Tabung anak-anak

IPAD BANK

Friday, March 29, 2013

Esok ke Garden Cafe Sunway Pyramid untuk bertemu Nurul dan Skinz Infinite

First of all, thanks to Skinz PR yang menghempas pulas mencariku. Saja je main sorok-sorok, rupa-rupanya memang serius betul diorang ni mencari saya untuk beritahu yang saya ni dapatlah ke party event untuk esok bersama Nurul dan Skinz.
Sampai Nurul sendiri call saya. Mak ai.. Sudah macam VVIP bebenor dah ni.
Aduhai, serba salah pula nak pergi, nak kena tinggalkan bujuk-bujuk dengan Ayahnya. Encik Suami kata takpe, okay jek. So tomorrow will be girls day out. Me, Mysarrah, Nurul and Skinz.
Saya tulis blog tentang Nurul and Skinz ni, cuba lah baca, tak tahu pula boleh menang. Rezeki agaknya. Anyway, many thanks to Skinz, Nurul and her PR.
And the PR said I can bring Kakak but not Adik. So I'll bringing Mysarrah tomorrow.
See you tomorrow.

Now I don't have anything to wear..
Like...glamour thingy..
Belasah ajelah apa nak pakai besok.


Thursday, March 28, 2013

Reunite with Nurse Syarini

Tidakku sangka dengan berblogging dalam entry yang lalu, dapat bertemu semula dengan Nurse yang telah merawat Adik semasa di NICU Hospital Serdang.
Hari ini, messagebox enirawardrobe dikejutkan dengan message yang simple seperti 'Salam.. kenal saya tak.'
Wah, saya pun, lekas-lekas mengamati wajah si penghantar mesej di Facebook tersebut. Dalam hati, 'macam pernah kulihat, tapi di mana ya..' Terus mengecam wajah si penghantar, melihat foto-foto beliau. Hah.. sah...memang dia..
Lantas saya terus membalas mesej beliau.. Rupa-rupanya Nurse SYARINI yang famous itu.. Mana mungkin kami melupaimu, Nurse Syarini. [Sorry, silap eja nama Nurse rupanya selama ini. Tetapi saya sudah betulkan ejaannya semua.]
Seronok berbual even hanya di Facebook. Ibarat kenalan lama bertemu kembali walaupun tempoh perkenalan hanyalah berusia 5 hari. Semoga ukhuwah membawa berkah kepada kita semua.
Selamat maju jaya kami sentiasa doakan buat Nurse Syarini agar sentiasa menyentuh hati sesiapa pun yang sedang di dalam kesakitan di NICU.
Aamiiiin..

Tuesday, March 26, 2013

Nurul and Skinz

Saya ada terbaca blog Nurul Huda aka Nurul [EHEM] Ajai. Even nama Nurul dah dikomersialkan sebagai nama Nurul sahaja, namun saya rasa, kalau sebut saja Nurul Ajai, tang nama itulah baru orang kenal siapa Nurul.
Harap not too late to wish Nurul on her marriage. Fuhh, dengan frenchman lak tu.. Sure hari2 boleh makan macarons. [tiba-tiba pulak..]

Iya, penyanyi lagu Serasi Bersama dan yang paling best tu, 'Aku Cinta Aku Rindu'
Saya lihat tak berapa lama dahulu, ada iklan komersial, Nurul menjadi model krim penjagaan wajah Skinz. Memang nampak muda. Ini adalah contest yang saya saja cuba mana lah tahu ada rezeki dapat jumpa Nurul. Dan sudah tentunya saya taknak pergi seorang kalau terpilih nanti, boleh tak agaknya saya bawa ahli keluarga sekali. Almaklumlah, I am a fulltime mother, anak-anak tak pernah berenggang, even the baby still lactating. dan time weekend inilah kami sekeluarga berkumpul, weekdays Encik Suami berkerja dan pulang lewat setiap hari kerana terpaksa commute long hours to works. Boleh tak agaknya ye..

[Jawapannya BOLEH. Saya dah pun ke event tersebut.Saya bawa je Uwais dan Mysarrah Enira. Semua PR yang ada baik hati, Nicole dari Skinz, sangat baik orangnya dan cantik juga. Almaklumlah, pakai SKINZ]- updated on 3rd April 2013 aka after the event.

Saya saja-sajalah twit to Nurul [kalau celebrities lain, boleh mimpi la anda nak dapat twit reply dari diorang], yg saya dah blog about this project. Pastu, within minutes, dapat reply pulak dari Nurul. From that, beliau reply aje apa yang saya twit back, even follow saya yang 'bukan sesiapa ini'. Thanks Nurul, if you read this, your warmest makes me loves you and wanna get to know you even more. Dari dulu bukan lah peminat loyal atau pun peminat tegar, kini terasa macam nak become one pulak. Boleh ke, Nurul.. [sorry readers, symbol question marks saya rosak.. so tak boleh type question marks]
Ala, saya ni terpilih ke tidak agaknya. Silap haribulan, boring pihak Nurul membaca blog saya yang entah apa-apa ni. Takpe lah, saya hanya mencuba, lagi pun saya ni pemalu bagai, segan juga nak bertemu Nurul jika berpeluang.

Anyway, Nurul sangat baik dan best.
Di sini preparation saya for the event

Berikut adalah soalan-soalan yang saya perlu jawab

  1. Nurul adalah jurucakap / ambassador kepada produk SKINZ
  2.  apakah rejim kecantikkan anda sekarang? Cuci muka sahaja. Tiada masa untuk toner, mask dan sebagainya.
  3. Mengapa anda mahu meluangkan masa seharian bersama Nurul? Sebab saya teringin melihat kecantikan kulit Nurul in person kerana saya yakin beliau tersangat cantik di dalam kaca TV dan saya ingin membawa si comel saya untuk bertemu mata dengan Nurul. 
  4. nyatakan kenapa anda mahu mencuba Skinz Saya dapat melihat wajah Nurul semakin muda dengan menggunakan Skinz. Saya ingin turut mencuba sama ada ia berkesan pada saya juga atau tidak kerana banyak produk di luar sana hanya membuat janji kosong tanpa menunjukkan kesan yang positif kepada si pemakai.
with in laws..ni gambar saya pakai sedikit makeup, kalau tak pakai, dah serupa dengan pokok manggis dah.. huhuhu..


Friday, March 22, 2013

Bijak Berbelanja Bajet Kecil

Semenjak menjadi ibu merangkap secretary di rumah ini, saya semakin bijak mengenali kualiti bahan-bahan makanan dan segala bentuk barang jika berbelanja. Dala entry kal iini, ingin saya kongsi pengetahuan saya tentang cara berbelanja dengan lebih berhemah dan jimat , juga abijak untuk semua di luar sana.

Berikut adalah harga dan barang-barang yang dibeli dengan harga yang rendah daripada tempat-tempat lain.
save money photo: Money Money.jpg
Picture from Photobucket

  1. Ubat gigi kanak-kanak Mukmin = Beli dengan RM2.50 di KR1M, jika anda lihat di TESCO, harganya adalah RM2.80. [ JIMAT rm0.30 ]
  2. Air karbonat berperisa Kola 1.5L = Beli di KR1M dengan harga RM1.56
  3. Sabun buku = Beli di KR1M dengan harga RM0.50 sebuku, di pasaraya lain dengan harga RM0.80 sebiji.  [JIMAT RM0.30 ]
  4. Kiub pati ayam brand TESCO = Beli di TESCO dengan harga RM2.10, harga lebih rendah daripada brand terkemuka yang lain. Sama sahaja rasanya. Bijak memilih ketika berbelanja.
  5. Kiub pati ikan TESCO = Beli di TESCO dengan harga RM2.10.
  6. Berus gigi brand 1 MALAYSIA = Beli satu pek ada 3 berus gigi, RM2.60.
  7. Ladys Choice Peanut Butter Choc Spread = RM8.00 beli di TESCO. Saiz besar. Di tempat lain, harganya RM13.00
  8. Diapers WHOOPIE Saiz XL = Beli 2 pek besar dengan harga RM50. Di Jusco, satu pek = RM27.90
  9. Choco Pie Brand 1 MALAYSIA = Beli 1 pek dengan 6 biji chocopie chocolate, berharga RM2.80. Rasa sangat sedap, malah lebih banyak marshmallow dari brand terkemuka.

Friday, March 15, 2013

Ya Allah, Tolong selamatkan anak-anakku dunia dan akhirat

Menggigil kaki, bergetar tangan, berderau jantung, tidak sanggup saya apabila mengenangkan jika kejadian yang menimpa allahyarhamah adik Nurin Jazlin yang menjadi mangsa jenayah psycopath pada zaman ini.

Justeru itu, tidak saya dan suami gusar dan ralat kerana kakak masih lagi 'homeschool' dan belum kami daftar kan ke mana -mana preschool. Kami belum boleh melepaskan tangan kami daripada kakak. Jantung berderu laju, tidak sanggup menghadapi situasi seprti allahyarhamah adik nurin jazlin. Tidak terkata bicara untuk menunjukkan betapa takutnya kami kepada situasi jenayah masa kini.
BE SAFE. PERHATIKAN ANAK-ANAK SELALU. INI DIA WAJAH LELAKI KUCING YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS JENAYAH ADIK NURIN JAZLIN
Semakin hari semakin banyak berita jenayah di kaca TV. Daripada jenayah meragut hinggalah jenayah ber profil tinggi seperti pembunuhan jutawan Datuk Sosilawati Lawiya. Tidak lupa juga banyak mangsa kanak-kanak hilang yang belum dijumpai seperti Adik Shalini. Masih ada sesiapakah yang ingatkan beliau. Di manakah Adik Shalini sekarang..

Jantung masih berdegup kencang. Anak-anak adalah kekuatan saya. IN SHAA ALLAH akan saya berusaha melindungi mereka daripada kejahatan selagi saya berdaya. Akan saya berusaha, tidak saya kisah jika nyawa menjadi taruha. Kerana anak-anak merupakan ahli syurga yang mewarnai dunia ini.

Akan saya pegang erat tanganmu wahai anak-anak mama, biarpun dikau semakin dewasa, tidakkan mama lepaskan tangan ini sehingga lah dikau yang meleraikan tanganmu. Semoga Mysarrah dan Uwais dilindungi Allah SWT selalu.

Semoga menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat.

Thursday, March 14, 2013

FACEBOOK VS TWITTER

Adakah anda seorang penggemar FACEBOOK atau pun TWITTER.  Berikut merupakan pandangan saya mengenai FACEBOOK dan TWITTER.

Saya lebih kepada FACEBOOK. Kerana di situ lah saya dapat tahu perkembangan ahli keluarga saya. Maklumlah, hidup sudah berumah tangga, jauh dari kakak, adik dan ibu. Hanya dari FACEBOOK saya dapat melihat gambar terbaru ibu, adik-adik, kakak dan anak-anak saudara.

Even semasa melahirkan Adik, saya berhubung dengan Kakak saya melalui FACEBOOK.Proses kelahiran Adik ditemani Akak dalam Facebook. Kerana pada masa itu saya tiada phone. Phone saya rosak. Dan Akak jugalah yang menelefon suami saya untuk segera pulang pada waktu itu.

Bagi saya, pada sudut pandangan yang lain, FACEBOOK adalah tempat untuk 'stalk' kawan-kawan. Melihat ke mana mereka habiskan hari hujung minggu,keindahan gambar-gambar kawan yang di 'post' kan, melihat 'check in' mereka di merata-rata tempat, melihat kecantikan rumah mereka, melihat gambar-gambar hadiah yang mereka dapat apabila hari lahir masing-masing dan macam-macam lagi dan tersisip dalam hati, berkata 'kalau lah aku begitu kan best...'

Namun saya pernah membaca, jangan suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain, jangan fikir kehidupan orang lain yang ita lihat itu indah, bahagia, mewah, kerana hanya mereka sahaja tahu apa yang mereka lalui,  bukan kita. Oleh itu, saya sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang ini. Dan saya dan keluarga, kami tiada apa untuk dicemburui oleh orang lain, cukuplah kami sederhana dan bahagian dengan kesederhanaan ini.

Bagi penggu TWITTER, yang majoritinya pengikut artis, dan artis, mereka ini tergolong kepada 2 golongan.


  1. GOLONGAN PENGIKUT ARTIS PUJAAN
  2. GOLONGAN ARTIS YANG SANGAT PUAS HATI DENGAN STATUS MEREKA SEBAGAI ARTIS
GOLONGAN PENGIKUT ARTIS
Mereka ini, sign up twitter untuk mendpaat tahu 'update' terkini dari artis kesayangan mereka. Dari artis kelas A hinggalah artis veteran mahu pun yang suam-suam kuku sahaja. Tapi kasihan pada mereka ini. Beria-ia reply tweet artis kegemaran mereka, satu pun langsung tidak pernah dibalas oleh artis tersebut. That happens EVERYTIME.

GOLONGAN ARTIS
Golongan ini, sememangnya bangga dengan status mereka sebagai artis. Dok posing mulut kembung, lepas tu post kat TWITTER ke, INSTAGRAM ke, pastu, bila peminat komen, langsung tak di reply. Golongan ini, saya rasa, mereka hanya mahu show their pride. Betul kah mereka ni appreciate kan peminat mereka.. Saya kurang pasti tentang itu. Kamu tidak percaya, kamu cuba lah sendiri. Jangan harap lah nak dapat reply dari artis kesayangan kamu itu.
Sebab yang peliknya, jika mereka appreciate peminat mereka, takkan mereka ada masa untuk update something atau upload pics of something, tapi tiada masa nak reply tweet kamu. Especially mereka yang kononnya buka akaun twitter hanya untuk peminat mereka katanya.
Daripada kamu dok melayan mereka ni, baik kami selawat kepada Rasulullah SAW kerana Rasulullah SAW akan menyahut setiap selawat kamu kepada Baginda. Dan mana tahu anda akan diingati oleh Baginda dan mendapat syafaat dari Baginda SAW. Nak harap reply tweet dari artis kamu tu konon, ape faedahnya.

Wajah anak mendian Steve Irwin THE CROCODILE HUNTER

Saya masih ingat lagi rancangan THE CROCODILE HUNTER. Steve Irwin tersangat berani dan menyayangi haiwan. Gelagatnya seperti haiwan-haiwan tersebut adalah sahabat beliau. Namun Steve Irwin menemui ajal apabila ditusuk duri ikan pari. Dikatakan tepat mengenai jantung beliau.
Wajah Bindi terbaru. Jauh berbeza dari kecilnya
Sehubungan dengan kematian ayahnya,, Bindi melancar satu rancangan bertajuk BINDI THE CROCODILE HUNTER. Sementara adiknya, Bob Irwin masih kecil, Bindi meneruskan legasi ayahnya yang amat menyayangi haiwan.

Saya masih lagi terbayang wajah Bindi yang comel bermain dengan haiwan-haiwan liar. Namun kini Bindi semakin dewasa dan semakin cantik. Bindi masih lagi giat dalam dokumentasinya mengenai haiwan-haiwan sehingga kini.

Bindi juga mempunyai Facebook seprti anda di sini.

Wednesday, March 13, 2013

OPS DAULAT dikatakan melayan pelarian seperti haiwan

Ngeri dan gerun saya jika membaca berkenaan kisah OPS DAULAT yang memang topik panas seharian bermulalah dari berlakunya pertempuran antara pihak polis dan penceboroh di Kampung Tanduo. Sebenarnya saya tidaklah mengikuti sangat ceitera Ops ini. Namun hari ini Malaysia dikejutkan lagi dengan pemergian 2 orang lagi anggota pertahanan negara. Seorang telah kembali ke rahmatrullah akibat daripada kemalangan 'truck' di Sabah. Seorang lagi meninggal akibat pertempuran bersama penceroboh.
Semoga penduduk Sabah terselamat daripada ancaman buruk. Semoga tiada lagi nyawa yang terbang.

Namun hati sedikit gusar apabila membaca tentang pelarian Sulu yang sempat pulang ke tanahair mereka, mereka mengatakan bahawa pihak pertahanan Malaysia berlaku kejam ke atas mereka. Sudah macam cerita wayang pula jika perkara sebegini berlaku. Ialah, dalam wayang, ada 'bad cops, bad armies' tu kan. Tapi, takkan lah pasukan pertahanan Malaysia berperilaku buruk seperti yang diperkatakan oleh pelarian tersebut.

Semua orang tidak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah.Sama ada pelarian itu yang membuat cerita atau pun sebaliknya. Seperti yang kita tahu, hanya yang MAHA ESA  yang tahu apa yang berlaku sebenarnya. Doa saya, biarlah pelarian itu yang membuat cerita, kerana rata-rata majoriti pasukan pertahanan Malaysia adalah beragama Islam. Haram dan berdosa jika menganiaya manusia apatah lagi manusia yang dalam keadaan tidak berdaya. Semoga psukan polis dan tentera di Sabah cekal dalam apa-apa urusan dan semoga keadaan kembali aman dan tiada lagi pertumpahan darah berlaku lagi.

Cukup, cukup sudah, biarlah sampai di sini sahaja.

Wednesday, March 6, 2013

CAMERON HIGHLANDS - BHARAT TEA PLANTATION - CAMERON VALLEY TEA

Di BHARAT TEA ni, ambil gambar sahaja, tidak beli apa-apa sebab baru sahaja tiba di kawasan Cameron Highlands ni.
Company ini mengeluarkan teh berjenama CAMERON VALLEY. Ada pelbagai perisa. Harga untuk 1 box yang serbuk tanpa uncang, boleh dapat dengan harga RM2.50 di Strawberry Point. Di sini, harga lebih mahal.
Tetapi mereka terkenal dengan teh pelbagai perisa, ada perisa strawberry, peris mangga dan sebagainya. Dijual dengan harga RM8.50 sekotak. Jika membeli teh yang sama di KEA FARM, anda boleh dapat dengan harga RM7.80 sekotak untuk teh yang sama di Bharat Tea ni.


CAMERON HIGHLANDS BOH Plantations Visit March 2013

Harga 1 slice of Cheese kek di sini adalah RM7.00. Tarts mereka jual dengan harga RM5.80. Teh- teh pelbagai perisa dalam lingkungan RM3.40 sehingga RM7.00 kalau tidak silap saya.
Ada minuman teh berais, teh panas dan juga teh di dalam pot. Jika pilih teh dalam pot, boleh just add hot water sahaja bila nak refill tapi akan dicaj RM1.00 untuk add hot water. Gula tak menjadi masalah. Kerana setiap atas meja tersedia gula pasir untuk dituang ke dalam teh-teh anda.
Yang best, tempat ini tidak ada caj tambahan. Jika RM2.40 teh anda, Maka RM2.40 lah anda bayar, tiada servis caj ke, tiada government caj ke.
Birthday boy dengan kek nya. Jadilah slice kek pun okay.


View from the BOH tea plantation

Haa, happy lah sangat, belum tahu mengahnya nak mendaki denai di ladang teh BOH 

Perjalanan turun


View dari dalam Kafe di atas Boh Tea Plantation


CAMERON HIGHLANDS - KEA FARM

Di CAMERON HIGHLANDS, kalau nak membeli belah, seperti yang saya pernah kata, elakkan membeli di sebelah bawah gunung. beli lah di KEA FARM. Anda akan puas hati kerana banyak juga wang dapat dijimatkan dengan membeli di sini.


  • RM9 untuk 2 bungkus teh berperisa buatan Cameron Highlands.
  • RM1 fridge magnet yang cantik-cantik berbanding RM4 di tempat lain
  • RM16 untuk stuffed plush strawberry untuk Kakak. Sangat besar dan siap ada kaki lagi.
  • RM10 JAGUNG MUTIARA untuk 10 tongkol. Cuba jalan-jalan dulu, survey, kerana ada penjaja yang jual jagung RM10 dapat 20 tongkol. Lagi berbaloi.
  • Beli strawberry di sini. Kerana lebih murah dari tempat lain. Saya beli 3 paket medium strawberry dan 3 paket small strawberry dengan harga RM10.
All these for RM10

Bought these at KEA FARM.

Cari kedai Apek 'BORONG' untuk fridge magnet yang cantik-cantik dan murah. Kedai Apek ni berhadapan dengan jalan raya. Senang sahaja nak cari. Payung, stuffed plush toys pun mrah di sini. Pandai-pandai tawar menawar dengan Apek ni. walaupun mula-mula beliau tak bagi tawar, lama kelamaan dapat juga kurang harga.
Lavenver Farm - Entrance fee = RM5 per pax


Monday, March 4, 2013

Cameron Highlands Trip Experiences 2013

Tanggal 2 Mac 2013 yang lalu. Kami sekeluarga bertolak dari Klang Valley. Bertolak pada jam 10 malam setelah Encik Suami pulang dari kerja. Berjanji dengan adik ipar dan ibu mertua untuk bertemu di Ipoh. Kasiha Encik Suami. penat tak habis, nak kena drive long hours untuk ke Ipoh pula. Tapi apa kan daya, nak berjalan punya pasal.
Melepasi Tol Bukit Beruntung, Encik Suami merangkap Encik Driver sudah mula letih dan mengantuk. Saya pun sama. Jadi kami berhenti di RnR selepas tol tersebut. Semua tertidur di dalam kereta. Saya pun turut tidak sedarkan diri. Anak-anak, apatah lagi, siap meleleh air liru masing-masing. Terjaga dari tidur, Terasa kereta sudah pun bergerak laju. Agaknya Encik Suami bergegas menyambung perjalanan untuk ke Ipoh.

HARI 1
Perjalanan okay, dalam keadaan terkawal, tiada traffic yang terlampau sesak, okay-okay aje. Lori dan bas memecut laju, tetapi tiada la pemandu yang kurang ajar mahu pun mementingkan diri. Jadinya walaupun laju, perjalanan kami agak selamat.
Kami tiba di sekitar Ipoh pada jam 4 pagi. Pusing punya pusing, sesat, tidak jumpa hotel yang sepatutnya dituju, akhirnya memakan masa lebih daripada 30 minit. Akhirnya tiba juga.
Pekena roti canai sekeping, then terus check in dan tidor untuk baki 3 jam sebelum mula bertolak pada jam 730 pagi nanti untuk naik ke Cameron Highlands.
Kami pun tidur. Agak susah juga nak celik mata pagi tu, almaklum lah, tidur hanya 2 jam lebih sahaja. anak-anak pun kelihatan mengantuk dan letih sangat. Kasihan.
Check out dari hotel di Ipoh, 2 kereta konvoi telah menanti. Kami pun bertolak, melalu Simpang Pulai untuk ke Cameron Highlands. Kata orang, lalu jalan tu kurang sedikit beloknya. Entah lah, kami ni, ikutkan sahaja. Singgah sebentar di warung sepanjang jalan ke Cameron Highlands. Makan nasi lemak berserta ais kosong.
Perut diisi, perjalanan diteruskan.
Dalam satu jam lebih kemudian, tiba di AVANT CHOCOLATE. Para makcik-makcik, biasa lah, menuju ke toilet. Yang lain, berjalan-jalan, tengok-tengok harga chocolate yang agak mahal di sini. - Tak beli apa-apa. Sebab ada antara kami yang katanya selalu ke sini, jangan beli di bawah ni, mahal, nak beli, beli barang-barang di atas sana. So, kami ni ikutkan sahaja.
Teruskan perjalanan. Singgah sebentar untuk bergambar di BHARAT CAMERON HIGHLANDS TEA PLANTATIONS.
Teruskan perjalanan. Singgah di bazaar tepi jjalan yang berhampiran dengan ROSE VALLEY. Tak masuk pun ROSE VALLEY tu, kena bayar RM5 seorang. Kami datang Cameron Highlands untuk 1 mission aje, is to pluck the strawberries. So lain -lain famr yang kena bayar, kami taknak masuk.
Dapat beli 3 HONEY LOLLIPOPS dengan harga RM1.20 sebiji. Kalau dekat BHARAT CAMERON HIGHLANDS TEA tadi, mereka jual benda yang sama RM1.50 satu.
Perjalanan diteruskan. Naik ke kawasan pergambaran OMBAK RINDU katanya. Area BOH PLANTATIONS SUNGAI PALAS pulak. Menapak, memanjat, mendaki gunung teh BOH, Agak semput, mengah jugalah rasanya. Mana tidaknya, saya mendukung si comel saya yang beratnya 10.4 KG. Menggigil jugalah kaki.
Tiba di puncak, berehat sambil makan sekeping cheese Cake dan Coconut Tart di BOH cafe.
Letih hilang, kami mulai turun semula ke kereta. Turun, kami memilih jalan bertar instead of jalan denai ladang teh tadi. Lebih landai, dan lebih mudah dan kurang penat.
Bergerak menuju ke Equitorial Hotel. Angkut  beg-beg baju masing- ke apartment masing-masing.
Berehat sebentar dalam 30 minit. Kemudian kami berjalan kaki menuju ke KEA FARM untuk lihat-lihat apa yang menarik.
Nyata harga barang-barang di sini lebih murah dari di bawah tadi. Kepada pembaca, jika nak membeli belah, sila ke KEA FARM. Jangan beli dulu di kedai-kedai bawah sana. Sebab harga mahal, Nanti menyesal. Contohnya, stawberry yang di pack dalam 500gm, di AVANT CHOCOLATE dijual dengan harga RM18 PER PACK. Di Srawberry Point, dijual dengan harga RM10. Saya beli 3 medium packs of strawberries dan 3 small packs of strawberries dengan harga RM10. Ha, makan lah sampai puas. Anak saya yang dok mengidak nak strawberry tu, terdiam sebab dapat makan strawberry. Memang harga berbaloi. Kena pandai pilih kedai dan pandai menawar.
Kalau anda tak kisah brand teh yang anda nak beli untuk diberikan cenderahati untuk ahli keluarga yang tidak ikut trip anda ni, Anda boleh beli HIGHLANDS TEA dari KEA FARM. Ada satu kedai apek ni, Kedainya betul-betul depan jalan raya. Harga yang beliau tawarkan memang murah banyak dari kedai-kedai lain.Bayangkan lah, fridge magnet yang sama, kedai lain jual RM3 TO RM4 per piece. Apek ni jual RM1 sahaja. Kakak pun siap dapat patung strawberry lagi sebab Ayahnya dapat minta harga kurang dari Apek tu.
Kalau nak beli concentrate Strawberry juice tu, elok beli dengan Apek ni. Sebab dia jual yang besar, harga RM18 dan anda akan dapat yg kecil tu FREE. Nilainya RM10 satu. Saya tak beli, sebabnya bila dah beli sedikit di kedai apek ni, kami pun ingat nak jalan-jalan lagi ke kedai lain, namun hari hujan dan kami pun cepat-cepat la melihat apa yang ada untuk dibeli di situ. Dapat beli jagung mutiara. Tapi kena tipu. Orang ti kata manis, tapi bila test kat bilik hotel, tawar sahaja. Menipu sungguh. Lagi pulak, dia jual 10 tongkol untuk RM10. Kalau kami jalan ke depan sedikit, ada oran gjual jagung yang sama 20 tongkol untuk RM10. Rugi sangat rasanya.GERAM.
Kalau pergi CAMERON HIGHLANDS ikut wing 'Simpang Pulai ' ni, susah sikit nak cari makan. Tempat-tempat menarik pun tak banyak. Sebab kedai-kedai makan yang banyak terdapat di BRINCHANG, TANAH RATA, iaitu di wing kiri , Jalan dari Tapah.
Nak cari makan susah, yang ada waktu itu, ITALIAN SWEATIE CAFE. Kami makan SPECIAL MENU. Order Chicken Chop with Rice, Free TEA DRINKS. Makan.
Sudah letih berjalan, sambil dukung si BAMBAM ni, hari pula hujan renyai-renyai, kaki mulai penat, kami mulai beransur pulang ke hotel untuk berehat.
Singgah sebentar di kedai jual burger, beli burger yang amat mahal. harga burger ayam dan telur sama sahaja. Better pilih ayam, kenyang sedikit.;
Balik bilik, mandikan anak-anak, bersiap-siap, tertidur dalam kelaparan.

HARI 2
Pagi-pagi subuh sudah bangun. Anak-anak pun super excited nak berjalan hari ini. Kakak, sibuk nak ke Strawberry Farm, Nak pluck strawberry katanya. Semua orang lapar, naik kereta, menuju ke Cactus Point, Singgah sebentar. Beli cactus. Di sini, sebiji RM2. Beli 6 harga nya RM10. so Kami beli 6 cactus, berserta holdernya RM9 satu. Jumpa pokok serai wangi yang dicari-cari. Harga di sini sebiji pokok serai wangi tu RM5. Semalam, di KEA FARM, ada nyonya jual, sebiji RM6. Tapi nyonya tu sombong yang amat. Rasa nak lempang jek. Nasib tak beli dengan dia dan kami dapat pokok yang harga lagi murah. Puas hati.
Berangkat ke next pit stop. Tiba di Strawberry Valley. Sini tiada pluck strawberry. Namun ada 2 kedai makan ala kafe di sini untuk orang-orang kelaparan seperti kami ni. Nasi lemak di sini RM6 satu, Even Maggi cup yang tinggal dituang air panas tu pun RM2.50 satu. Kami nak budget ,beli nasi lemak , dan maggie aje, air tak beli, minum air mineral yang dibawa dari rumah aje. Jimat sikit.
Selesai makan, bertolak semua pusing ke KEA faram sebab nak ke RAJU'S HILL. Ingat nak pluck strawberry di situ, namun Raju dah tak buat self plucking dah. So kesian Kakak. tak dapat petik strawberry.
Lepak kat Raju's Hill kejap, makcik-makcik pergi toilet, seperti biasa.
Lepas tu teruskan perjalanan turun bukit untuk pulang.
Singgah di AL MASHOOR FARM. Beli strawberry jam di sini. MURAH. Beli 2 botol, RM10. Tempat-tempat lain, jual RM6.50
Beli juga strawberry jelly drink untuk Kakak dan Adik share.
Teruskan perjalanan, singgah ke AVANT CHOCOLATE. Beli sedikit chocolate, air krim strawberry, RM1 satu. Air krim Malaysia yang mahal tapi sedap. Dan beli juga BUAH CINTA. satu paket RM2.
Habis trip, Selamat tinggal CAMERON HIGHLANDS.
Perjalanan yang memenatkan dan Kakak tersenyum puas dapat makan strawberry banyak-banyak. Maklumlah, kat sini, strawberry kan mahal yang amat. satu pek kecil dah RM12.00
Kat Cameron Highlands, kalau pek kecil, hanya RM4 sahaja.






Friday, March 1, 2013

PENGALAMAN KETIKA BERADA DI NICU HOSPITAL SERDANG SELANGOR

ASSALAMUALAIKUM,
Entry yang lepas adalah permulaan journey saya berkampung di Hospital Serdang, Selangor.
Pada kali ingin berkongsi pengalaman ketika berada di NICU sepanjang menemani Adik selama 5 hari.


MALAM -1
Saya tiba di NICU setelah check out dari wad tingkat atas, pada tengahari. Sempat ber'dating' sebentar bersama Encik Suami di perkarangan hospital semasa tempoh melawat. Di NICU, hanya ibu dan bapa kepada bayi dibenarkan masuk. Bapa hanya boleh melawat ketika waktu melawat. Manakala ibu digalakkan stay untuk beri bayi susu secukupnya. Selesai ber'dating', berpimpin tangan, dengan saya yang berkain batik, ber t shirt, ber stokin, Suasana romantis yang epik. 
Petang itu, ditemani Encik suami, saya meletakkan beg-beg baju di atas katil yang di sediakan oleh pihak hospital untuk ibu-ibu yang menemani bayi yang dirawat di NICU ini. Namun, selesai mengecop katil, saya dan suami kembali ke bilik untuk para bayi di mana Adik adalah salah seorang daripada 4 bayi dibilik tersebut. Saya dan Encik suami duduk di sofa yang disediakan, berbual hingga tamat waktu melawat. Makcik guard sudah me round kawasan NICU untuk  "menghalau" para bapa untuk pulang.Encik suami terpaksa pulang. Kembali ke Cyberjaya untuk mengambil Kakak yang dijaga sebentar oleh Maktok kerana Kakak tidak dibenarkan masuk ke NICU.
Saya kekal duduk di sofa, menemani Uwais yang nyenyak tidur. Tepat pukul 9 malam, Adik mulai menangis, meminta susu, saya, dalam keadaan yang masih sakit, berusaha untuk bangun dari duduk lalu mengambil Adik untuk menyusukannya.
Susu diberi, bonding antara saya dan adik masiah belum lagi kuat terikat kerana saya dan Adik baharu sahaja 3 hari "berkenalan". Even nama pun belum saya dan Encik Suami tentukan lagi. So within that period, saya panggil Adik sahaja.
Adik tertidur setelah kekenyangan. Saya berusaha bagun dari sofa untuk meletakkan adik semula ke baby cot nya.
Setelah kembali ke baby cot adik, saya kembali ke sofa saya, melihat adik yg berwajah putih, tetapi berbadan kecil dan berwajah bujur. Saya terlelap. Mimpi saya dikejutkan dengan suara adik menangis meminta susu. Sungguh kuat suara kamu. Tidak padan dengan badan yang kecil. Saya menysukan adik, setelah kekenyangan, adik kembali tidur. Proses yang sama berlaku sehingga pagi. Adik hanya tidur 30 minit dan menyusu di selang waktu itu sepanjang malam.
Apabila pagi menjelang, jarak antara adik tidur dan menangis meminta susu semakin lama. Saya fikir, boleh lah tidur nyenyak sedikit kali ini. Namun begitu, baharu hendak melelapkan mata yang sudah tidak tertahan lagi mengantuknya, bayi katil seberang pula menjerit kelaparan. Malangnya, ibunya pulang ke rumah. Jururawat pula tidak ada yang datang memujuknya atau memberi nya susu. Susu formula hanya akan diberi kepada bayi-bayi yang tidak ditemani ibu masing-masing pada waktu tertentu sahaja. Tidak kiralah bayi itu menangis atau tidak within that period. Saya pula, tak berani lah nak angkat anak orang, karang, kalau apa-apa jadi, susah pulak, takut dituduh cederakan anak orang ke, dituduh cuba menculik ke, macam-macam boleh berlaku. Saya hanya boleh tolng tepuk-tepuk punggun bayi tersebut agar dia selesa dan tidur dan supaya tangisannya tidak mengganggu adik yang baharu hendak nyenyak tidur. tetapi, mana lah bayi tu nak tidur, sudah la kelaparan, ibunya pula tinggalakan dan tidak menemaninya. Jadinya, bayi itu menangis sehingga ibu nya tiba. Ada lah lebih kurang 4 jam menangis tanpa henti. Pesanan buat ibu-ibu di laur sana, jika bayi newborn anda di tahan di NICU, pastikan anda teman bayi anda, kerana katil untuk ibu-ibu ada disediakan. Jangan bergantung harap bahawa jururawat akan mengjaga bayi anda kerana susu formula hanya akan diberi mengikut jam tertentu sahaja, bukan on demand sebagaimana kita menyusukan bayi kita. Jadi, bayi anda akan kelaparan dan menangis tidak henti-henti. Ada bayi yang menangis sehingga tertidur, kemudian menangis semula bila terjaga, sungguh kasihan.

MALAM -2
Hari ke-2 di NICU. Di pagi hari, dalam keadaan tidak cukup tidur, kesakitan akibat jahitan yang belum pulih, melihat adik nyenyak tidur, saya "melarikan" diri untuk ke katil saya, mengambil barang, meuntuk mandi dan membersihkan diri. Sungguh lapar pagi itu. Menanti waktu melawat amat memeritkan. Mujur 'houseman' aka jururawat yang menjaga wad NICU itu memberitahu bahawa ada sarapan disediakan untuk para ibu. Saya pun segera ke bilik makan sebelum adik bangun meminta susu. Sarapan pagi, air milo,baked beans, roti, telur. Ada teman-teman di situ panggil "hari ni kita makan western style."
Selesai makan,kembali menemani adik. Menanti  giliran untuk kumpulan doktor-doktor pelatih dan seorang doktor bertauliah me 'round' wad NICU untuk melihat progress bayi-bayi di situ. Tiba ke giliran adik. Di kelilingi oleh dalam 10 orang doktor pelatih,ada yang menulis-nulis sesuatu, ada yang mengangguk tanda faham. (atau pun mungkin tanda keliru). Parut di dahi kiri kepala adik disahkan tand alahir oleh doktor bertauliah tersebut. Dan Adik dikehendakki mengambil set ubat antibiotik demi mengelakkan berlaku jangkitan kuman terhadap badan adik.
Doktor pelatih yang 'menjaga' dan follow up keadaan adik bernama doktor D. Budak yang baik saya kira. Dalam banyak-banyak doktor pelatih di situ, beliau yang saya kira yang paling manis, selalu senyum dan bersopan apabila berhadapan dengan pesakit. Syukur saya kerana beliau yang menjaga 'case' adik ini. Tetapi yang saya kurang gemar, Doktor D ni bila dia nak ambil darah adik, dia tidak pandai cucuk jarum agaknya, habis biru birat belakang tapak tangan anak saya. Sudah tu, bila beliau nak lakukan 'projek' mencucuk bayi tu, dibawanya lari anak kita. Agaknya supaya bila baby kita menangis, kita tak dapat dengar la agaknya. Mananya tak dengar.. suara adik, jelas kedengaran memekik-mekik apabila dicucuk even saya menanti jauh dari tempat adik 'dilarikan' oleh doktor D tersebut.
Waktu melawat. Encik suami datang agak lewat, hampir tamat masa melawat. Kami duduk di sofa sambil melihat adik nyenyak tidur. Suami bertanya, kenapa adik asyik tidur? Saya menjawab yang adik tidak tidur di waktu malam. Sebab itu siang hari dia jarang  bangun.
Hari ini, bayi-bayi yang ditinggal ibu datang menziarah bayi masing-masing. Saya memberitahu ibu-ibu tersebut bahawa bayi-bayi mereka menangis tanpa henti sampai tertidur kelaparan. Seorang daripada ibu-ibu tersebut terkejut besar lantas terus mengambil keputusan untuk tidur di situ bermula pada malam itu juga. Ibu-ibu yang lain, mereka tidak peduli. Mereka hanya pedulikan kesakitan mereka sewaktu melahirkan,mereka hanya fikir mahu rehat, mereka fikir bayi mereka disusu dengan baik. Agaknya mereka nak kena tengok saya rakam video macamana bayi mereka menangis sampai tertidur agaknya baru rasa kasihan itu datang untuk menemani bayi masing-masing.
Waktu petang. Makanan di sini boleh la tahan. Sehari ada 4 kali makan. Sarapan, lunch, minum petang, dinner. Saya ni, tidak berkira orangnya, sental aja lah apa yang ada. Namun di sudut hati, boring rasanya tinggal di hospital ni. Rasa nak balik melonjak-lonjak. Lagi pun, sudah 4 hari saya tidak ketemu kakak. Rindunya pada kakak. entah kaka rindu ke tidak pada mama. Ke kakak asyik main saja sehingga lupa pada mama.

MALAM -3
Sudah setahun berlalu, Saya masih ingat-ingat lupa pengalaman di NICU semasa menemani Adik complete kan siri antibiotik nya. Apa yang saya ingat, Kami, ibu-ibu di sana, semakin rapat, berkenalan sesama sendiri, bertukar cerita tentang pengalaman melahirkan anak masing-masing. Saya hanya mendengar dengan seram sejuk. Kerana pengalaman mereka rata-rata menakutkan. Ada yang kes di 'godeh-godeh' vagina kerana bayi tidak mahu keluar, ada yang kes sudah hendak bersalin sangat tetapi di suruh pulang ke rumah dan seterusnya terpaksa ulang kembali ke hospital, ada yang kes kaki terpaksa di ikat tinggi supaya senang hendak melahirkan, dan yang paling saya takuti, mereka disambut oleh Doktor-doktor pelatih LELAKI di hospital tersebut. Haa.. antara sebab itu lah saya agak keberatan hendak pergi ke hospital awal-awal sebab saya tidak mahu Doktor lelaki menyambut kelahiran bayi saya. Kalau hendak ke hospital swasta, Encik suami sudah pun offer, kami sudah pun survey hospital bersalin swasta yang ada Doktor perempuan, tetapi, iye lah, takut bersalin akibat pengalaman bersalinkan Kakak, menyebabkan saya lambat-lambatkan ke hospital. Wahai Doktor lelaki ,mengapa lah pulak kamu ni sibuk-sibuk nak menjadi pakar bidan. Tidak mahukah kamu mejadi Doktor ortopedik ke, paediatrik ke, Doktor gigi ke, Doktor haiwan ke. Dan saya pernah baca status update USTAZ AZHAR IDRUS , menurut beliau, berdosa suami jika mengizinkan lelaki menyambut kelahiran bayi. Iyelah, hidup ini merupakan pilihan, terdapat banyak pilihan dan jalan yang kita patut pilih berorientasikan akal fikiran yang dikurniakan ALLAH SWT.
Every morning, around jam 10 pagi ke 11 pagi, Seorang Doktor bertauliah akan meronda keliling wad bersama-sama 'sepasukan' Doktor pelatih. Mereka akan pergi ke setiap pesakit, ibu dan anak masing-masing dan Doktor bertauliah tersebut akan mendiagnos setiap bayi-bayi di situ. Pada masa itu lah  ibu-ibu digalakkan stand by di samping anak-anak masing-masing. Mana tahun nak confirm balik apa yang telah Doktor-doktor pelatih tu cakapkan pada mereka tu betul ke tidak ke, atau nak tanya-apa-apa soalan kepada Doktor bertauliah tersebut ke. Jangan percaya 100 percents pada cakap Doktor pelatih di situ, iye lah, mereka still in the process of becomaing a DOCTOR. bukan Doktor bertauliah lagi pun. Sya perhatikan, masa sessi meronda bersama Doktor bertauliah tersebut, rata-rata ramai yang disoal balik oleh Doktor bertauliah tersebut, dan mereka tidak dapa tmenjawab soalan yang ditanya. Seram nak dipikitkan bila soalan cikgu diorang tak dapat jawab, takkan senang-senang aje diorang nak mencucuk anak kita. Nanti silap diagnose ke, apa ke, kita juga yang susah. Pesan saya, lebih percayakan kata-kata DOKTOR BERTAULIAH dan staff nurse di situ, bukan doktor pelatih yang ada. Sebab itu, jika saya ada apa-apa kemusykilan, saya akan direct tanya ke staff nurse di situ, dan staff nurse di NICU memang TERBAIK layanan mereka. Specially nurse yang bernama SYARINI. Saya sememangnya menjadi OBSERVER semasa berada di sana. Melihat perilaku manusia sememangnya menarik perhatian saya. Nurse SYARINI  memang baik. Senyuman tidak lekang di bibirnya. Even pada suatu hari tu, Nurse SYARINI BERTUGAS SELAMA lebih daripada 12 JAM TANPA HENTI. Saya perasan kerana, pada waktu pagi, jam 10 sudah kelihatan Nurse Syarini ada di kaunter. Kemudian melihatnya sibuk menukarkan cadar dan sarung bantal ibu-ibu, ke hulu ke hilir berkerja, di malam hari pun Nurse Syarini ada, masih tersenyum, membantu Doktor-doktor pelatih memberi suntikan kepada bayi-bayi. Pada keesokkan harinya, Nurse Shalini masih lagi ada. Saya menegurnya, beliau masih lagi tersenyum. Senyuman yang ikhlas namun di wajah beliau terukir kepenatan dan keletihan yang melampau. Mana taknya, kerja berbelas jam sehari, Dahsyat sungguh dedikasimu wahai Nurse Syarini. Beliau tersangat baik.
Di malam hari, bayi hanya 'diganggu' Doktor mahu pun 'HOUSEMAN' sekali sahaja. Iaitu pada jam 10 kalau tak silap saya. Hari ini, Adik agak kekuningan sedikit akibat kekurangan VITAMIN D. Lantas dipakaikan goggle cute untuk menutupi mata sebab nak pasangkan cahaya UV demi menaikkan nilai vitamin D dalam sel badan Adik.

MALAM -4
Ini adalah malam terakhir di sini. Malam ini, giliran Nurse hamil itu menjaga kami, ibu-ibu di sini. Akibat ambat mengurut dan bayi yang asyik tidur dan kurang menyusu, Payudara mulai sakit akibat 'bengkak susu'. Hapir kesemua ibu-ibu di sana mengurut payudara masing-masing tatkala bayi masing-masing tidur lena. Mana yang membawa pam susu, sibuk mengepam susu masing-masing. Begitulah aktiviti kami, ibu-ibu di wad NICU. Mana tidaknya, sepatutnya kami semua tidak berada di sini, malahan sepatutnya berada di rumah masing-masing, berehat, Enjoy menerima urutan lepas bersalin, berbengkung, bertangas, dan sebagainya. Ini tidak, kami di sini belum lagi berurut dan berbengkung. hanya berstokin dan berbekalkan losen halia sahaj. Namu ntidak mengapa, itu semua tanda kami, para ibu sayangkan anak masing-masing, kesihatan kami menjadi tajuk nombor dua apabila melibatkan kesihatan anak-anak. Biarlah anak yang sihat, biarlah anak yang selesa, kami tidak mengapa.Kerana pada saya sebagai seorang ibu, hidup saya hanyalah demi anak-anak. Kekuatan saya adalah anak-anak. Tanpa anak-anak, saya tidak mungkin sekuat ini. Walaupun syaa boleh dikatakan sebagai ibu yang strict, tapi saya tahu, Kakak syangkan saya kerana setiap hari Kakak akan peluk dan cium saya walaupun dimarahi oleh saya. Lagipun saya bukan suka-suka nak marah Kakak, cuma apabila Kakak perlu di disiplinkan kerana anak-anak ni perlu di didik. mana boleh manja sokmo, kang jadi macam Anakku Sazali kang. Kita juga yang susah.

HARI -5 [Hari terakhir]
Saya dan Adik dijadualkan pulang lewat petang hari ini setelah antibiotik Adik dicucuk. Ada suatu cerita kelakar ingin saya kongsikan. Pagi ini, sementara menunggu geng 404 [kami gelarkan pasukan ronda Doktor bertauliah dan anak-anak murid] datang meronda, kami ibu-ibu lepak di katil masing-masing. Ada yang sibuk mengepam susu, ada yang mengurut payudara sebab sakit bengkak susu, ada yang menyusukan bayi. Datang Doktor pelatih, Doktor D, Meronda seorang diri. Laju langkahnya terus menuju ke katil bayi di  hujung dinding kiri sana. Ibunya sedang bersarapan di bilik makan. Bayi itu sedang enak tidur. Doktor-doktor pelatih di sini memang hobi mereka, menggangu bayi sedang tidur agaknya. Sebabnya, time bayi tidur, time itu lah mereka sibuk nak check badan nak lihat kuning lah. Nak check jarum yang terlekat di tangan lah, nak check denyutan nadilah. Tima bayi tu tak tidur, langsung takmahu kacau. Lalu, pandang sebelah mata sahaja. Geram betul.
Berbalik kepada situasi Doktor pelatih, Doktor D tadi. Terdapat 5 ibu-ibu di bilik tersebut. Kami terdiam dan mata mengekori Doktor D. Semua membuat pandangan tajam ala-ala pandangan serong ke arah Doktor D tersebut. Kami bukan marah dia nak check bayi tu, kami marah, selalunya, apabila Doktor pelatih ni check baby, diorang tinggalkan aje baby yang menangis, bukan nak pujuk balik. Dah lah susah nak tidurkan bayi yang sedang menangis.
Kami lihatkan aje Doktor D tu do kangkat baby yang tidur tu, check badannya, tekan-tekan perutnya dan bayi tu pun dah mengais dah, gear 5 dia menjerit dah pun. Lepas Doktor D tu dapat apa yang dia hendak, dia dah catat progress bayi tu, dia nak letak sahaja bayi tu kembali ke katilnya tanpa memujuk bayi tersebut. Kami, ibu-ibu di situ, tidak berkata apa-apa, tetapi memandang beliau dengan pandangan tajam bak pedang samurai. Saya rasa lah, Doktor tu perasan akan pandangan kami, Jelas nampak Doktor tu cuak dan terus meniarapkan bayi tersebut, menepuk-nepuk perlahan punggung bayi tersebut sambut memujuknya. Beberapa minit kemudian, bayi tersebut lena kembali. Setelah itu, Doktor D lekas-lekas meniggalkan bayi tersebut dan meninggalkan kami di bilik ibu-ibu. HAHAHA. Inilah dikatakan THE POWER OF KILLER LOOK. Apa bila Doktor D keluar, kami semua tersengih-sengih dan berkata, 'haa.. tahu pun takut..'
Buat Doktor-doktor yang berkerja dengan anak-anak atau pun bayi, be gentle la dengan pesakit anda. Kalau mana yang sedang tidur, anda sudah kacau, tidurkanlah balik, paling tidak pun, pujuklah mereka kembali sebab tidur mereka yang enak terganggu oleh anda. Respect each other la..
Menjelang jam 6, Encik suami sudah tiba, Sudah sampai masanya meniggalkan NICU,Terima kasih saya ucapkan kepada Nurse hamil yang menjaga di waktu itu, Nurse Syarini tidak ada, kerana mungkin beliau sedang berehat di rumah. Pada Nurse Syarini, anda memang hebat dan baik. Semoga anda diberkati ALLAH SWT selalu. Teruskan dedikasi anda kerana dedikasi anda mengharukan kami dan senyuman anda meringankan sedikit beban dan kesakitan yang kami alami.

Wassalam.
--
Best Regards,
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe

http://enirawardrobe.blogspot.com

Heat rash yang dialami sudah hilang

Entry yang lalu, saya telah menyatakan yang saya menghidapi HEAT RASH yang agak teruk. Tak boleh suhu terlampau sejuk mahupun terlampau panas. Siap lah kulit menjadi  merah, macam udang kena bakar dan keluar bintik-bintik merah dan rasa tersangat bisa bercamput gatal.

Saya menghidapi HEAT RASH ni semenjak umur kandungan Adik 7 bulan. Dari situ lah, bermulanya ketidakselesaan ini. Namun, setelah Adik lahir, HEAT RASH masih lagi mengganggu. Sehingga lah Adik berumur 6 bulan. Genap Adik umur 6 bulan, HEAT RASH tu pun lenyap dan saya sekarang kembali normal, sudah boleh cuaca panas mahu pun di bilik Air cond yang sejuk. No sweat lah sekarang.

-Assalamualaikum-