Masih lagi di dalam mood FEBRUARY. Mood BIRTHDAY. Hari ini, tepat jam 1.30 petang, adalah hari ulangtgahun kelahiran bayi Hero saya. Uwais Elyas. Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya baharu semalam saya melahirkan Adik. Semoga Adik menjadi umat Muhammad SAW yang berjaya dunia akhirat dan bimbing dan lindunglah kami [ girls di rumah aka mama dan kakak ] sebagaimana Ayah melindungi dan menjaga kami.
Orang kerap tersilap menyangka Adik adalah girl. Mungkin sebab wajah Adik yang sweet dan rambut kerinting Adik ala-ala awan nano tu dan mungkin juga sebab Adik selalu pakai baju warna pink. [Sebab Adik pakai baju Kakak yg recycle. So that tak payah membazir bEli baju lagi]. Tapi bagi mama, Adik lah SUPER HERO kami yang utama.
Walau pun Adik mempunyai Alpha Talesmia, tak mengapa, mama dan kakak juga begitu, tapi kami okay. Bersama-sma kita menjaga kesihatan ye..
Kami sangat saaaaaaayangkan Buja-buja [panggilan manja Ayah kepada Adik]
Thursday, February 28, 2013
Tuesday, February 26, 2013
RANDOM - The acts, stories of randomness - ARTIS YANG PERNAH SAYA JUMPA
Selebriti merupakan individu yang dikenali ramai. Semua orang suka selebriti, semua orang ingin jadi selebriti. Sebab selebriti tu masuk TV, Radio, dan segala media hiburan. Even saya pun nak jadi selebriti, tapi hajat tak kesampaian. Jadilah selebriti domestik untuk keluarga MM aka Encik Super Husband saya.
Ini lah dikatakan apabila tiada kerja dan tiada masa dan idea untuk menulis bahan yang lebih serius dan lebih penting.
Saya nak list kan selebriti-selebriti yang saya pernah jumpa sepanjang hidup 31 tahun ini. Sekian. :)

- Bergambar dengan Asha Gill. At that time ada ape tah dekat Midvalley, ada Ferhad, Nora, Dayang Norfaeizah, Amy Mastura. Walaupun orangnya sibuk dan nampak tegas, beliau sporting. Siap suruh kawan be;iau yang amikkan gambar kami bersama.
- Bergambar dengan Amy Mastura, Beliau tersangat comel dan kecik je orangnye. Saiz petite je. sangat friendly
- Dayang Nurfaeizah, okay-okay je orangnya, boleh la. dah ditepekkan make up, cantik le. dan lemah lembut orangnya, siap dapat autograf lagik (walaupun saya tak mintak pun.) hihi
- Pengacara JJCM, Maria Tunku Sabri. Jumpa di Sure Heboh ( Masa tu bukan JomHeboh). Dalam TV nampak besar orangnya, tapi dia tak de la besar mana, biasa-biasa aje, kira saiz M gitu. TV ni jahat, orang tak besar, dinampakkan besar. Kalau lah saya yang masuk TV, sure saya dah kelihatan sebesar Datuk Sharifah Aini. Ishh...
- Rina Omar - Masa tu pengacara Quickie. Tersangat kecik orangnya, bak kata saiz anak saya yang umur 5 tahun ni jek. Tersangat kecik dan kurus. Tapi sporting. Lepas bergambar, siap "tengkiu" lagi kat saya. haha siapa yang tengkiu siapa ni Cik Rina. Lagi sekali terserempak Rina di Taylors University. Saya menjual barang di bazaar, Rina beratur beli air dan makanan di Chatime.
- Kembar Ain dan Ekin Rahmat. - Ini special. diorang cousins suami saya. Our wedding pun diorang datang. Tapi yang frust, time wedding tu, diorang ni 'overshadow' kami sebagai pengantin lak. Cis, sampai orang yang datang, sibuk cari "mana ekin.mana Ain?" Ciss..ciss dah ciss lagi. Orang-orangnya tersangat ramah, baik dan diorang memang cantik dan tinggi lampai. Tapi sejak Ekin bersalin, belum pernah jumpa lagi. Last time jumpa Ain aja, sebab dia datang our sister's wedding last year.
- Ramli Sarip - Jumpa di rumah Ekin. Birthday Ekin dan Ain. Pakcik ni time tu tengah nak suap nasik ke mulut dia, saya dan suami dok ganggu. "Excuse me, uncle, leh amik gambar?" Hihi.. (die..die..must go amik gambar. ini Papa Rock maa..) So Ramli Sarip pun, letak balik sudu dia, berdiri, snap! and dia sengih, shake hands with my hubby and when we left, dia continue makan nasik dia. Memang best moment.2nd time terserempak dgn Ramli Sarip, masa jalan di KLC, wah, beliau berada di wing yang "high end" lah, wing Ramli Mall tu. Saya takde la tegur ke apa kan, tengok aje, sebab letih menjaga anak-anak 2 orang ni. :)
- Datuk Fadzillah Kamsah - Tengok je dari jauh. Jumpa at Ekin's birthday party.
- Allahyarhamah Datuk Sosilawaty - Jumpa at Ekin's birthday party. Memang sangat cantik orangnya. Putih melepak.
- Fasha Sandha - Jumpa kat IKEA. Dia dengan adik beradiknya dan mak nya. Muk semua adik-beradik adalah SEBIJIK Fasha. Fasha bising "mak..mak..tengok ni..mak..mak" excited agaknya nak beli kerusi baru untuk maknya tu. haha.. That time tak bawak kamera, so tengok aje lah Fasha ni. okey aje la orangnya. biasa-biasa aje.
- Ezlynn - Jumpa on the same day jumpa Fasha Sandha. Ezlynn beli iguana di pet store.
- FarahDhiya - tersangat putih melepak orangnya, kurus, kecik. Nampak macam sukar untuk didekati. Serius jek. So saya tengokkan dari jauh jek.
- Mawi - ala, dah dia laki Ekin, sure lah pernah nampak dia. Tak heranlah. Mawi sombong! hemph!
- Hilal Azman - tengok dari jauh je, ala, kisah 'pakcik' yang asik main jambut dia tu...Sila lihat di sini
- Nurul Huda Wahab - jumpa masa menang Skinz Girl Day Out tempohari.
- Kak Engku aka Raja Azura - terpandang Kak Engku drive White Vellfire semasa saya nak melintas jalan di depan The Curve. Sangat cantik dan bergaya walaupun sedang drive van yang amat besar.
![]() |
Tengok? Tersenyum lebar saya kan.. |

17. Eddi Projek Pistol - Terserempak di The Curve. Baru balik sari salon rambut kot dia masa tu, rapi je rambut masa tu. Kecik je orangnya. Tapi rambut dia mmg panjang.
So far, itu ajelah selebriti Malaysia yang pernah saya ketemui. Saya tak pernah pulak terserempak Siti Nurhaliza. Wah, kalau terserempak Siti, saya sure angkut my kids and kejar punya. huhu... Ada sesiapa artis yang nak bergambar dengan saya tak? hahahaha ( perasan )

Macamana lah perasaan jadi selebriti yek.
FYI, anak saya, Enira, minat sangat dengan Johan Asari, sampai bila ada drama Johan berlakon, sure dia tersipu2 tengok. Haaa.. kecik-kecik dah perasan.
Friday, February 15, 2013
KISAH BIRTHDAY LAGI
Well, still in my birthday month. So I am feeling like Encik Suami tried to make the best of my bday month. On my bday tu, kan hari kerja, so when he went home,selalunya lewat malam, dia suprise dengan my new makeup set. Seronoks. hihi. Now I got a new makeup set. Thanks my lovely husband.hihi.
Then on the next day, my husband had booked a steamboat buffet for my b day celebrqation with in laws. Yes, we went to the famous FLAMING STEAMBOAT. Memang best, sebab time tu raya cina, semua orang Klang Valley dok sebok balik kampung, so yang ada, a few family malays yang melantaks di sana. Saya tak bawak kamera. Malas, sebab dalam mind dah set nak mentekedarah, tak moh sibuk-sibuk amik gambo makanan.
Before that, we went to Secret Recipe for another cake for me. yippe... I get to choose the flavour. Apa lagi, kasik NEWYORK CHEESE lah. whoohoo.. syiokk... Makan 3 hari 3 malam cheesecake pekat lekat. mmg sinfully delicious.
So kesimpulannya, had a blast bday.hihi.. Lepas ni bday Uwais lak. Mucuk mama bujs-buja ni nak bagi apa la kat dia nanti yek...

Friday, February 8, 2013
Happy Birthday - sambungan
Sebelum ini ,di sini , emosi agak terganggu menyambut hari kelahiran ke 31. Pabila sore menjelang, ibu mertua dan bapa datang ke rumah membuat surprise dengan membawa sebiji kek Choc Cheese yang sedap. Terim akasih kepada mama dan bak kerana mengingati hari kelahiranku ini. Semoga kalian diberkati Ilahi.
Happy Birthday
Tahun ini, tiada apa yang paling menggembirakan saya apabila bulan Februari menyusul. Sejak awal Februari saya sudah bersemangat dengan aura "birthday". Mana tidaknya, Birthday kakak pada penghujung Januari, ( 26 Jan), Ibu pula pada 6 Februari dan saya pula 8 Februari. Tersangat dekat dengan tarikh kelahiran ibu. Sungguh seronok.
Saya menjadi semakin excited pada 6 Februari lalu, seronok dengan kelahiran ibu, memberi ucapan buat ibu, pada masa yang sama, excited untuk menyambut birthday yang ke 31 pada tahun ini. Aura happy menyala-nyala.
Namun, hari ini adalah hari nya. Hari ini adalah hari yang ke 8 pada bulan Februari. Saya tidak segembira hari-hari yang lepas. Tidak seseronok ketika hari kelahiran ibu. Sesekali hati sayu terkenang arwah ayah, arwah nenek, hiba..
Agaknya inilah perasaan apabila menyambut hari lahir apabila kita semakin berusia. Sayu terkenangkan kekuasaan Allah SWT, mengurniakan kesihatan kepada saya , anak-anak , suami dan ahli keluarga.
Walau pun saya mendapat free call hari ni oleh Maxis, I just don't 0feel like talking.
Terdetik di hati, "adakah aku berpeluang lagi menyambut birthday pada tahun hadapan? Atau tahun seterus nya? Dapatkah aku melihat anak-anak membesar?"
Semoga dapatlah kita berjupa pada tahun hadapan, di tarikh yang sama, Ada umur yang panjang, bertemulah kembali. Jika tidak, mohon sedekahkan Al Fatihah kepada saya, ya.
Assalamualaikum.
Thursday, February 7, 2013
AL FATIHAH BUAT ADIK AHMAD ADAM SYUKRI
Naluri keibuan saya membuatkan saya terasa ingin menulis tentang pemergian adik Adam Syukri.
Semoga ayah dan ibu adik Adam Syukri berada dalam keadaan tabah dan redha. Semoga almarhum adik adam syukri bakal menjadi bidadara syurga Allah SWT dan sudah tentu beliau akan menanti ayah dan ibunya di sana. Bergembiralah wahai ibu adik adam syukri, sesungguhnya beliau akan menunggumu dengan setia.
Namun, terdetik kesedihan di dalam hati apabila melihat wajah comel nan gebu adik adam syukri yang tidak dapat meneruskan penghidupan seperti kanak-kanak yang lain. Sesungguhnya setiap yang berlaku adalah rahsia Allah SWT.
Laman berkenaan allahyarham adik adam syukri ada sini

Wednesday, February 6, 2013
Pelakon Setia Hujung Nyawa
Saya bukan nak cerita pasal Pelakon utama nya. Saya nak cerita pasal pelakon sokongannya. Watak bapa Ersalina, Hilal Azman.
Waktu saya masih kecil, teringat lagi, drama favourite aunty saya, Hilal Azman berlakon jadi seorang lelaki yang tidak suka perempuan. Asik prejudis, marah-marah. Lepas tu, masa mandi kat sungai, dia bertukar jadi perempuan. Teringin juga nak tengok cerita tu lagi sekali sekarang ni. Tapi tak ingat tajuk la. Ada sesiapa yang boleh bantu?
Nak dijadikan cerita, suatu hari tu, sementara menunggu Encik Suami siapkan kerja di ofis, saya, dan 2 orang 'bucuk' saya yang comel ni, window shopping la dekat KLCC. Selesai membeli candies dan chocolate dari Candylicious (Sebenarnya, layan kakak. Sebab kat Candylicious tu, ada trollley cute utk kids. So dia rasa macam dia lah yang bershopping.. Kopak purse mama, kakak oi..)
Setelah penat membeli candies, kami lepak di depan sitting area dekat dgn kawasan Pos Office. Sambil tunggu Adik puas naik ride yg RM2.00 tu, (Tak masukkan duit pon, bagi dia syok sendiri, naik ala-ala roket gitu) , saya ternampak seorang yang pada mulanya 'macam pernah kulihat ini orang', terdetik di dalam hati.
Fikir punya fikir, bagai nak rak fikir. Haa, baru teringat, itu lah pelakonnya, Hilal Azman. Lebih kurang gaya pakcik-pakcik la gitu. Tapi lakonannya masih mantap dan best kan. Beliau agaknya dah sedia maklum yang beliau tu selebriti, even bukan la yang glamour sangat macam Siti Nurhaliza ke,kan.. Tapi, nampak la yang beliau sentiasa menjaga penampilan beliau.
Berkemeja, berseluar slack. duduk sambil baca surat khabar Metro, tunggu anak isteri shopping agaknya. Tapi yang tak tahan tu, Hilal Azman ni, asyik dok sisir rambut depannya tu. Saya kira, dalam seminit, mau40 kali dia sisir rambut dia. Agaknya rimas kot. Kot ye pun rimas, potong aje lah pakcik yer..
Setelah penat melayan Adik dan Kakak syok sendiri naik ride, saya pun bergerak lah ke bahagian lain KLCC. Sambung window shopping. Hilal Azman pulak, tinggal lah dia dengan rambutnya itu. :P

Happy Birthday Puan Zawiah Hussain
SELAMAT HARI LAHIR MAK..
Terima kasih kerana melahirkan kami
Terima kasih kerana menjaga kami
Bersusah payah demi kami
Terima kasih
Kerana mengajar kami erti kehidupan duniawi dan kepentingan akhirat
Terima kasih atas resepi-resepi mu yang membuatkan kami termimpi-mimpi
Terima kasih kerana berkongsi aura comel mu.
Kerana mak comel,
kami pun chomel ( ohoi..hihi)
Kerana mak pandai masak..
Kami pun pandai masak ( ehem..hihi)
Kerana mak cekal..
Kami turut cekal dan tabah menghadapi hari-hari mendatang
Semoga hari lahirmu pada tahun ini menjadi hari lahir yang lebih gembira dan lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelum ini.
Kami saaaaaaaaaaayang emak!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)