Tabung anak-anak

IPAD BANK

Friday, March 15, 2013

Ya Allah, Tolong selamatkan anak-anakku dunia dan akhirat

Menggigil kaki, bergetar tangan, berderau jantung, tidak sanggup saya apabila mengenangkan jika kejadian yang menimpa allahyarhamah adik Nurin Jazlin yang menjadi mangsa jenayah psycopath pada zaman ini.

Justeru itu, tidak saya dan suami gusar dan ralat kerana kakak masih lagi 'homeschool' dan belum kami daftar kan ke mana -mana preschool. Kami belum boleh melepaskan tangan kami daripada kakak. Jantung berderu laju, tidak sanggup menghadapi situasi seprti allahyarhamah adik nurin jazlin. Tidak terkata bicara untuk menunjukkan betapa takutnya kami kepada situasi jenayah masa kini.
BE SAFE. PERHATIKAN ANAK-ANAK SELALU. INI DIA WAJAH LELAKI KUCING YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS JENAYAH ADIK NURIN JAZLIN
Semakin hari semakin banyak berita jenayah di kaca TV. Daripada jenayah meragut hinggalah jenayah ber profil tinggi seperti pembunuhan jutawan Datuk Sosilawati Lawiya. Tidak lupa juga banyak mangsa kanak-kanak hilang yang belum dijumpai seperti Adik Shalini. Masih ada sesiapakah yang ingatkan beliau. Di manakah Adik Shalini sekarang..

Jantung masih berdegup kencang. Anak-anak adalah kekuatan saya. IN SHAA ALLAH akan saya berusaha melindungi mereka daripada kejahatan selagi saya berdaya. Akan saya berusaha, tidak saya kisah jika nyawa menjadi taruha. Kerana anak-anak merupakan ahli syurga yang mewarnai dunia ini.

Akan saya pegang erat tanganmu wahai anak-anak mama, biarpun dikau semakin dewasa, tidakkan mama lepaskan tangan ini sehingga lah dikau yang meleraikan tanganmu. Semoga Mysarrah dan Uwais dilindungi Allah SWT selalu.

Semoga menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat.