Tabung anak-anak

IPAD BANK

Friday, September 21, 2012

WHI : Asam Garam - Apabila Batin Dipaksa

Jumaat, 21 September 2012-
Daripada rancangan Wanita Hari Ini, Slot Asam Garam, memaparkan isu yang menarik yang berlaku dalam mana - mana pasangan yang telah berkahwin.
MEUE rasa, pandangan Atie apabila dia membuat "appointment" memang bagus, sebab pada mula-mula kahwin, memang lah kita berada di dalam tahap "honeymoon" lagi. Hubungan intim memang sesuatu yang baru bagi pasangan yang baharu berkahwin.
Tetapi, jika usia perkahwinan kita telah menjangkau 4, 5 atau 9 tahun, hubungan intim itu semakin perlu di "balance"kan dengan aktiviti -aktiviti yang lain yang lebih priority. Contohnya, dahulu kita belum mempunyai anak. Boleh lah sentiasa "lovey-dovey" berdua. Sekarang, sudah beranak pinak, anak yang pertama nak itu, yang kedua nak ini, yang ke 3? yang ke 4? macam pula nak diorder oleh ibu nya kini. Bukankah begitu?
Pasangan suami isteri perlu berkerjasama dalam mencari ruang dan masa untuk bersama. Saya amat menyokong pandangan Atie tentang buat appointment dengan suami. Alah, bukannya kita ni kaum perempuan kejam sangat sampai tak mahu layan suami, kita buat appointment, supaya masa tidak terganggu oleh anak-anak mahu pun kerja-kerja rumah mahupun segala hal yang lain.
Oleh itu, kunci utama dalam kemesraan suami isteri adalah, kerjasama. bak kata Wonderpets, KERJASAMA.(sila nyanyi dengan gaya Wonderpets sekali).
Semoga statistik penceraian di Malaysia semakin berkurangan. Jangan lah dok bagai nak rak bercinta bertahun -tahun, kahwin tidak sampai setahun. Sedih sungguh mendengarnya.
Bagi kaum wanita aka ibu aka "queen" di rumah anda, anda lah kunci uatam ketahanan rumahtangga tersebut, banyak bersabar, dekatkan diri dengan Allah SWT, insyAllah, no problem!!
ini gambar raya tahun 2011 semasa mengandungkan adik.. ya Allah , jadikan lah keluarga kami keluarga yang sakinah.. Amin

No comments:

Post a Comment