasrat untuk menambah keimanan dan mendidik anak-anak menjadik muslim terbaik, sebaik almarhumah Siti Hajar. Baik yang saya katakan bukanlah baik bererti saya kenal dengan beliau. Saya bermaksud bahawa baik sebagai muslim, hamba Allah di muka bumi ini.

Sesungguh orang yang dipanggil menghadap Ilahi adalah orang yang dikasihi Allah SWT. Pengetahuan saya tentang agama masih cetek. Sila betulkan saya jika saya khilaf.

Wahai adikku Siti Hajar Ahmad Sabir, berehat dan tenanglah di sana. Sesungguhnya kami bakal menyusulmu kemudian. Semoga Allah membimbing saya dan keluarga ke jalan yang di redhai Nya.