Saya lebih kepada FACEBOOK. Kerana di situ lah saya dapat tahu perkembangan ahli keluarga saya. Maklumlah, hidup sudah berumah tangga, jauh dari kakak, adik dan ibu. Hanya dari FACEBOOK saya dapat melihat gambar terbaru ibu, adik-adik, kakak dan anak-anak saudara.
Even semasa melahirkan Adik, saya berhubung dengan Kakak saya melalui FACEBOOK.Proses kelahiran Adik ditemani Akak dalam Facebook. Kerana pada masa itu saya tiada phone. Phone saya rosak. Dan Akak jugalah yang menelefon suami saya untuk segera pulang pada waktu itu.
Bagi saya, pada sudut pandangan yang lain, FACEBOOK adalah tempat untuk 'stalk' kawan-kawan. Melihat ke mana mereka habiskan hari hujung minggu,keindahan gambar-gambar kawan yang di 'post' kan, melihat 'check in' mereka di merata-rata tempat, melihat kecantikan rumah mereka, melihat gambar-gambar hadiah yang mereka dapat apabila hari lahir masing-masing dan macam-macam lagi dan tersisip dalam hati, berkata 'kalau lah aku begitu kan best...'
Namun saya pernah membaca, jangan suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain, jangan fikir kehidupan orang lain yang ita lihat itu indah, bahagia, mewah, kerana hanya mereka sahaja tahu apa yang mereka lalui, bukan kita. Oleh itu, saya sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang ini. Dan saya dan keluarga, kami tiada apa untuk dicemburui oleh orang lain, cukuplah kami sederhana dan bahagian dengan kesederhanaan ini.
Bagi penggu TWITTER, yang majoritinya pengikut artis, dan artis, mereka ini tergolong kepada 2 golongan.
- GOLONGAN PENGIKUT ARTIS PUJAAN
- GOLONGAN ARTIS YANG SANGAT PUAS HATI DENGAN STATUS MEREKA SEBAGAI ARTIS
GOLONGAN PENGIKUT ARTIS
Mereka ini, sign up twitter untuk mendpaat tahu 'update' terkini dari artis kesayangan mereka. Dari artis kelas A hinggalah artis veteran mahu pun yang suam-suam kuku sahaja. Tapi kasihan pada mereka ini. Beria-ia reply tweet artis kegemaran mereka, satu pun langsung tidak pernah dibalas oleh artis tersebut. That happens EVERYTIME.
GOLONGAN ARTIS
Golongan ini, sememangnya bangga dengan status mereka sebagai artis. Dok posing mulut kembung, lepas tu post kat TWITTER ke, INSTAGRAM ke, pastu, bila peminat komen, langsung tak di reply. Golongan ini, saya rasa, mereka hanya mahu show their pride. Betul kah mereka ni appreciate kan peminat mereka.. Saya kurang pasti tentang itu. Kamu tidak percaya, kamu cuba lah sendiri. Jangan harap lah nak dapat reply dari artis kesayangan kamu itu.
Sebab yang peliknya, jika mereka appreciate peminat mereka, takkan mereka ada masa untuk update something atau upload pics of something, tapi tiada masa nak reply tweet kamu. Especially mereka yang kononnya buka akaun twitter hanya untuk peminat mereka katanya.
Daripada kamu dok melayan mereka ni, baik kami selawat kepada Rasulullah SAW kerana Rasulullah SAW akan menyahut setiap selawat kamu kepada Baginda. Dan mana tahu anda akan diingati oleh Baginda dan mendapat syafaat dari Baginda SAW. Nak harap reply tweet dari artis kamu tu konon, ape faedahnya.