Hari ini, Wanita Hari Ini, Rabu,17 Oktober 2012 mengisahkan wanita-wanita yang ditipu oleh bomoh.
Kenapa lah kita di zaman millenium ini, senang sahaja ditipu oleh manusia?
Mungkinkah semakin ramai manusia yang terdesakkan wang, hingga sanggup menyusahkan saudara sesama Islam yang lain.
Yang menariknya, warga bomoh ini, bukan main licik orangnya, hinggakan, orang-orang yang lebih terpelajar dari mereka pun ditipu dengan mudah sekali. Bak kata orang, mereka ni, memang arif dan handal dalam bidang psikologi manusia agaknya. Kalau macam tu, apa kata, pakcik-pakcik bomoh sekalian, pergi daftar ke mana-mana universiti atau kolej, ambil lah bidang psikologi. Sesungguhnya, memang mudah untuk anda mendapatkan sijil dalam bidang kegemaran anda.
Dengan cara itu, dapatlah pakcik-pakcik bomoh ini mencari rezeki dengan yang lebih baik, halal, tanpa menipu orang lain dengan membohong itu dan ini.
MEUE pun pernah ditipu oleh seorang Muslim, alah, orang kita juga, orang Melayu.
Tapi bukan bomoh. Dia ni, dikategorikan sebagai "perempuan tiada perasaan".
MEUE masa tu, memang terdesak, inginkan kerja sambilan bagi menampung hidup. Lagi pulak, masa tu, MEUE nak kahwin, jadi, nak lah tambah wang perbelanjaan untuk kahwin.
JAdi MEUE dan tunang (sekarang suami) pun pergi lah ke pejabat perempuan tersebut yang terletak berhampiran dengan Pasar Seni. Nama perempuan tersebut, FERRY ADRIANA. Awas ye, pembaca, jika anda berurusan dengan makhluk Allah bernama ini, awas, kerana anda bakal ditipu.
MEUE dijanjikan kerja mengisi dat-data kosong dari syarikat besar, dan akan dibayar setelah data-data dimasukkan.
Tapi, MEUE memang bongong juga, dah sah -sah lah, MEUE yang nakm intak kerja, buat apa MEUE bayar wang pendahuluan? Tak tahulah. Mungkin bukan rezeki agaknya.
Jadinya, MEUE dan suami pun membayar wang pendahuluan sebanyak RM170 seorang. (dua orang dah RM340) dengan harapan tinggi supaya dapat kerja tambahan.
Nama syarikat tersebut adalah UNIVERSAL PYRAMIC. ( dah la tak pandai eja. ade ke pyramid dia eja pyramic. bongong betul)
Tapi, sebodoh-bodoh mereka, berjaya juga mereka menipu MEUE dan mungkin beribu-ribu orang di luar sana.
MEUE tak boleh bawakan kes ini ke polis, sebab MEUE dan suami dah tandatangani perjanjian bahawa duit yang dibayar hanyalah sebagai wang pendahuluan. jadinya, secara amnya, di dunia ni, mereka di UNIVERSAL PYRAMIC memang terlepas dari pengadilan. Tunggu ajalah di akhirat nanti, ye FERRY ADRIANA.
Walau pun sudah 5 tahun berlalu, MEUE tetap ingatkan nama penuh makhluk itu kerana MEUE sangat kecewa dengan apa yang telah berlaku.
Untuk orang yang inginkan kerja sambilan atau apa pun. jangan lah terpedaya dengan orang sebegini.
MEUE hanya mampu sms kepada mereka ayat ini "Semoga ALLAH membalas jasa kamu semua yang suka menipu sesama muslim" kepada si FERRY ADRIANA dan konco-konco ini.
Kalau pembaca rasa nak tambah pendapatan ke, bolehlah jadi dropshippers di sini . Ada beg-bneg tangan dan juga Charcoal Mask yang terkenal tu. Tak payah nak wang pendahuluan ke apa ke.
Jadi, berhati-hati lah di zaman ini, kerana semua manusia semakin mementingkan diri sendiri.
Semoga kita sentiasa dilindungin oleh Allah SWT.