Thursday, September 27, 2012
Tips untuk naikkan buffered earning nuffnang
MEUE ada menyatakan ketidakpuasan hati dan kekecewaan melanda kepada nuffnang tempoh hari. Lihat di sini untuk membaca keratan MEUE.
Berkenaan earning nuffnang MEUE hanya RM0.30 shaja selama 4 tahun ini. Sedih nya. Oleh itu, MEUE nak share tips tips untuk menaikkan earning nuffnang. bersama-sama lah kita menjayakan blog masing-masing ya. INsyAllah.
Satu-satunya cara promosi hanyalah menggunakan SEO saja sebab kurang ada masa mahu implement teknik promosi lain, saya dedahkan cara yang saya gunakan, moga ia bermanfaat untuk Anda selepas ni:
1. rajin masukkan banyak artikel baru, lepas tu buat banyak internal backlink secara manual (artikel A link ke artikel B, artikel B link ke artilkel C, kemudian artikel C linkkan ke artikel A). Walaupun ada banyak kod atau Wordpress plug-in untuk memudahkan kerja membikin backlink ni, search engine bot lebih memilih permanent link yang di buat secara manual dan asli, bukan melalui kod yang diubah atau diautomasikan oleh plug-in.
2. Samakan perkataan di dalam tajuk dengan perkataan di dalam content artikel. Misalnya, jika Anda menulis tajuk dengan perkataan "motivasi' pastikan ada perkataan "motivasi" di dalam artikel Anda kemudian Bold kan. Tapi, jangan terlalu banyak sebab akan dianggap sebagai SPAM. Untuk elak blog Anda di anggap sebagai SPAM melalui cara ni, rajinkan diri memasukkan banyak artikel baru, pastikan original, gunakan cara yang tadi (1).
3. Gunakan keyword tools, sebaiknya guna Adword Keyword External sebab keyword yang ada di dalam ni semuanya di extract dari carian sebenar yang dibuat oleh pengguna Google Malaysia. Gunakan versi Advance, pilih negara Malaysia sahaja dan pilih 'English'. Selalulah rujuk ke bahagian 'local monthly search', bukan 'global search'. Rujuk sekali Local search trends, graf yang warna hijau tu sebab tak semua keyword aktif di cari oleh pengguna internet Malaysia.
4. Cari keyword yang memiliki kadar carian rendah supaya blog Anda senang untuk menonjol, kemudian jadikannya sebahagian dari tajuk artikel blog Anda, lepas tu gunakan lagi keyword yang sama di dalam artikel lain. Buat 5 atau 7 artikel melalui cara ni. Link kan artikel-artikel tu secara manual. Gunakan keyword yang mempunyai carian dibawah 500 dalam local search trends (lingkungan 250 itulah yang terbaik). Blog Anda akan mendapat ranking paling tinggi untuk keyword-keyword tu di Google Malaysia hasil dari gabungan penggunaan teknik ini dan teknik (1) serta teknik (2) di atas. Kesannya, ramai pengunjung baru akan menjumpai blog kendalian Anda. Idea untuk teknik ni saya garap dari buku Jutawan Senyap karya Dr Rusly Abdullah - perniagaan saiz kecil tapi dibina dengan cawangan yang besar. Artikel blog Anda biar ringkas+useful, tapi ada banyak cawangan (links).
Syarat untuk teknik SEO ni berhasil, kena rajinkan diri menghasilkan banyak artikel baru, tulis artkel-artikel yang tak pernah ditulis oleh blogger lain supaya karya Anda mendapat banyak link yang akhirnya akan menaikkan ranking blog Anda di enjin carian major terutama Google.
Kesannya, lebih ramai orang akan jumpa blog Anda, kemudian lebih ramai orang akan klik ke iklan-iklan Nuffnang di blog Anda. Teknik SEO memang memakan masa, tapi hasilnya tetap ada walaupun Anda tak mempromosi blog langsung kerana terlalu fokus menghasilkan banyak artikel baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment