Tabung anak-anak

IPAD BANK

Tuesday, December 11, 2018

PANTUN NASIHAT

Pantun Nasihat

Tersesatnya di hutan hilangnya peta,
     buah kelapa terjatuh di kepala,
hormati kedua ibu bapa kita;
     akan mendapat ganjaran pahala.


                                                                   
Terjumpa pinggan di tepi bukit,
ada sudu garpu juga ada,
lakukanlah ibadah walau sedikit;
balasannya pasti berkali ganda.



Dua tiga ikan pari,
     berenang dengan hati - hati,
berbudi bahasa setiap hari;
     semua orang senang hati.


Makcik marah kuat berleter,
berlawan bicara dengan orang pulu,
kalau nak copy pantun ni untuk tujuan lain boleh;
tapi mesti tanya dulu.


πŸ’•πŸ’žfunny mayonaiseπŸ’žπŸ’•
πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ’‹



Sajak buat guru tersayang

Cikguku sayang

Cikgu,
ialah seseorang yang membimbing,
seseorang yang membawa,
seseorang yang mendidik,
ke jalan yang benar, 
ke jalan yang betul,
ke jalan yang tegak lagikan lurus.

Insan yang tidak mengerti erti berputus asa,
insan yang sentiasa menghulur tangan sedia membantu,
insan yang hanya mengerti erti kejayaan,
insan yang tidak pernah berhenti membawa aku ke jalan yang lurus,
insan yang sentiasa sabar dengan aku,
memang layak diberi gelaran 'guru'.

Andai aku tersesat di jalan yang bengkok,
andai aku tersesat di jalan yang gelap,
andai aku tersesat di jalan yang salah,
hanya engkaulah yang mampu cari dan selamatkan daku.

Terima kasih,
kepadamu cikgu,
terima kasih,
kepadamu guru,
terima kasih,
kerana menyelamatkanku,
terima kasih,
kerana....
segala-..galanya.

πŸ’•πŸ’žfunny mayonaiseπŸ’žπŸ’•
         πŸ˜