Friday, February 8, 2013
Happy Birthday - sambungan
Sebelum ini ,di sini , emosi agak terganggu menyambut hari kelahiran ke 31. Pabila sore menjelang, ibu mertua dan bapa datang ke rumah membuat surprise dengan membawa sebiji kek Choc Cheese yang sedap. Terim akasih kepada mama dan bak kerana mengingati hari kelahiranku ini. Semoga kalian diberkati Ilahi.
Happy Birthday
Tahun ini, tiada apa yang paling menggembirakan saya apabila bulan Februari menyusul. Sejak awal Februari saya sudah bersemangat dengan aura "birthday". Mana tidaknya, Birthday kakak pada penghujung Januari, ( 26 Jan), Ibu pula pada 6 Februari dan saya pula 8 Februari. Tersangat dekat dengan tarikh kelahiran ibu. Sungguh seronok.
Saya menjadi semakin excited pada 6 Februari lalu, seronok dengan kelahiran ibu, memberi ucapan buat ibu, pada masa yang sama, excited untuk menyambut birthday yang ke 31 pada tahun ini. Aura happy menyala-nyala.
Namun, hari ini adalah hari nya. Hari ini adalah hari yang ke 8 pada bulan Februari. Saya tidak segembira hari-hari yang lepas. Tidak seseronok ketika hari kelahiran ibu. Sesekali hati sayu terkenang arwah ayah, arwah nenek, hiba..
Agaknya inilah perasaan apabila menyambut hari lahir apabila kita semakin berusia. Sayu terkenangkan kekuasaan Allah SWT, mengurniakan kesihatan kepada saya , anak-anak , suami dan ahli keluarga.
Walau pun saya mendapat free call hari ni oleh Maxis, I just don't 0feel like talking.
Terdetik di hati, "adakah aku berpeluang lagi menyambut birthday pada tahun hadapan? Atau tahun seterus nya? Dapatkah aku melihat anak-anak membesar?"
Semoga dapatlah kita berjupa pada tahun hadapan, di tarikh yang sama, Ada umur yang panjang, bertemulah kembali. Jika tidak, mohon sedekahkan Al Fatihah kepada saya, ya.
Assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)