Tabung anak-anak

IPAD BANK

Monday, December 17, 2012

Kakak mengundi dirinya sendiri

Kasihan ME, terpaksa bergilir-giler undi gambarnya sendiri. Senang saja pesan MEUE, kalau kakak nak menang, kakak kena tolong mama undi gambar kakak sendiri.
Nanti menang hadiah apa, mama. MEUE menjawab, mama pun tak tahu apa kakak akan menang, kakak cuma tekan aja click tu sambil tengok tv okey. Kakak pun menjawab okay.
Hihi. hopefully this time, luck will be on our side, kan kakak sayang.

Thursday, December 13, 2012

Nak buat cupcake..nak buat cupcake..

MEUE memang suka buat kek. Kek pertama yang MEUE buat adalah Marble Cake. Resepi Mak. Pada masa tu umur baharu 9 tahun. Senang aje resepi mak.
Dan bermula dari situ, MEUE memang sering bake something. Kalau tak cake, MEUE bake Biskut, Paling gemar adalah Chocolate Cake la.
Tetapi, sekarang ni, sudah agak lama tak bake something. Rasa terpanggil pulak nak bake cake. Sekarang ni trend Rainbow Cake lah, Macarons lah. MEUE memang nak buat la rasa.
Nanti bila dah selesai pindah rumah, nak mintak MR Husband aka Mr ATM Machine belanja mixer baru. Sebab  mixer yang ada tu dah rosak. taknak gerak dah die. (Ni nak kena mintak belanja KitchenAid nih. huhu~)
Nanti bila dah tercapai hasrat mem "bake" something, MEUE akan cerita di sini. Mana tahu, ada orang nak order ke? MEUE ok je...

Ciao Bella!

--

Best Regards,
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! 
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe
 
http://enirawardrobe.blogspot.com

Nak Menang Ipad Mini?

Senang aje nak menang Ipad Mini. Even better, ada 1 for you and 1 for me lagi. So, cepat-cepat click sini dan be a member of SAYS.
Langkah-langkah nak menang IpadMini.

  1. CLick link di atas
  2. Be a member of SAYS
  3. Pergi ke SPECIALS
  4. Pilih mana-mana SAYS yang anda minat, share ke mana-mana social media yang berkaitan.
  5.  Jangan lupa untuk ajak teman-teman yang lain join SAYS. Mana tahu, rezeki hujung tahun ini milik anda. :)

Wednesday, December 12, 2012

Kartun Yang Sesuai Untuk Kanak-kanak

Sebagai seorang ibu, MEUE sentiasa memantau rancangan TV yang ditonton oleh anak MEUE.
MEUE cukup tak puas hati dan ralat dengan dialog kartun-kartun di Malaysia. Yang mana, kartun terbitan "oversea" pun yang di adunsuarakan menjadi Bahasa Malaysia pun menjadi kurang bersesuaian dialognya untuk kanak-kanak.

Contohnya. Kalau anda tengok Boboi Boy, apart from the beautiful graphics and stories, takkan tidak ada yang perasan yang Boboi Boy ni banyak menggunakan "tak guna!" ,"lembab!", "bodoh!" dan pelbagai lagi inappropriate words. Tolong lah fikirkan cara yang lebih kreatif dan baik demi menjadikan kartun anda yang menjadi contoh kepada anak-anak di Malaysia ni. Tak malu ke? Sampai anak MEUE yang berumur 4 tahun pun, asyik tanya, kenapa kartun tu cakap macam tu? MEUE hanya boleh jawab "kakak jangan cakap macam tu tau.. Tak elok, nanti Tuhan marah.. Tuhan cabut mulut nanti" Habistu? nak cakap apa lagi? Semenjak haritu tu, everytime anak-anak nak tengok kartun, Especially Malaysians cartoons, MEUE terpaksa duduk bersama anak-anak.

Bayangkan lah, lagi bahaya bagi anak-anak tengok kartun yang sepatutnya sesuai untuk entertainment mereka daripada tonton cerite korea ke, cerite dokumentari ke. Susah betul nak mendidik zaman sekarang ni.

Kartun yang menjadi idola zaman sekarang ni, Upin dan Ipin pun sama je tapi Upin Ipin punya dialog dah better dah sekarang ni, saya perasan, tidak ada lagi 'tak guna' cuma ada sekali-sekala tu, 'lembap'. Aduh, pening nak menjawab bila Kakak asik tanya, ''kartun ni naughty boy. dia cakap benda tak elok''.. Dialog yang kurang bersesuaian ada lah juga digunakan. Tapi tak sekerap macam dalam Boboi Boy. Seriously said, MEUE risau kalau anak nak tengok Boboi Boy. Penat nak explain kenapa dialog dia cakap macam tu. Karaktor yang selalu cakap 'tak guna', 'bodoh', 'lembap' adalah karaktor Encik Boss dan Boboiboy itu sendiri.

Kartun-kartun yang MEUE perasan ada selalu juga  gunakan "tak guna!" dan "bodoh!" adalah  Eicak (TV3), BoboiBoy (TV3), Spongebob Squarepants- alihsuara Bahasa Malaysia (TV9), Jimmy Neutron (TV9) dan macam-macam lagi. tak terlist kalau nak list di sini sebab banyak sangat.
Sebab itu naik pening MEUE apabila nak beri anak-anak tonton kartun pada zaman sekarang ni.


Buat parents di luar sana, MEUE syorkan "Aiman Kembara" memang kids proof punya kartun, boleh tinggalkan anak-anak tengok sendiri. dialog yang bersopan, siap ada contoh-contoh adab untuk dicontohi. Tengok lah di TV AlHijrah.

--

Best Regards,
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe

http://enirawardrobe.blogspot.com

Tuesday, December 11, 2012

UE is on contest AGAIN!

Well, Im an officially a contest junkie!! hihi. Like my baby at

Facebook

Monday, December 10, 2012

Video ME Semakin Popular

Alhamdulillah, video yang MEUE buat untuk anak sulung kesayangan MEUE semakin meningkat popular. Tak sangka, MEUE semakin berbakat untuk membuat video yang touching. Sedih tak? Even MEUE tengok pun, mengalir air mata. Dengan lagunya yang sedih, dan sajak yang memang feel sungguh. Semua untuk ME. Semoga sayang ME, membesar menjadik anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Jadilah anak yang akan menghadiahkan mama dan ayah ayt-ayat suci Al Quran ketika ketiadaan kami nanti ya nak.

lihat video

--

Best Regards,
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! 
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe
 
http://enirawardrobe.blogspot.com

Kontraktorku MR Merajuks yang Samseng gorilla

For the past few weeks were very tiring, emotionally drain. Kami sedang di dalam proses memindahkan barang-barang ke rumah baru, sedikit demi sedikit.

Ada lah hire kontraktor untuk perbaiki kerosakan rumah. (Rumah yang pernah diduduki oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Banyak kerosakan yang berlaku.)
Bocor sana-sini, lubang sana sini, kotor sana-sini, paip tersumbat, dinding berlubang,dah macam gua pun ada.

At first, the contractor aka MR Merajuks, seems to be an okay person. In terms of the price that he offered to us la.. Itu First impressions saja. Jangan tertipu. Lama kelamaan, Sudah keluar belang dia, Cakap sudah mula meninggi suara. 
Actually dia ingat, dia seorang aja yang boleh tengking-tengking orang? Kitrog as the owner of the house lagi lah boleh tengking dia, tapi oleh disebabkan duit kami dah banyak habis kat dia, kitorg bersabar lah banyak-banyak ni. Encik suami yang selalunya orangnya yang agak cepat melenting pun terpaksa menahan sabar dengan karenah dan layanan MR Merajuks tersebut. 

MEUE, sebagai Miss Secretary of my husband, terpaksa menahan kesabaran demi menyelamatkan wang yang telah kami beri kepada MR Merajuks tersebut. Tetapi, apa-apa pun, bravo and kudos tu my Mr Husband kerana menangani emosi kurang stabil Mr Merajuks tu dengan tenang dan sabar.

Kenapa MEUE panggil orang itu Mr Merajuks? Padahal, orangnya berwajah bengis, cakap tidak pernah senyum, asyik minta duit saja kerjanya padahal kerja belum siap, berjalan gaya kingkong mahu menghempas mangsa ke bumi, lirikan mata asyik menjeling, jari jemarinya sibuk menekan-nekan butang handphone dan dan percakapannya tidak pernah manis dan tiada budi bahasa.

Setiap kali kami utarakan ketidakpuasan hati kami ke atas kerja anak-anak buahnya pada rumah kami, contohnya, ada "gap" di antara tiles dapur yang tidak cantik, Kami sebagai customer dia, sudah tentu suruh dia dan anak-anal buahnya cabut semula tiles tersebut dan buat dengan elok-elok. Kami bukan tidak bayar satu sen pun kepada dia, dalam kos-kos pembaikpulihan rumah ini, kami terus cakap, sudah bayar dia lebih dari pada 5/6 of the payment.

Haa..Bermula lah cerita, bila kami cakap aja apa yang nak kena betulkan, mula lah dia tekan-tekan handphone, lepas tu call entah sapa-sapa, meg\ngadu tentang kami. Kurang jar tak, dia, sebagai orang yang kami bayar, berani mengata kami di depan muka kami sendiri (menggunakan bahasa ibunda mereka). Korang teka lah sendiri bangsa dan orang mana dia ni, MEUE taknak la pulak tulis di sini, kang MEUE dikatakan prejudis terhadap bangsa tersebut. (BUkan orang Cina, okay. Rasanya kalau deal dengan kontraktor cina lagi bagus next time)

Lepas dia tekan-tekan handphone, dia sudah mula jeling-jeling, seolah-olah kami ni teruk sangat. Padahal, Tak ada otakkah dia, cuba lah fikirkan, kami ni customer dia, sudah lah tiada adab sopan, kerja tangannya pula teruk. Memang totally menyesal la ambil dia sebagai kontrakto. Menyesal sangat.

Dan yang paling menarik lag menakutkan, last Saturday, 8 Disember 2012, MEUE, suami, anak-anak , adik berserta suaminya ke rumah tersebut untuk menghantar sedikit barang ke rumah tersebut lantas sekali melihat progress kerja yang dilakukan oleh anak-anak buah kontraktor tersebut.

Sebelum itu, Encik suami sudah pun ditelefon kontraktor, dia minta baki wang yang hanya tinggal 1/6 of the total. Encik suami cakap, taknak bayar sehingga semua kerja-kerja yang tidak halus dibuat semula dan cantik. Si Mr Merajuks pun mula lah naik angin, berani dia kata begini dekat Encik suami yang merupakan customer yang membayar dia. 

Mr Merajuks : Kamu ini menyusahkan betul lah!

Korang fikir lah, kurang ajar ke tidak?

MEUE memang kasihan sungguh dengan encik suami kerana terpaksa telan dan sabar dengan kata-kata MR Merajuks yang samseng itu.

Lantas Mr Merajuks pun sampai ke rumah kami di kala kami sedang meninjau-ninjau hasil kerja tangan anak-anak buah Mr Merajuks. Dia datang dengan gaya yang menakutkan. Seperti MEUE kata tadi, gaya kingkong menghentak kaki. Dari luar rumah lagi dia sudah jerit kepada anak-anak buahnya yang sedang menyiapkan kerja dengan bahasa ibundanya yang MEUE faham sikit-sikit bermaksud "BALIK!!BALIK!!" Sudah la masuk rumah orang tak bagi salam, hormat orang tidak ada langsung, lagi menjerit depan rumah orang.

Pekerjanya pun lintang pukang berhenti membuat kerja dan kemas dan segera pulang. Mr Merajuks pula, terus meluru masuk ke rumah, dengan wajah yang sangat bengis, berjumpa dengan Encik Suami di dalam. Konfrantasi bermula. Tetapi hanya mr Merajuks yang menengking-nengking. Encik suami kekal sabar dengan low-tone voice nya. Yang paling menakutkan , apabila Mr Merajuks menengking Encik Husband dan suami kepada adik MEUE memegang bahu Mr Merajuks dan berkata "Jangan macam tu,  bang.. Cakap elok-elok" Lepas tu, Mr Merajuks terus menjerit-jerit, berkata "Awak jangan masuk campur. Ini urusan kerja saya.. Awak jangan masuk campur!" Wah, memang dah gaya orang nak ajak  bergaduh. Sungguh rendah nilai moral orang itu. Kasihan Adik ipar MEUE, terpinga-pinga dia. Lantas suami MEUE terus meleraikan Mr Merajuks yang hilang pertimbangan.

MEUE pun campur juga masa tu. MEUE ckp la " Ini adik kami, awak tak boleh buat macam tu!" xceh, konon la MEUE nak masuk campur, tapi sambil-sambil tu, MEUE tarik jugak anak dan baby jauh-jauh sikit takut-takut si samseng ni bertumbuk pulak kat depan MEUE. Tapi bayangkan la. kami ni Boss dia, berani dia buat macam tu kat kami? Apa dia ingat kami ni orang kampung dia ke nak bertumbuk-tumbuk?

Geram dan menyampah betul MEUE dengan perangainya. Buat kamu di luar sana yang turut serta nak memperbaiki rumah dan mencantikkan rumah, berhati-hatilah memilih kontraktor. Siasat dan berkenalan dulu dengan orangnya, sisat hati budinya. Seanng cerita, sediakan lah wang lebih sikit dan ambil sajalah kontraktor cina. Sebab kontraktor cina memang lah mahal, tapi MEUE rasa, mereka ni hormat boss. Takde lah berani mereka nak melawan, apatah lagi menengking customer mereka.

Sekian, Wasallam.

--

Best Regards,
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe

http://enirawardrobe.blogspot.com

Saturday, December 1, 2012

Perjalanan ke Rawang Tempohari

Sudah berbulan yang lalu cerita ini telah berlaku. Tatkala MEUE di dalam perjalanan pergi ke Rawang, suami singgah ke kedai Hardware untuk membeli cat. Kami pun menanti di dalam kereta sahaja kerana malas hendak ke kedai DIY. Bukannya best pun. Nak beli cat aje.

Sewaktu menunggu, kelihatan sepasang suami isteri sedang sibuk mendirikan payung warung mereka di tepi jalan. Pada mulanya tertanya-tanya , apakah yang ingin mereka niagakan pada petang itu agaknya. Semasa si suami sibuk mendirikan payung warung, si isteri mengeluarkan sebiji buah nangka yang amat besar daripada MPV mereka. Wah, mereka meniaga buah nangka rupanya. Si isteri lantas mengambil pisau lalu memotong nangka tersebut dan terus memasukkan beberapa ulas ke dalam plastik yang telah disediakan.
pandangan penjual tersebut dari dalam kereta 

Jangan fikir hanya pisang goreng panas sahaja yang laku di waktu petang. Nangka pasangan ini juga tidak ketinggalan. Mana tidaknya, nangka yang baharu sahaja dimasukkan ke dalam plastik, terus dibeli oleh orang lalu lalang di situ. Orang India, Cina pun beli. Padahal, belum habis pun nyonya tu potong sebiji nangka. Rezeki mereka agaknya.

Boleh dikatakan, dalam 5 minit, 5 orang yang lalu, semua beli seplastik nangka yang telah dipotong mereka. MEUE pun terasa ingin pula nak beli, tetapi hasrat terbantut dek memikirkan kehalalan pisau yang digunakan pasangan tersebut. Takut-takut pisau tersebut pernah digunakan untuk memotong apa-apa yang tidak halal bagi orang Islam.

Kesimpulannya,kita harus rajin berusaha, baharulah dapat mencapai kejayaan. Jangan fikir orang yang jual-jual di tepi jalan ini sengkek hanya kerana luaran mereka. Siapa sangka, dalam rupa mereka yang biasa-biasa ini, mereka lebih kaya dan mewah daripada anda yang dok berkerja siang malam, kononnya berpakaian wangi, berbaju kerja.

sekian.

--

Best Regards,
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe

http://enirawardrobe.blogspot.com