Perjalanan bermula dari MRR2 menuju ke pantai timur, melalui Genting Sempah, seterusnya ke Bukit Tinggi, perjalanan diteruskan hingga ke Temerloh, baharulah kami berhenti untuk RnR. RnR di Temerloh menghala ke Terengganu, toilet lelakinya dalam renovation. So lelaki kena lah berurusan di toilet blue box yang disediakan. Encik husband menggeleng-geleng kepala setelah terpaksa menggunakannya. Kata beliau, tandas sementara itu tidak diselenggara. Bau memang tak usah cerita lah, apa lagi kotoran sana sini. Nasib baik toilet perempuan nya okay. Kalau tidak, maknanya saya terpaksa menahan la hingga ke perhentian seterusnya. Geli..
Tiba di Kemasik dlam jam 9 malam. perut lapar, segera menyerbu kedai makanan di situ, encik suami teringin nak makan sotong goreng tepung ala Ganu. - Dapat. dengan RM40 sekilogram sotong. Ditimbang dahulu baharu mereka masak.
Lepas makan, check in, - Tidur.
4 am - Pagi subuh hari mengundi - Kakak menangis sakit kaki. Kami anak-beranak keluar mencari 7 eleven, belikan kakak susu kotak. - Selepas minum, serta merta sakit kaki hilang. Adakah susu kotak Dutch Lady itu cukup power dan berkesan kepada kaki anakku yang sakit di tengah malam? atau pun hanya kerenah Kakak semata. Anyway, we had fun, merayap di pagi-pagi buta di Kemasik.
Pulang ke bilik hotel, selepas azan subuh, Selesai subuh, tertidur, lewat bangun, encik suami bangun dahulu untuk pergi mengundi.
Tengahari, bergerak pulang ke Kuala Lumpur.
![]() |
BUKTI - mereka sudah mengundi |
No comments:
Post a Comment