Tabung anak-anak

IPAD BANK

Tuesday, February 26, 2013

RANDOM - The acts, stories of randomness - ARTIS YANG PERNAH SAYA JUMPA

Selebriti merupakan individu yang dikenali ramai. Semua orang suka selebriti, semua orang ingin jadi selebriti. Sebab selebriti tu masuk TV, Radio, dan segala media hiburan. Even saya pun nak jadi selebriti, tapi hajat tak kesampaian. Jadilah selebriti domestik untuk keluarga MM aka Encik Super Husband saya.

Ini lah dikatakan apabila tiada kerja dan tiada masa dan idea untuk menulis bahan yang lebih serius dan lebih penting.

Saya nak list kan selebriti-selebriti yang saya pernah jumpa sepanjang hidup 31 tahun ini. Sekian. :)


  1.  Bergambar dengan Asha Gill. At that time ada ape tah dekat Midvalley, ada Ferhad, Nora, Dayang Norfaeizah, Amy Mastura. Walaupun orangnya sibuk dan nampak tegas, beliau sporting. Siap suruh kawan be;iau yang amikkan gambar kami bersama.
  2. Bergambar dengan Amy Mastura, Beliau tersangat comel dan kecik je orangnye. Saiz petite je. sangat friendly
  3. Dayang Nurfaeizah, okay-okay je orangnya, boleh la. dah ditepekkan make up, cantik le. dan lemah lembut orangnya, siap dapat autograf lagik (walaupun saya tak mintak pun.) hihi
  4. Pengacara JJCM, Maria Tunku Sabri. Jumpa di Sure Heboh ( Masa tu bukan JomHeboh). Dalam TV nampak besar orangnya, tapi dia tak de la besar mana, biasa-biasa aje, kira saiz M gitu. TV ni jahat, orang tak besar, dinampakkan besar. Kalau lah saya yang masuk TV, sure saya dah kelihatan sebesar Datuk Sharifah Aini. Ishh...
  5. Rina Omar - Masa tu pengacara Quickie. Tersangat kecik orangnya, bak kata saiz anak saya yang umur 5 tahun ni jek. Tersangat kecik dan kurus. Tapi sporting. Lepas bergambar, siap "tengkiu" lagi kat saya. haha siapa yang tengkiu siapa ni Cik Rina. Lagi sekali terserempak Rina di Taylors University. Saya menjual barang di bazaar, Rina beratur beli air dan makanan di Chatime.
  6. Kembar Ain dan Ekin Rahmat. - Ini special. diorang cousins suami saya. Our wedding pun diorang datang. Tapi yang frust, time wedding tu, diorang ni 'overshadow' kami sebagai pengantin lak. Cis, sampai orang yang datang, sibuk cari "mana ekin.mana Ain?" Ciss..ciss dah ciss lagi. Orang-orangnya tersangat ramah, baik dan diorang memang cantik dan tinggi lampai. Tapi sejak Ekin bersalin, belum pernah jumpa lagi. Last time jumpa Ain aja, sebab dia datang our sister's wedding last year.
  7. Ramli Sarip - Jumpa di rumah Ekin. Birthday Ekin dan Ain. Pakcik ni time tu tengah nak suap nasik ke mulut dia, saya dan suami dok ganggu. "Excuse me, uncle, leh amik gambar?" Hihi.. (die..die..must go amik gambar. ini Papa Rock maa..) So Ramli Sarip pun, letak balik sudu dia, berdiri, snap! and dia sengih, shake hands with my hubby and when we left, dia continue makan nasik dia. Memang best moment.2nd time terserempak dgn Ramli Sarip, masa jalan di KLC, wah, beliau berada di wing yang "high end" lah, wing Ramli Mall tu. Saya takde la tegur ke apa kan, tengok aje, sebab letih menjaga anak-anak 2 orang ni. :)
  8. Datuk Fadzillah Kamsah - Tengok je dari jauh. Jumpa at Ekin's birthday party.
  9. Allahyarhamah Datuk Sosilawaty - Jumpa at Ekin's birthday party. Memang sangat cantik orangnya. Putih melepak.
  10. Fasha Sandha - Jumpa kat IKEA. Dia dengan adik beradiknya dan mak nya. Muk semua adik-beradik adalah SEBIJIK Fasha. Fasha bising "mak..mak..tengok ni..mak..mak" excited agaknya nak beli kerusi baru untuk maknya tu. haha.. That time tak bawak kamera, so tengok aje lah Fasha ni. okey aje la orangnya. biasa-biasa aje. 
  11. Ezlynn - Jumpa on the same day jumpa Fasha Sandha. Ezlynn beli iguana di pet store.
  12. FarahDhiya - tersangat putih melepak orangnya, kurus, kecik. Nampak macam sukar untuk didekati. Serius jek. So saya tengokkan dari jauh jek.
  13. Mawi - ala, dah dia laki Ekin, sure lah pernah nampak dia. Tak heranlah. Mawi sombong! hemph!
  14. Hilal Azman - tengok dari jauh je, ala, kisah 'pakcik' yang asik main jambut dia tu...Sila lihat di sini
  15. Nurul Huda Wahab - jumpa masa menang Skinz Girl Day Out tempohari.
  16. Kak Engku aka Raja Azura - terpandang Kak Engku drive White Vellfire semasa saya nak melintas jalan di depan The Curve. Sangat cantik dan bergaya walaupun sedang drive van yang amat besar.
Tengok? Tersenyum lebar saya kan..


17. Eddi Projek Pistol - Terserempak di The Curve. Baru balik sari salon rambut kot dia masa tu, rapi je rambut masa tu.  Kecik je orangnya. Tapi rambut dia mmg panjang.
So far, itu ajelah selebriti Malaysia yang pernah saya ketemui. Saya tak pernah pulak terserempak Siti Nurhaliza. Wah, kalau terserempak Siti, saya sure angkut my kids and kejar punya. huhu... Ada sesiapa artis yang nak bergambar dengan saya tak? hahahaha ( perasan  )
Macamana lah perasaan jadi selebriti yek.
FYI, anak saya, Enira, minat sangat dengan Johan Asari, sampai bila ada drama Johan berlakon, sure dia tersipu2 tengok. Haaa.. kecik-kecik dah perasan.

No comments:

Post a Comment