MEUE cukup tak puas hati dan ralat dengan dialog kartun-kartun di Malaysia. Yang mana, kartun terbitan "oversea" pun yang di adunsuarakan menjadi Bahasa Malaysia pun menjadi kurang bersesuaian dialognya untuk kanak-kanak.
Contohnya. Kalau anda tengok Boboi Boy, apart from the beautiful graphics and stories, takkan tidak ada yang perasan yang Boboi Boy ni banyak menggunakan "tak guna!" ,"lembab!", "bodoh!" dan pelbagai lagi inappropriate words. Tolong lah fikirkan cara yang lebih kreatif dan baik demi menjadikan kartun anda yang menjadi contoh kepada anak-anak di Malaysia ni. Tak malu ke? Sampai anak MEUE yang berumur 4 tahun pun, asyik tanya, kenapa kartun tu cakap macam tu? MEUE hanya boleh jawab "kakak jangan cakap macam tu tau.. Tak elok, nanti Tuhan marah.. Tuhan cabut mulut nanti" Habistu? nak cakap apa lagi? Semenjak haritu tu, everytime anak-anak nak tengok kartun, Especially Malaysians cartoons, MEUE terpaksa duduk bersama anak-anak.
Bayangkan lah, lagi bahaya bagi anak-anak tengok kartun yang sepatutnya sesuai untuk entertainment mereka daripada tonton cerite korea ke, cerite dokumentari ke. Susah betul nak mendidik zaman sekarang ni.
Kartun yang menjadi idola zaman sekarang ni, Upin dan Ipin pun sama je tapi Upin Ipin punya dialog dah better dah sekarang ni, saya perasan, tidak ada lagi 'tak guna' cuma ada sekali-sekala tu, 'lembap'. Aduh, pening nak menjawab bila Kakak asik tanya, ''kartun ni naughty boy. dia cakap benda tak elok''.. Dialog yang kurang bersesuaian ada lah juga digunakan. Tapi tak sekerap macam dalam Boboi Boy. Seriously said, MEUE risau kalau anak nak tengok Boboi Boy. Penat nak explain kenapa dialog dia cakap macam tu. Karaktor yang selalu cakap 'tak guna', 'bodoh', 'lembap' adalah karaktor Encik Boss dan Boboiboy itu sendiri.
Kartun-kartun yang MEUE perasan ada selalu juga gunakan "tak guna!" dan "bodoh!" adalah Eicak (TV3), BoboiBoy (TV3), Spongebob Squarepants- alihsuara Bahasa Malaysia (TV9), Jimmy Neutron (TV9) dan macam-macam lagi. tak terlist kalau nak list di sini sebab banyak sangat.
Sebab itu naik pening MEUE apabila nak beri anak-anak tonton kartun pada zaman sekarang ni.
Buat parents di luar sana, MEUE syorkan "Aiman Kembara" memang kids proof punya kartun, boleh tinggalkan anak-anak tengok sendiri. dialog yang bersopan, siap ada contoh-contoh adab untuk dicontohi. Tengok lah di TV AlHijrah.
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe
http://enirawardrobe.blogspot.com
No comments:
Post a Comment