Tabung anak-anak

IPAD BANK

Thursday, March 28, 2013

Reunite with Nurse Syarini

Tidakku sangka dengan berblogging dalam entry yang lalu, dapat bertemu semula dengan Nurse yang telah merawat Adik semasa di NICU Hospital Serdang.
Hari ini, messagebox enirawardrobe dikejutkan dengan message yang simple seperti 'Salam.. kenal saya tak.'
Wah, saya pun, lekas-lekas mengamati wajah si penghantar mesej di Facebook tersebut. Dalam hati, 'macam pernah kulihat, tapi di mana ya..' Terus mengecam wajah si penghantar, melihat foto-foto beliau. Hah.. sah...memang dia..
Lantas saya terus membalas mesej beliau.. Rupa-rupanya Nurse SYARINI yang famous itu.. Mana mungkin kami melupaimu, Nurse Syarini. [Sorry, silap eja nama Nurse rupanya selama ini. Tetapi saya sudah betulkan ejaannya semua.]
Seronok berbual even hanya di Facebook. Ibarat kenalan lama bertemu kembali walaupun tempoh perkenalan hanyalah berusia 5 hari. Semoga ukhuwah membawa berkah kepada kita semua.
Selamat maju jaya kami sentiasa doakan buat Nurse Syarini agar sentiasa menyentuh hati sesiapa pun yang sedang di dalam kesakitan di NICU.
Aamiiiin..