Tabung anak-anak

IPAD BANK

Wednesday, November 14, 2012

WHI - Gugur Janin Di Usia Muda

Pada 14 November 2012, Wanita Hari Ini menampilkan tajuk "Gugur janin di usia muda".
Terdapat 3 ahli panel yag dijemput. MEUE tertarik dengan ahli panel pengasa rumah Raudhatul Sakinah. Iaitu mereka di Raudhatul Sakinah lebih fokus kepada mengajar remaja-remaja yang datang kepada mereka dengan mengajar mengenai dosa bzina yang telah dilakukan.

Mengikut pendapat MEUE, betul lah apa yang ahli ulama' yang pernah berkata, ingatlah Allah, ingatlah tujuan kita hidup di dunia ini. Jauhilah zina. Kerana dengan penzinaan itu, mampu mendatangkan pelbagai musibah, bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada keluarga, agama dan masyarakat.

Di manakah akal yang dikurniakan kepada kamu wahai perempuan? Di manakan iman yang ada di dadamu wahai wanita? Berzina itu satu hal, kamu menjawablah dengan Allah SWT di akhirat nanti. PEnguguran itu satu hal lagi. berdosa membunuh nyawa anak-anak yang merupakan ahli syurga Allah.

My daughter, ME, turut menonton rancangan WHI hari ini, she asked me, what happen to the baby?  
(Sebab dia lihat gambar-gambar bayi yang berlumuran darah di kaca TV). I replied to her that "That's a baby". ME tanya lagi. "Kenapa baby macam tu? Kesian baby tu.. Bujuk..bujuk..(bujuk-bujuk tu panggilan my datughter to her baby brother). Mama cakap dengan orang tu, kalau dia taknak baby tu, nanti mama ambil eh.. boleh main dengan bujuk-bujuk." Wahai wanita di luar sana. Lihatlah, anak yang berusia 4 tahun sudah mempunya perasaan simpati kepada bayi tidak bernyawa yang digugurkan itu.

Berbaliklah kepada Allah SWT. Jauhi zina. Semoga umat-umat Islam di zaman ini dilindungi oleh iman masing-masing.