Tabung anak-anak

IPAD BANK

Monday, September 10, 2012

Raja Keluang

Ya, itulah antara buku tulisan arwah ayah. Misran Lasiman atau nama penanya SM MIZA.
Aku mempunyai hasrat untuk menjadi seprti ayah, dari sekolah rendah, aku sentiasa memasuki peraduan menulis, menang nombor satu belum pernah lagi, tetapi, setiap kali masuk mana mana peraduan, ada sajalah habuan yang aku terima, tak menang nombor satu, saguhati aku terima. Sampai sekarang, jika syarikat tempat suamiku berkerja mengadakan peraduan menulis, aku tidak akan ketinggalan.

Hasrat aku sungguh besar, aku ingin menjadi seperti ayah, tapi apakan daya, masih banyak ilmu perlu aku pelajari untuk segah ayah, masih banyak tatabahasa melayu perlu aku baiki untuk menjadi sehebat ayah. Walau pu aku tahu, darah seni ayah mengalir di dalam setiap urat darah ku ini kerana setiap kali aku menulis, penaku mahu pun jari jemariku sukar untuk berhenti menulis.

Namun, sekarang aku mempunyai semakin tipis masa terluang untuk menulis, tetapi akanku usahakan dan akanku terus berusaha untuk menjadi sehebat ayah. Mungkin suatu hari nanti dapat aku cetak senaskhah buku yang akan ku tujukan buat ayah, menunjukkan bahawa darah sasteranya memang mengalir di dalam nadiku ini..

Raja Keluang

No comments:

Post a Comment