Ada lah hire kontraktor untuk perbaiki kerosakan rumah. (Rumah yang pernah diduduki oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Banyak kerosakan yang berlaku.)
Bocor sana-sini, lubang sana sini, kotor sana-sini, paip tersumbat, dinding berlubang,dah macam gua pun ada.
At first, the contractor aka MR Merajuks, seems to be an okay person. In terms of the price that he offered to us la.. Itu First impressions saja. Jangan tertipu. Lama kelamaan, Sudah keluar belang dia, Cakap sudah mula meninggi suara.
Actually dia ingat, dia seorang aja yang boleh tengking-tengking orang? Kitrog as the owner of the house lagi lah boleh tengking dia, tapi oleh disebabkan duit kami dah banyak habis kat dia, kitorg bersabar lah banyak-banyak ni. Encik suami yang selalunya orangnya yang agak cepat melenting pun terpaksa menahan sabar dengan karenah dan layanan MR Merajuks tersebut.
MEUE, sebagai Miss Secretary of my husband, terpaksa menahan kesabaran demi menyelamatkan wang yang telah kami beri kepada MR Merajuks tersebut. Tetapi, apa-apa pun, bravo and kudos tu my Mr Husband kerana menangani emosi kurang stabil Mr Merajuks tu dengan tenang dan sabar.
Kenapa MEUE panggil orang itu Mr Merajuks? Padahal, orangnya berwajah bengis, cakap tidak pernah senyum, asyik minta duit saja kerjanya padahal kerja belum siap, berjalan gaya kingkong mahu menghempas mangsa ke bumi, lirikan mata asyik menjeling, jari jemarinya sibuk menekan-nekan butang handphone dan dan percakapannya tidak pernah manis dan tiada budi bahasa.
Setiap kali kami utarakan ketidakpuasan hati kami ke atas kerja anak-anak buahnya pada rumah kami, contohnya, ada "gap" di antara tiles dapur yang tidak cantik, Kami sebagai customer dia, sudah tentu suruh dia dan anak-anal buahnya cabut semula tiles tersebut dan buat dengan elok-elok. Kami bukan tidak bayar satu sen pun kepada dia, dalam kos-kos pembaikpulihan rumah ini, kami terus cakap, sudah bayar dia lebih dari pada 5/6 of the payment.
Haa..Bermula lah cerita, bila kami cakap aja apa yang nak kena betulkan, mula lah dia tekan-tekan handphone, lepas tu call entah sapa-sapa, meg\ngadu tentang kami. Kurang jar tak, dia, sebagai orang yang kami bayar, berani mengata kami di depan muka kami sendiri (menggunakan bahasa ibunda mereka). Korang teka lah sendiri bangsa dan orang mana dia ni, MEUE taknak la pulak tulis di sini, kang MEUE dikatakan prejudis terhadap bangsa tersebut. (BUkan orang Cina, okay. Rasanya kalau deal dengan kontraktor cina lagi bagus next time)
Lepas dia tekan-tekan handphone, dia sudah mula jeling-jeling, seolah-olah kami ni teruk sangat. Padahal, Tak ada otakkah dia, cuba lah fikirkan, kami ni customer dia, sudah lah tiada adab sopan, kerja tangannya pula teruk. Memang totally menyesal la ambil dia sebagai kontrakto. Menyesal sangat.
Dan yang paling menarik lag menakutkan, last Saturday, 8 Disember 2012, MEUE, suami, anak-anak , adik berserta suaminya ke rumah tersebut untuk menghantar sedikit barang ke rumah tersebut lantas sekali melihat progress kerja yang dilakukan oleh anak-anak buah kontraktor tersebut.
Sebelum itu, Encik suami sudah pun ditelefon kontraktor, dia minta baki wang yang hanya tinggal 1/6 of the total. Encik suami cakap, taknak bayar sehingga semua kerja-kerja yang tidak halus dibuat semula dan cantik. Si Mr Merajuks pun mula lah naik angin, berani dia kata begini dekat Encik suami yang merupakan customer yang membayar dia.
Mr Merajuks : Kamu ini menyusahkan betul lah!
Korang fikir lah, kurang ajar ke tidak?
MEUE memang kasihan sungguh dengan encik suami kerana terpaksa telan dan sabar dengan kata-kata MR Merajuks yang samseng itu.
Lantas Mr Merajuks pun sampai ke rumah kami di kala kami sedang meninjau-ninjau hasil kerja tangan anak-anak buah Mr Merajuks. Dia datang dengan gaya yang menakutkan. Seperti MEUE kata tadi, gaya kingkong menghentak kaki. Dari luar rumah lagi dia sudah jerit kepada anak-anak buahnya yang sedang menyiapkan kerja dengan bahasa ibundanya yang MEUE faham sikit-sikit bermaksud "BALIK!!BALIK!!" Sudah la masuk rumah orang tak bagi salam, hormat orang tidak ada langsung, lagi menjerit depan rumah orang.
Pekerjanya pun lintang pukang berhenti membuat kerja dan kemas dan segera pulang. Mr Merajuks pula, terus meluru masuk ke rumah, dengan wajah yang sangat bengis, berjumpa dengan Encik Suami di dalam. Konfrantasi bermula. Tetapi hanya mr Merajuks yang menengking-nengking. Encik suami kekal sabar dengan low-tone voice nya. Yang paling menakutkan , apabila Mr Merajuks menengking Encik Husband dan suami kepada adik MEUE memegang bahu Mr Merajuks dan berkata "Jangan macam tu, bang.. Cakap elok-elok" Lepas tu, Mr Merajuks terus menjerit-jerit, berkata "Awak jangan masuk campur. Ini urusan kerja saya.. Awak jangan masuk campur!" Wah, memang dah gaya orang nak ajak bergaduh. Sungguh rendah nilai moral orang itu. Kasihan Adik ipar MEUE, terpinga-pinga dia. Lantas suami MEUE terus meleraikan Mr Merajuks yang hilang pertimbangan.
MEUE pun campur juga masa tu. MEUE ckp la " Ini adik kami, awak tak boleh buat macam tu!" xceh, konon la MEUE nak masuk campur, tapi sambil-sambil tu, MEUE tarik jugak anak dan baby jauh-jauh sikit takut-takut si samseng ni bertumbuk pulak kat depan MEUE. Tapi bayangkan la. kami ni Boss dia, berani dia buat macam tu kat kami? Apa dia ingat kami ni orang kampung dia ke nak bertumbuk-tumbuk?
Geram dan menyampah betul MEUE dengan perangainya. Buat kamu di luar sana yang turut serta nak memperbaiki rumah dan mencantikkan rumah, berhati-hatilah memilih kontraktor. Siasat dan berkenalan dulu dengan orangnya, sisat hati budinya. Seanng cerita, sediakan lah wang lebih sikit dan ambil sajalah kontraktor cina. Sebab kontraktor cina memang lah mahal, tapi MEUE rasa, mereka ni hormat boss. Takde lah berani mereka nak melawan, apatah lagi menengking customer mereka.
Sekian, Wasallam.
--
Best Regards,
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe
http://enirawardrobe.blogspot.com
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe
http://enirawardrobe.blogspot.com
No comments:
Post a Comment