Dengan gaya incognito, MEUE mengendap dari tingkap master bedroom kami. Rupa-rupanya ada sepasukan ahli Bomba datang untuk melupuskan satu sarang tebuan yang tersangat besar di hadapan rumah MEUE. Jiran sebelah kanan yang telefon Bomba minta tolong hapuskan sarang tersebut, takut tebuan-tebuan tu masuk rumah lalu menggangu anak-anak kami kalau tidak dilupuskan awal-awal.
MEUE tak dapat nak ambil gambar sarang tebuan tersebut sebab dilindungi oleh kenderaan Bomba yang amat besar. Apa yang MEUE boleh kongsikan, jelaslah kelihatan ahli Bomba Malaysia yang serius membuat kerja mereka, memanjat atas kenderaan mereka, ambil kayu panjang untuk dijadikan obor untuk membakar sarang tebuan tersebut.
Apabila sudah agak lama kenderaan Bomba di situ, kehadiran mereka diundang lebih ramai "penonton" yang tidak dijemput, iaitu jiran-jiran yang suka nak tengok apa yang berlaku.
Proses menghapuskan sarang tersebut mengambil masa lebih kurang dalam 30 minit. Setelah itu, pegawai Bomba bergerak pergi meninggalkan kawasan kejiranan kami.
Jika anda mengalami apa-apa masalah sarang tebuan ke, sarang lebah ke, pastikan masalah anda memang betul serius, dan panggil 999. Mereka akan segera menolong.
![]() |
inilah hasilnya apabila tidak memakai flash sebab taknak attract pegawai Bomba tu buat kerja |
No comments:
Post a Comment