Tabung anak-anak

IPAD BANK

Wednesday, March 6, 2013

CAMERON HIGHLANDS - KEA FARM

Di CAMERON HIGHLANDS, kalau nak membeli belah, seperti yang saya pernah kata, elakkan membeli di sebelah bawah gunung. beli lah di KEA FARM. Anda akan puas hati kerana banyak juga wang dapat dijimatkan dengan membeli di sini.


  • RM9 untuk 2 bungkus teh berperisa buatan Cameron Highlands.
  • RM1 fridge magnet yang cantik-cantik berbanding RM4 di tempat lain
  • RM16 untuk stuffed plush strawberry untuk Kakak. Sangat besar dan siap ada kaki lagi.
  • RM10 JAGUNG MUTIARA untuk 10 tongkol. Cuba jalan-jalan dulu, survey, kerana ada penjaja yang jual jagung RM10 dapat 20 tongkol. Lagi berbaloi.
  • Beli strawberry di sini. Kerana lebih murah dari tempat lain. Saya beli 3 paket medium strawberry dan 3 paket small strawberry dengan harga RM10.
All these for RM10

Bought these at KEA FARM.

Cari kedai Apek 'BORONG' untuk fridge magnet yang cantik-cantik dan murah. Kedai Apek ni berhadapan dengan jalan raya. Senang sahaja nak cari. Payung, stuffed plush toys pun mrah di sini. Pandai-pandai tawar menawar dengan Apek ni. walaupun mula-mula beliau tak bagi tawar, lama kelamaan dapat juga kurang harga.
Lavenver Farm - Entrance fee = RM5 per pax


1 comment:

  1. tengah survey strawberry yang murah kat camerom.. thanks for the info :D

    ReplyDelete