Di pagi ini, wall Facebook terlihat foto yang di share oleh friends di Facebook. Sila ke link tersebut untuk membaca dengan lebih lanjut kerna saya di sini ingin bercerita tentan gpengalaman peribadi menangani aktiviti lelaki miang ini.
Pengalaman tersebut berlaku kira-kira 11 tahun lalu. Waktu itu saya berusia 20 tahun. Terpaksa berulang-alik menaiki bas untuk pergi belajar, saya sememangnya penumpang bas yang setia. Pagi naik bas ke bandar, petang, atau pun tengah hari, balik ke rumah. Setiap hari perjalanan menaiki bas lebih kurang 1 jam.
Suatu hari, saya duduk di tepi tingkap. Bas berhenti, naik seorang lelaki yang berbadan gemuk. [ Maaf cakap, saya marah sangat ni, malas nak tapis2 tapis nak gunakan perkataan substitute untuk gemuk yang lebih mudah diterima ramai. Sebab dia kurang ajar sangat]
Ya, tak padan berbadan gemuk, duduk pula sebelah saya, tak ape lah, duduk sajalah, dah kita ni berkongsi bas, kan.. After 5 minutes dia duduk sebelah saya, saya sudah mula rasa tak selesa. Dia menghimpit saya. Pada mulanya, saya mengesot lagi ke tepi tingkap bas, dah macam melekat dah pipi ke tingkap bas dah ni, Saya belum mula berfikir buruk lagi masa ni, sebab saya fikir, ''Okay,takpe, maybe sebab dia gemuk, dia nak terjatuh agaknya kot. Sebab tu dia himpit saya''.
Tak lama lepas itu, dia duduk dengan keadaan tangan berpeluk tubuh, dengan tangan kanan dia berada di bawah ketiak dia, lepas tu, dia cuba dekat-dekatkan badan dia dengan saya, cuba himpit saya lagi dengan jari tangan kiri dia tu cuba mencuit badan saya.
Wah.. Time tu memang menyirap darah saya, saya kebetulan baharu pulang dari kelas, saya memang selalu bawa banyak barang. Beg sarat dengan buku, tak cukup lagi, ditambah dengan fail-fail yang saya kepit. Saya pun, menggunakan fail yang saya ada, saya kepit jari dia, saya tolak kuat-kuat ke dia balik. So, officially, 'peperangan' telah bermula.
Melawan pulak, si gemuk tu. Kurang ajar betul. Bila saya tolak dia dengan fail-fail saya, dan saya kepit jari miang dia, dia melawan. Lagi dia himpit saya. Saya pula, malas lah nak buat 'scene'. Saya terus tekan loceng, bas berhenti, saya tengking. ''Tepilah..Aku nak turun..'' Dia, dengan muka yang tak selamba, bagi saya laluan untuk keluar dari tempat duduk saya. Saya cemas juga, takut di'grab' nya punggung saya ke apa ke, saya tutup punggung saya dengan fail-fail dan tutup badan saya dengan beg saya. Tatkala saya lalu depan dia, saya hentak kaki saya ke atas kaki die. Kurang ajar punya gemuk. Nasib aku tak pakai high heels, kalau tak, berlubang kaki kau, baru puas hati aku.
Hari tu, saya pakai flats je, so, tak berlubanglah kaki gemuk tu. Tapi memang kuat la saya hentak kaki ke dia. banyak kali juga, dia selamba je muka, tersenyum-senyum. Kurang ajar punya lelaki. Tak sedar diri, tak cermin diri, memang ibunya kasihanlah kerana melahirkan anak yang tidak berguna kerana tidak punya rasa hormat kepada wanita.
Kalau 'scene' itu berlaku pada zaman ini, sure saya dah ambil je gambar 'lahabau' ni dan paste ke FACEBOOK, TWITTER, WORDPRESS, BLOG, YOUTUBE, KEEK, INSTAGRAM, dan segala macam social media yang lain, biar satu dunia dapat lihat muka lelaki miang itu.
Kepada kaum hawa yang lain, adik kakak, jangan mudah mengalah, kalau tak mahu buat 'scene' macam menjerit dalam bas ke, lawan secara senyap, macam saya, jangan pasrah, jangan redha. Tubuh badan anda, wajib anda lindungi.