Sejak dua menjak MEUE kecewa dengan "earnings" yang diperolehi daripada nuffnang, MEUE rasa, mungkin jika MEUE tulis lebih banyak, akan lebih banyak orang datang ke blog ini dan akan bertambahlah nilai nuffnang MEUE.
Tetapi, hapas kelapa betul, langsung tiada apa-apa kesan kepada "earning" yang MEUE dapat daripada nuffnang. MEUE dah pun jadi member glitterati nuffnang, tetapi, wahai nuffnang, apakaha salahku kepadamu?
Nak tahu, setelah bertahun menjadi advertiser nuffnang, berapa earning MEUE dapat?
RM0.30. Nak ketawa pun boleh, nak menangis pun boleh bila lihat jumlah itu...
Sudah bertahun tahun aku setia padamu, nuffnang, tetapi kamu tersangat kedekut!
MEUE tukar kepada company lain kang, haa, baru tahu..
Rasa seronok dan bersemangat pula jika kita dapat bersuara (menggunakan jemari) di alam maya ini. Sesungguhnya MEUE seorang yang pendiam, lebih kepada penulisan. Dan jika baru kenal dengan kawan baru, mungkin ada yang akan kata MEUE orangnya sombong, pedulilah apa orang kata, Allah lebih mengetahui siapa MEUE.
Bila menulis, rasa bebas menceritakan apa sahaja yang terlintas. Tetapi karya MEUE hanya mampu MEUE tulis sekali, kalau tidak pun 2 kali sehari sahaja sebabkan MEUE sibuk menguruskan anak-anak yang kuat menangis, kuat mengembur rumah, sibuk membasuh baju, sibuk memasak, sibuk menjaga jualan di blog MEUE.
Diahrapkan blog MEUE ini mendapat sambutan dan menjadi sumber inspirasi kepada pembaca. MEUE tak ada lah mahu glamour macam Maria Elena ke atau sesiapa pun, cukuplah MEUE yang beranak 2 ni, meluahkan pendapat dan berkongsi pengalaman di alam maya ini.
Wasallam.
Peace!!
![]() |
| ni ha admin MEUE.. baby MEUE yang baru 6 bulan, |

No comments:
Post a Comment