Tabung anak-anak

IPAD BANK

Friday, March 1, 2013

PENGALAMAN KETIKA BERADA DI NICU HOSPITAL SERDANG SELANGOR

ASSALAMUALAIKUM,
Entry yang lepas adalah permulaan journey saya berkampung di Hospital Serdang, Selangor.
Pada kali ingin berkongsi pengalaman ketika berada di NICU sepanjang menemani Adik selama 5 hari.


MALAM -1
Saya tiba di NICU setelah check out dari wad tingkat atas, pada tengahari. Sempat ber'dating' sebentar bersama Encik Suami di perkarangan hospital semasa tempoh melawat. Di NICU, hanya ibu dan bapa kepada bayi dibenarkan masuk. Bapa hanya boleh melawat ketika waktu melawat. Manakala ibu digalakkan stay untuk beri bayi susu secukupnya. Selesai ber'dating', berpimpin tangan, dengan saya yang berkain batik, ber t shirt, ber stokin, Suasana romantis yang epik. 
Petang itu, ditemani Encik suami, saya meletakkan beg-beg baju di atas katil yang di sediakan oleh pihak hospital untuk ibu-ibu yang menemani bayi yang dirawat di NICU ini. Namun, selesai mengecop katil, saya dan suami kembali ke bilik untuk para bayi di mana Adik adalah salah seorang daripada 4 bayi dibilik tersebut. Saya dan Encik suami duduk di sofa yang disediakan, berbual hingga tamat waktu melawat. Makcik guard sudah me round kawasan NICU untuk  "menghalau" para bapa untuk pulang.Encik suami terpaksa pulang. Kembali ke Cyberjaya untuk mengambil Kakak yang dijaga sebentar oleh Maktok kerana Kakak tidak dibenarkan masuk ke NICU.
Saya kekal duduk di sofa, menemani Uwais yang nyenyak tidur. Tepat pukul 9 malam, Adik mulai menangis, meminta susu, saya, dalam keadaan yang masih sakit, berusaha untuk bangun dari duduk lalu mengambil Adik untuk menyusukannya.
Susu diberi, bonding antara saya dan adik masiah belum lagi kuat terikat kerana saya dan Adik baharu sahaja 3 hari "berkenalan". Even nama pun belum saya dan Encik Suami tentukan lagi. So within that period, saya panggil Adik sahaja.
Adik tertidur setelah kekenyangan. Saya berusaha bagun dari sofa untuk meletakkan adik semula ke baby cot nya.
Setelah kembali ke baby cot adik, saya kembali ke sofa saya, melihat adik yg berwajah putih, tetapi berbadan kecil dan berwajah bujur. Saya terlelap. Mimpi saya dikejutkan dengan suara adik menangis meminta susu. Sungguh kuat suara kamu. Tidak padan dengan badan yang kecil. Saya menysukan adik, setelah kekenyangan, adik kembali tidur. Proses yang sama berlaku sehingga pagi. Adik hanya tidur 30 minit dan menyusu di selang waktu itu sepanjang malam.
Apabila pagi menjelang, jarak antara adik tidur dan menangis meminta susu semakin lama. Saya fikir, boleh lah tidur nyenyak sedikit kali ini. Namun begitu, baharu hendak melelapkan mata yang sudah tidak tertahan lagi mengantuknya, bayi katil seberang pula menjerit kelaparan. Malangnya, ibunya pulang ke rumah. Jururawat pula tidak ada yang datang memujuknya atau memberi nya susu. Susu formula hanya akan diberi kepada bayi-bayi yang tidak ditemani ibu masing-masing pada waktu tertentu sahaja. Tidak kiralah bayi itu menangis atau tidak within that period. Saya pula, tak berani lah nak angkat anak orang, karang, kalau apa-apa jadi, susah pulak, takut dituduh cederakan anak orang ke, dituduh cuba menculik ke, macam-macam boleh berlaku. Saya hanya boleh tolng tepuk-tepuk punggun bayi tersebut agar dia selesa dan tidur dan supaya tangisannya tidak mengganggu adik yang baharu hendak nyenyak tidur. tetapi, mana lah bayi tu nak tidur, sudah la kelaparan, ibunya pula tinggalakan dan tidak menemaninya. Jadinya, bayi itu menangis sehingga ibu nya tiba. Ada lah lebih kurang 4 jam menangis tanpa henti. Pesanan buat ibu-ibu di laur sana, jika bayi newborn anda di tahan di NICU, pastikan anda teman bayi anda, kerana katil untuk ibu-ibu ada disediakan. Jangan bergantung harap bahawa jururawat akan mengjaga bayi anda kerana susu formula hanya akan diberi mengikut jam tertentu sahaja, bukan on demand sebagaimana kita menyusukan bayi kita. Jadi, bayi anda akan kelaparan dan menangis tidak henti-henti. Ada bayi yang menangis sehingga tertidur, kemudian menangis semula bila terjaga, sungguh kasihan.

MALAM -2
Hari ke-2 di NICU. Di pagi hari, dalam keadaan tidak cukup tidur, kesakitan akibat jahitan yang belum pulih, melihat adik nyenyak tidur, saya "melarikan" diri untuk ke katil saya, mengambil barang, meuntuk mandi dan membersihkan diri. Sungguh lapar pagi itu. Menanti waktu melawat amat memeritkan. Mujur 'houseman' aka jururawat yang menjaga wad NICU itu memberitahu bahawa ada sarapan disediakan untuk para ibu. Saya pun segera ke bilik makan sebelum adik bangun meminta susu. Sarapan pagi, air milo,baked beans, roti, telur. Ada teman-teman di situ panggil "hari ni kita makan western style."
Selesai makan,kembali menemani adik. Menanti  giliran untuk kumpulan doktor-doktor pelatih dan seorang doktor bertauliah me 'round' wad NICU untuk melihat progress bayi-bayi di situ. Tiba ke giliran adik. Di kelilingi oleh dalam 10 orang doktor pelatih,ada yang menulis-nulis sesuatu, ada yang mengangguk tanda faham. (atau pun mungkin tanda keliru). Parut di dahi kiri kepala adik disahkan tand alahir oleh doktor bertauliah tersebut. Dan Adik dikehendakki mengambil set ubat antibiotik demi mengelakkan berlaku jangkitan kuman terhadap badan adik.
Doktor pelatih yang 'menjaga' dan follow up keadaan adik bernama doktor D. Budak yang baik saya kira. Dalam banyak-banyak doktor pelatih di situ, beliau yang saya kira yang paling manis, selalu senyum dan bersopan apabila berhadapan dengan pesakit. Syukur saya kerana beliau yang menjaga 'case' adik ini. Tetapi yang saya kurang gemar, Doktor D ni bila dia nak ambil darah adik, dia tidak pandai cucuk jarum agaknya, habis biru birat belakang tapak tangan anak saya. Sudah tu, bila beliau nak lakukan 'projek' mencucuk bayi tu, dibawanya lari anak kita. Agaknya supaya bila baby kita menangis, kita tak dapat dengar la agaknya. Mananya tak dengar.. suara adik, jelas kedengaran memekik-mekik apabila dicucuk even saya menanti jauh dari tempat adik 'dilarikan' oleh doktor D tersebut.
Waktu melawat. Encik suami datang agak lewat, hampir tamat masa melawat. Kami duduk di sofa sambil melihat adik nyenyak tidur. Suami bertanya, kenapa adik asyik tidur? Saya menjawab yang adik tidak tidur di waktu malam. Sebab itu siang hari dia jarang  bangun.
Hari ini, bayi-bayi yang ditinggal ibu datang menziarah bayi masing-masing. Saya memberitahu ibu-ibu tersebut bahawa bayi-bayi mereka menangis tanpa henti sampai tertidur kelaparan. Seorang daripada ibu-ibu tersebut terkejut besar lantas terus mengambil keputusan untuk tidur di situ bermula pada malam itu juga. Ibu-ibu yang lain, mereka tidak peduli. Mereka hanya pedulikan kesakitan mereka sewaktu melahirkan,mereka hanya fikir mahu rehat, mereka fikir bayi mereka disusu dengan baik. Agaknya mereka nak kena tengok saya rakam video macamana bayi mereka menangis sampai tertidur agaknya baru rasa kasihan itu datang untuk menemani bayi masing-masing.
Waktu petang. Makanan di sini boleh la tahan. Sehari ada 4 kali makan. Sarapan, lunch, minum petang, dinner. Saya ni, tidak berkira orangnya, sental aja lah apa yang ada. Namun di sudut hati, boring rasanya tinggal di hospital ni. Rasa nak balik melonjak-lonjak. Lagi pun, sudah 4 hari saya tidak ketemu kakak. Rindunya pada kakak. entah kaka rindu ke tidak pada mama. Ke kakak asyik main saja sehingga lupa pada mama.

MALAM -3
Sudah setahun berlalu, Saya masih ingat-ingat lupa pengalaman di NICU semasa menemani Adik complete kan siri antibiotik nya. Apa yang saya ingat, Kami, ibu-ibu di sana, semakin rapat, berkenalan sesama sendiri, bertukar cerita tentang pengalaman melahirkan anak masing-masing. Saya hanya mendengar dengan seram sejuk. Kerana pengalaman mereka rata-rata menakutkan. Ada yang kes di 'godeh-godeh' vagina kerana bayi tidak mahu keluar, ada yang kes sudah hendak bersalin sangat tetapi di suruh pulang ke rumah dan seterusnya terpaksa ulang kembali ke hospital, ada yang kes kaki terpaksa di ikat tinggi supaya senang hendak melahirkan, dan yang paling saya takuti, mereka disambut oleh Doktor-doktor pelatih LELAKI di hospital tersebut. Haa.. antara sebab itu lah saya agak keberatan hendak pergi ke hospital awal-awal sebab saya tidak mahu Doktor lelaki menyambut kelahiran bayi saya. Kalau hendak ke hospital swasta, Encik suami sudah pun offer, kami sudah pun survey hospital bersalin swasta yang ada Doktor perempuan, tetapi, iye lah, takut bersalin akibat pengalaman bersalinkan Kakak, menyebabkan saya lambat-lambatkan ke hospital. Wahai Doktor lelaki ,mengapa lah pulak kamu ni sibuk-sibuk nak menjadi pakar bidan. Tidak mahukah kamu mejadi Doktor ortopedik ke, paediatrik ke, Doktor gigi ke, Doktor haiwan ke. Dan saya pernah baca status update USTAZ AZHAR IDRUS , menurut beliau, berdosa suami jika mengizinkan lelaki menyambut kelahiran bayi. Iyelah, hidup ini merupakan pilihan, terdapat banyak pilihan dan jalan yang kita patut pilih berorientasikan akal fikiran yang dikurniakan ALLAH SWT.
Every morning, around jam 10 pagi ke 11 pagi, Seorang Doktor bertauliah akan meronda keliling wad bersama-sama 'sepasukan' Doktor pelatih. Mereka akan pergi ke setiap pesakit, ibu dan anak masing-masing dan Doktor bertauliah tersebut akan mendiagnos setiap bayi-bayi di situ. Pada masa itu lah  ibu-ibu digalakkan stand by di samping anak-anak masing-masing. Mana tahun nak confirm balik apa yang telah Doktor-doktor pelatih tu cakapkan pada mereka tu betul ke tidak ke, atau nak tanya-apa-apa soalan kepada Doktor bertauliah tersebut ke. Jangan percaya 100 percents pada cakap Doktor pelatih di situ, iye lah, mereka still in the process of becomaing a DOCTOR. bukan Doktor bertauliah lagi pun. Sya perhatikan, masa sessi meronda bersama Doktor bertauliah tersebut, rata-rata ramai yang disoal balik oleh Doktor bertauliah tersebut, dan mereka tidak dapa tmenjawab soalan yang ditanya. Seram nak dipikitkan bila soalan cikgu diorang tak dapat jawab, takkan senang-senang aje diorang nak mencucuk anak kita. Nanti silap diagnose ke, apa ke, kita juga yang susah. Pesan saya, lebih percayakan kata-kata DOKTOR BERTAULIAH dan staff nurse di situ, bukan doktor pelatih yang ada. Sebab itu, jika saya ada apa-apa kemusykilan, saya akan direct tanya ke staff nurse di situ, dan staff nurse di NICU memang TERBAIK layanan mereka. Specially nurse yang bernama SYARINI. Saya sememangnya menjadi OBSERVER semasa berada di sana. Melihat perilaku manusia sememangnya menarik perhatian saya. Nurse SYARINI  memang baik. Senyuman tidak lekang di bibirnya. Even pada suatu hari tu, Nurse SYARINI BERTUGAS SELAMA lebih daripada 12 JAM TANPA HENTI. Saya perasan kerana, pada waktu pagi, jam 10 sudah kelihatan Nurse Syarini ada di kaunter. Kemudian melihatnya sibuk menukarkan cadar dan sarung bantal ibu-ibu, ke hulu ke hilir berkerja, di malam hari pun Nurse Syarini ada, masih tersenyum, membantu Doktor-doktor pelatih memberi suntikan kepada bayi-bayi. Pada keesokkan harinya, Nurse Shalini masih lagi ada. Saya menegurnya, beliau masih lagi tersenyum. Senyuman yang ikhlas namun di wajah beliau terukir kepenatan dan keletihan yang melampau. Mana taknya, kerja berbelas jam sehari, Dahsyat sungguh dedikasimu wahai Nurse Syarini. Beliau tersangat baik.
Di malam hari, bayi hanya 'diganggu' Doktor mahu pun 'HOUSEMAN' sekali sahaja. Iaitu pada jam 10 kalau tak silap saya. Hari ini, Adik agak kekuningan sedikit akibat kekurangan VITAMIN D. Lantas dipakaikan goggle cute untuk menutupi mata sebab nak pasangkan cahaya UV demi menaikkan nilai vitamin D dalam sel badan Adik.

MALAM -4
Ini adalah malam terakhir di sini. Malam ini, giliran Nurse hamil itu menjaga kami, ibu-ibu di sini. Akibat ambat mengurut dan bayi yang asyik tidur dan kurang menyusu, Payudara mulai sakit akibat 'bengkak susu'. Hapir kesemua ibu-ibu di sana mengurut payudara masing-masing tatkala bayi masing-masing tidur lena. Mana yang membawa pam susu, sibuk mengepam susu masing-masing. Begitulah aktiviti kami, ibu-ibu di wad NICU. Mana tidaknya, sepatutnya kami semua tidak berada di sini, malahan sepatutnya berada di rumah masing-masing, berehat, Enjoy menerima urutan lepas bersalin, berbengkung, bertangas, dan sebagainya. Ini tidak, kami di sini belum lagi berurut dan berbengkung. hanya berstokin dan berbekalkan losen halia sahaj. Namu ntidak mengapa, itu semua tanda kami, para ibu sayangkan anak masing-masing, kesihatan kami menjadi tajuk nombor dua apabila melibatkan kesihatan anak-anak. Biarlah anak yang sihat, biarlah anak yang selesa, kami tidak mengapa.Kerana pada saya sebagai seorang ibu, hidup saya hanyalah demi anak-anak. Kekuatan saya adalah anak-anak. Tanpa anak-anak, saya tidak mungkin sekuat ini. Walaupun syaa boleh dikatakan sebagai ibu yang strict, tapi saya tahu, Kakak syangkan saya kerana setiap hari Kakak akan peluk dan cium saya walaupun dimarahi oleh saya. Lagipun saya bukan suka-suka nak marah Kakak, cuma apabila Kakak perlu di disiplinkan kerana anak-anak ni perlu di didik. mana boleh manja sokmo, kang jadi macam Anakku Sazali kang. Kita juga yang susah.

HARI -5 [Hari terakhir]
Saya dan Adik dijadualkan pulang lewat petang hari ini setelah antibiotik Adik dicucuk. Ada suatu cerita kelakar ingin saya kongsikan. Pagi ini, sementara menunggu geng 404 [kami gelarkan pasukan ronda Doktor bertauliah dan anak-anak murid] datang meronda, kami ibu-ibu lepak di katil masing-masing. Ada yang sibuk mengepam susu, ada yang mengurut payudara sebab sakit bengkak susu, ada yang menyusukan bayi. Datang Doktor pelatih, Doktor D, Meronda seorang diri. Laju langkahnya terus menuju ke katil bayi di  hujung dinding kiri sana. Ibunya sedang bersarapan di bilik makan. Bayi itu sedang enak tidur. Doktor-doktor pelatih di sini memang hobi mereka, menggangu bayi sedang tidur agaknya. Sebabnya, time bayi tidur, time itu lah mereka sibuk nak check badan nak lihat kuning lah. Nak check jarum yang terlekat di tangan lah, nak check denyutan nadilah. Tima bayi tu tak tidur, langsung takmahu kacau. Lalu, pandang sebelah mata sahaja. Geram betul.
Berbalik kepada situasi Doktor pelatih, Doktor D tadi. Terdapat 5 ibu-ibu di bilik tersebut. Kami terdiam dan mata mengekori Doktor D. Semua membuat pandangan tajam ala-ala pandangan serong ke arah Doktor D tersebut. Kami bukan marah dia nak check bayi tu, kami marah, selalunya, apabila Doktor pelatih ni check baby, diorang tinggalkan aje baby yang menangis, bukan nak pujuk balik. Dah lah susah nak tidurkan bayi yang sedang menangis.
Kami lihatkan aje Doktor D tu do kangkat baby yang tidur tu, check badannya, tekan-tekan perutnya dan bayi tu pun dah mengais dah, gear 5 dia menjerit dah pun. Lepas Doktor D tu dapat apa yang dia hendak, dia dah catat progress bayi tu, dia nak letak sahaja bayi tu kembali ke katilnya tanpa memujuk bayi tersebut. Kami, ibu-ibu di situ, tidak berkata apa-apa, tetapi memandang beliau dengan pandangan tajam bak pedang samurai. Saya rasa lah, Doktor tu perasan akan pandangan kami, Jelas nampak Doktor tu cuak dan terus meniarapkan bayi tersebut, menepuk-nepuk perlahan punggung bayi tersebut sambut memujuknya. Beberapa minit kemudian, bayi tersebut lena kembali. Setelah itu, Doktor D lekas-lekas meniggalkan bayi tersebut dan meninggalkan kami di bilik ibu-ibu. HAHAHA. Inilah dikatakan THE POWER OF KILLER LOOK. Apa bila Doktor D keluar, kami semua tersengih-sengih dan berkata, 'haa.. tahu pun takut..'
Buat Doktor-doktor yang berkerja dengan anak-anak atau pun bayi, be gentle la dengan pesakit anda. Kalau mana yang sedang tidur, anda sudah kacau, tidurkanlah balik, paling tidak pun, pujuklah mereka kembali sebab tidur mereka yang enak terganggu oleh anda. Respect each other la..
Menjelang jam 6, Encik suami sudah tiba, Sudah sampai masanya meniggalkan NICU,Terima kasih saya ucapkan kepada Nurse hamil yang menjaga di waktu itu, Nurse Syarini tidak ada, kerana mungkin beliau sedang berehat di rumah. Pada Nurse Syarini, anda memang hebat dan baik. Semoga anda diberkati ALLAH SWT selalu. Teruskan dedikasi anda kerana dedikasi anda mengharukan kami dan senyuman anda meringankan sedikit beban dan kesakitan yang kami alami.

Wassalam.
--
Best Regards,
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe

http://enirawardrobe.blogspot.com

No comments:

Post a Comment