Bunyi sangat menarik. Lagi pula, aku memang la teringin nak kurus macam Cindy Crawford ke, Tyra Banks ke.
Suami ada offer nak hantar aku ke Slimming Centre, tapi bertahun lalu, aku ada try, ada lah salah satu Slimming Centre tu, mmg la boleh kurus, tapi panasnya hot blanket dia, tak tahan, dengan sauna lagi, dengan lama lagi nak nunggu, anak aku dah terjerit jerit dah kat luar tempat menunggu tu minta disusukan, maklumlah, "breastfeed baby". Masa tu anak pertama. Sekarang kakak dah besar, ada adik pula.
Apabila mengandungkan adik, aku mengalami "heat rash". nak kata heat sahaja, tak jugak, kalau sejuk sangat pon, boleh bengkak sejuk tangan, macam mana rasanya? cuba pegang air batu lama2, pastu tengok, tangan akan jadi merah, kan.. haa.. macam itu lah aku.. Ingatkan itu hanya pembawaan masa mengandung, namun, apabila dah lahirkan adik, "heat rash" tu nampak gaya macam permanent aje kena kat aku..
Cuba la bayangkan kalau aku duduk dlm sauna, mau tergaru garu aku kat dalam tempat tu,
Berbalik semula kepada tajuk WHI hari ini. Teknik Pembekuan Lemak.
Aku tengok, nampak memang tak sakit, takde guna pisau, satu jam aje kena pakai mesin tu. Mesin tu bentuk 4 segi, bayangkan lah mesin tu macam mak lesung batu, pastu diletakkan ke tempat yang "stubborn fats" selalu berkumpul. Lepas tu, mesin tu akan bekukan lelemak yang ada.
Dr tu, nama dia DR Alice, katanya, guarantee 40% lemak akan terhapus, tinggal untuk dikeluarkan dari badan sahaja.Melalui proses perkumuhan lah.
Harganya, pandai pulak, tak sebut dalam TV, nak suruh call klinik dia yang dekat bangsar lah tu. tapi aku rasa, kalau tak ratusan, mau ribuan ringgit cecahnya. Ialah, sekarang ni, nak cantik, tinggi kosnya.
Takde kesan sampingan bila mengamalkan teknik itu, cuma ada sikit lebam, "numbness" itu ajelah, taopi lepas tu akan pulih dalam masa seminggu, Dr tu kata.
Aku harap, dapatlah aku try teknik yang menarik dan tak menyakitkan ni. Amin. :)
P.S : Saya telah mencuba teknik menguruskan badan dengan cara heat blanket, sauna urutan melancarkan nodus limfa. Berikut adalah cerita saya di sini
Salam.saya pun ada menonton whi...punyalah tunngu sampai habis, tapi x disebutkan harga...mestilah mahal tu..apa kata Puan cuba dulu, lepas tu share kat blog..saya lepas bersalin, byk sungguh stubborn fats kat perut..c-zer plk tu.. :(
ReplyDeletehi anonymous, haa, memang macam best aje nak cuba tu kan.. itu lah, tengah ngumpul, menabung dan sebagainya ini, nanti bila saya dah cuba, akan saya beritahu di sini untuk kongsian ramai.. itu lah, bila baru bersalin ni, bahagian perut tu yg problem.. same lah dgn saya..
Delete