Tabung anak-anak

IPAD BANK

Monday, October 1, 2012

Purr by Katy Perry

Semalam, saya jalan-jalan, saya terlihat perfume baru dari Katy Perry. Ada 2, satu Purr, satu lagi Meow. Rasa macam nak cuba Purr dulu. Mari kita!

Kedai jual Purr by Katy Perry di sini

IKEA hotdog yang Ummph!

Minggu lepas, Ahad, MEUE sekeluarga ke Rawang lagi. Kali ini kami sudah berjanji dengan kontraktor dari Rawang untuk berjumpa di rumah Rawang. Awal-awal pagi sudah kami bertolak. Cuba melalui LDP untuk ke Rawang. Kali ini MEUE cuba ingatkan jalan pergi ke Rawang supaya balik boleh lalu jalan yang sama lagi. Sebab minggu lepas, pergi berjaya ikut LDP, tapi balik, termasuk jalan Bangsar pulak.

Jadinya, MEUE dah berjaya ingat jalan, balik pun, kami dapatlah lalu jalan yang sama, melalui LDP, passing by IKEA, Ikano, apa lagi, singgah la sekejap ke IKEA. BUkan nak shopping, tapi nak makan hotdog dan karipap IKEA yang famous tu.

Kalau orang tak pernah rasa hotdog dan karipap IKEA, memang rugi, sebab rasanya memang best. Tapi semalam, rasanya lah, karipap IKEA tu, dah makin "kurus" intinya, walaupun rasanya masih sama, tetap HOT dan SEDAP. Tak hairanlah, setiap kali nak makan hotdog IKEA, panjang betul barisan orang yang beratur. Tapi, kami tak kisah, sebab kami memang tengah lapar.. Kami nak sental hotdog IKEA. Almaklum sajalah, pagi-pagi dah berangkat ke Rawang, nak buat breakfast pun tak sempat, kakak dah grumpy dah marah-marah kata lapar. Sabar ya, akak, kan ayah janji nak bawak gi makan hotdog best!

Minta maaflah, MEUE hanya mampu berkongsi cerita sahaja tentang karipap dan hotdog IKEA ni, sebab MEUE tak bawa kamera kami, almaklumlah, kamera kami ni, "besar gabak". Kalau takde special occasion ke, malas lak nak bawak, nak jaga anak-anak lagik. Tunggu lah anak-anak dah besar sikit, dah pandai behave, nanti akan MEUE usung kamera kami ke sana, ke mari, so that, boleh lah MEUE upload segala cerita yang MEUE kongsikan.

Disebabkan kami sekeluarga lapar, encik Husband meng order 9 hotdog untuk kami bertiga. wahaa.. 9 hotdog untuk kami bertiga? yess! Kami, kalau dah lapar, memang makan macam buaya. tapi tak lupa baca Bismillah tau.

Buat yang akan cuba hotdog IKEA tu, harga satu hotdog, kalau tak silap, RM2. Tapi ambil lah Combo A, siap hotdog campur air soda, bayar RM3 aja. Kalau nak karipap dengan soda,ambil lah Combo B kalau tak silap, harganya RM2.

Kat situ, takde kerusi, so that, semua orang boleh cepat makan then blah dan memberi orang lain yang laparkan hotdog IKEA untuk makan pula. Pilihan air yang ada, PEpsi,  7Up, Mountain Dew, PLain Soda( ni tawar rasanya), Strawberry. Kalau pilih soda, leh refill, minum lah banyak banyak kali sampai kembung. Tapi kalau pilih nak hot water macam tea ke, coffee ke, cappucino ke, takleh refill.

Jadinya, kalau anda datang berdua ke, tak payah la nak beli 2 air, beli je satu air, dan pastu share lah dengan partner anda, kan air boleh refill, jimat lah wang. Almaklumlah, sekarang ni ekonomi makin tak menentu, semua barang mahal, cekik darah harganya.

Dan bagi orang yang bawa anak-anak. Dan actually mak budak, bapak budak pun, akan suka untuk beli ais krim vanilla IKEA. RM1 je satu. Anda akan diberi satu token kecil oleh cashier bila sudah order. Sila jaga token anda baik-baik, sebab mudah hilang. Lepas tu, anda pergi beratur ke mesin ais krim, letakkan kon ais krim yang ada kat tempat yang disediakan, pastu masukkan token tadi. SIAP! 1 ais krim vanilla yang pekat sungguh rasa susunya untuk dimakan.

Semalam, kami hanya beli 1 ais krim untuk kakak. itu pun kami kongsi bersama, sebab masing-masing dah kenyang makan karipap dan hotdog.

Cerita pasal hotdog IKEA pula. hotdog nya panjang lah daripada biasa punya ukuran hotdog yang dijual di pasaraya. Selepas anda bayar di kaunter, anda akan dapat hotdog dibalut roti hotdog. pastu, anda pergilah ke "condiment' island. Kat situ, bubuh lah sendiri pilihan-pilihan yang ada, ada bawang cincang, ada mustard, sos cili dan sos tomato. MEUE selalu letak mustard dan sos cili aja. MEUE tak suka bawang. Manakala encik Husband peminat bawang, beliau sure letak banyak-banyak bawang dan kakak pula peminat sos tomato.

Di aman letaknya hotdog dan karipap IKEA yang popular ni? betul-betul di depan kaunter keluar IKEA. Kalau datang dari The Curve, melintas aja jalan dari COffe BEan, terus sahaja masuk Ikano yang dah dekat sangat dengan IKEA tu.

Sekian, terima kasih.