Tabung anak-anak

IPAD BANK

Monday, November 19, 2012

Selamatkanlah Palestin

Sepanjang hari ini, disebalik kesibukan mengemas barang untuk our next moving out, hati berasa sayu dan hiba kerana telah melihat gambar-gambar anak-anak kelahiran Palestin yang meninggal akibat diserang Israel baru-baru ini.

MEUE bukanlah orang sufi atau alim ulamak. Tetapi MEUE adalah Muslim. Anak-anak Palestin yang mati itu kebanyakannya sebaya dengan umur anak MEUE. Tidak dapat dibayangkan jika keadaan yang sama menimpa diri ini.

MEUE juga bukan jutawan yang mampu menderma untuk membantu mereka di Palestin. MEUE hanya mampu mendoakan keselamatan umat-umat Islam Palestin supaya dilindungi Allah SWT. Semoga segala aktiviti Israel dapat dihalang Allah SWT. Hanya Allah SWT yang mampu membantu mereka.

MEUE sedih. Kita di sini, sibuk memikirkan nak makan apa tengahari nanti, nanti malam nak makan apa pula, lepas tu, esoknya, nak makan apa untuk breakfast. Tetapi mereka di Palestin, tidak putus-putus memikirkan bagaimana nak terus hidup daripada ditembak, dibedil meriam dan dibom oleh kaum jahiliah.

Mari doakan keselamatan saudara seagama kita di Palestin.

No comments:

Post a Comment