Tabung anak-anak

IPAD BANK

Tuesday, January 22, 2013

PILU BERSENDIRIAN DI WAD KELAS 1 HOSPITAL SERDANG SELANGOR.

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar, sudah setahun berlalu tatkala saya menggemparkan dunia -actually menggemparkan ahli keluarga dengan melahirkan bayi di rumah, tanpa bantuan sesiapa kecuali anak sulung kami yang berusia 4 tahun pada kala itu. 

Tetapi di sini, saya bukan nak kongsi pengalaman melahirkan itu. Sebab saya kira, sudah biasa saya ceritakan di sini. Apa yang saya ingin kongsi adalah pengalaman ketika menjaga Uwais ketika ditahan di NICU di HOSPITAL SERDANG kerana dkhuatiri dijangkiti kuman oleh kerana saya memotong sendiri tali pusatnya ketika dilahirkan.

Uwais ditahan di NICU selama 5 hari untuk meng'complete' kan pengambilan antibiotik yang dicucuk oleh para jururawat dan doktor muda aka doktor pelatih di sana.

Pada hari pertama dan kedua, saya masih lagi di wad kelas 1 di tingkat atas - tidak ingat tingkat berapa, manakala bayi sudah dihantar ke NICU. Masih lagi dalam keadaan sakit yang amat sangat - akibat jahitan- , saya tidak larat untuk turun ke ground floor untuk melihat Uwais, Saya kira, jururawat akan take care Uwais semasa ketiadaan saya di sisi. 

Enak tidur di kamar yang berkongsikan dengan seorang nyonya yang tua, tidur malam kadang-kadang diganggu oleh suara nyonya yang sakit perut, beliau kerap berkata 'pangsai..pangsai' mungkin itu bahasanya untuk ke tandas. Entah, tak tahulah.

Rasa sunyi dan sedih bertukar ganti menyelubungi diri. Di malam hari, kesakitan bersilih ganti dengan keperitan luka jahitan, merenung kerusi sebelah kati yang kosong, tiada siapa yang meneman. Encik suami terpaksa pulang menjaga kakak yang berusia 4 tahun. Selama melahirkan Kakak, saya hanya berjauhan dengan Kakak 2 kali sahaja termasuk kali ini. Kali pertama, terpaksa berpisah dengan Kakak ketika terpaksa mengikuti kursus perguruan di Nilai selama 1 bulan. Tetapi hanya berpisah di siang hari, malam kami berjumpa. Kali kedua ini, berpisah siang dan malam selama 7 hari. Rindu... sedih... semuanya ada. Emak, jauh di Muar, terpaksa berkerja untuk menampung perbelanjaan adik-adik yang masih kecil.

Memang pilu dan sunyi ketika di hospital. Hati bergolak-golak ingin pulang. Pada hari kedua, saya turun ke wad NICU untuk melihat Uwais dan menyusukannya. ketika melihat Adik, Adik jelas lebih kecil badannya dari bayi-bayi lain. wajahnya bujur, badannya kecil, dengan parut tanda lahirkan diatas dahi kiri jelas kelihatan.

Saya duduk di sisi katil Adik, melihatnya tidur, sungguh nyenyak,  jururawat di situ berkata, Adik baharu diberi susu formula, sebab dia sudah menangis kelaparan.

Saya pun naik semula ke bilik saya, menanti waktu melawat, menunggu kehadiran Encik suami. alangkah bahagianya jika Kakak boleh turut masuk ke bilik. Tersangat sunyi dan tersangat pilu hati bila berseorangan. Pada malam pertama selepas melahirkan Adik, berseorangan di bilik,- waktu itu nyonya tu belum check in lagi-, menangis kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi kemudah yang tersangat mudah melahirkan Adik, menangisi dosa-dosa yang dilakukan, menangisi dosa terhadap Allah yang maha pemurah. Sesungguh nya ALLAH MAHA PENGASIH.ALLAHU AKHBAR.

Hari ketiga, saya disahkan boleh check out dari wad, dan diberi option untuk balik ke rumah atau tinggal di NICU menemani bayi yang terpaksa tinggal untuk complete kan pengambilan antibiotik bagi mencegah jangkitan kuman.

Pada awalnya saya ingin pulang, kerana rindu kepada Kakak. Tetapi setelah dinasihati jururawat di NICU, mereka berkata lebih baik jika ibu tinggal menemani bayi kerana boleh beri susu ibu dan bayi akan semakin sihat. Saya pun decided untuk tinggal menemani Adik. Sangat rindu pada akak......




--

Best Regards,
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! 
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe
 
http://enirawardrobe.blogspot.com

No comments:

Post a Comment