Tabung anak-anak

IPAD BANK

Tuesday, January 29, 2013

Bizzy Body VS LONDON WEIGHT MANAGEMENT

I felt like wanna write something about these 2 slimming centers. I have tried both. Hope this info will bring benefits to all my readers out there (in terms of services and from my point of view).  Let's get slimming!!

LONDON 
I bought the trial treatment for RM19.90 FROM roadshow in Seri Kembangan

1. (1 visit only) Treatments for the redeem voucher applicable for :
- Sauna - sangat panas, berpeluh-peluh saya. Tapi my beauty therapist siap bekalkan air masak bersama in case dahaga ( memang dahaga pun.habis diminum) The beauty therapist keep on checking me, tanya, "are you okay, Siti? boleh?" I was like "okay je..." haha..

- Seaweed Massage - detoxification massage, massage untuk lancarkan metabolisme badan dan rawat cellulite di seluruh badan.

- Heat blanket - 45 minutes( their heat blanket is SUPER HOT! Oven hot!)

2. Location that I redeemed the voucher :
Mines Shopping Fair

3. Free gifts
- Dapat a little red lipstic box. Super cute, ada mirror di dalam attached.
- Dapat3 kinds of slimming lotion (vial ajer. kecil sgt, cukup untuk 2-3 times aje)
- Dapat bath towel warna light green.

4.  Services
- Masa you arrive at the place, akan di 'greet' oleh 'amoi-amoi' cantik yang seksi dan senyuman manis (senyum ada makna tu...), berbaju merah, berskirt merah. Bak kata orang, they gave a genuine smile la.
- Customer akan di bawa masuk ke counselling room, yang agak kecil, cukup untuk amoi tu duduk, dan ada 2 extra chairs utk anda dan pasangan anda. Di situ akan berbincang tentang berat badan, dan sebagainya.
- Encik suami di minta tunggu di ruang menunggu sementara customer akan diminta membuka baju dan tinggalkan hanya underwear anda sahaja kerana amoi tu nak ukur seluruh badan anda. perut, peha, arms, punggung, dan sebagainya.
- Setelah itu akan diminta untuk naik atas timbang, untuk ukur berat badan. ( Memang sah la kita ni dikira obesity. Kalau kita punya body cun macam amoi tu, takde la kita datang situ kan?) Tapi tak pe, kalau 1st time, rasa malu, cakap aje amoi tu, malu.. nanti dia pandai la pujuk. Dia akan kata "tak mengapa.. saya sudah tengok ramai orang, saya pun sudah lupa".  Jadi, rasa kureng la sikit malu tu.
- Masuk semula ke bilik perbincangan dengan pakaian lengkap di badan, amoi aka theraphist akan confirm dengan kita, treatment apa yang akan dilakukan pada hari ini.
- Di sini, dari ruang menyambut tetamu, anda aklan dilayan oleh seorang therapist sahaja. Means rasa macam exclusive la. Ada rasa macam personal therapist la, ala-ala artist Hollywood gitu. Each therapist ada customer diorang sendiri, dan mereka akan jaga kita sehingga kita mendapat bentuk badan yang ideal ( itu dia cakap laa.. I pun tak sure)
- Siap sessi menimbang, menyukat, mendengar therapist suruh beli pakej itu.. ini.. semua bergantung kepada kuantiti poket anda sekalian.
- Anda diminta untuk ke bahagian dalam salon. Tukar baju anda kepada 1 piece disposable G string underwear. Dan bra akan diminta buka sekali, anda akan diberi tuala kecil untuk menutup payudara anda at all time semasa di dalam salon tersebut. Dan dibekalkan tuala mandi untuk menutup badan anda. All you rbelongings diminta disimpan di dalam locker yang disediakan. ada kunci sekali.

5. Kemudahan
- Banyak personal Sauna
- Banyak bilik Shower untuk bersihkan badan after treatment (jika mahu). Saya tak shower, tak sempat, anak sudah melalak mahu susu. :)

Home
BIZZY BODY
My husband bought the trial treament for me for RM38 from Sunway Pyramid RoadShow.

1. Treatments for the redeem voucher applicable for 2 visits.
Visit 1
- Ginseng Toning Body Wrap - 15 minutes (badan disapu dan diurut oleh some ginseng lotion yang super melekit, kemudian dibalut oleh clingwrap (iyer, clingwrap yang anda balut ayam tu.) dibalut sangat ketat, sehingga memang rasa macam ayam yang ready untuk di panggang atau di stim oleh tukang masak.badan akan di wrap seluruh badan. kecuali muka)

- Heat blanket  - 30 minutes( their heat blanket is Okay. Tak ada la macam kena panggang rasanya, but still berpeluh like crazy. Siap nak terlelap lagi, siap nak meleleh air liur saya. syiok...)

- Catena Lipo Removal Machine - 30 minutes ( A machine yg ada pad yang diselitkan ke bahagian perut, peha dan arms untuk memecahkan lemak di bahagian tersebut. My beauty theraphist , Ebby, kata, this treatment, you did for 30 minutes, same to do exercise for 3 hours. So, apa lagi? kepada yang malas-malas exercise, sila lah pergi ke mana-mana Bizzy Body terdekat dan ask for the Catena Machine treatment)
Visit 2
- Coffee Scrub - 20 minutes ( Massage untuk larutkan water retention dalam badan. Basically macam massage la, cuma dia pakai scrub. Relaxing.)
- Heat blanket - 30 minutes ( same as heat blanket above)

2. Location that I redeemed the voucher :
Sunway Pyramid , 1st floor, old wing, near to bowling centre. (your husband and kids can main bowling dulu  sementara tunggu you get slimming okay)

3. Free gifts
- Dapat RM100 voucher (totally an eye tricks only. Bukan boleh pakai pun. voucher ni boleh pakai untuk ala carte treatment. dan for your information, diorang punya ala carte price, tersngat mahal. Better ambil package yang ada sahaja. For me, i minus 10 points from the London's gift that I got.
- Dapat cellulite lotion worth RM68 katanya. Tidak berapa kecil, dalam 30 ml kalau tak silap, boleh la dipakai 1 minggu atau lebih sedikit.
- Dapat 2 Slimming Coffee Drinks Sachets. Katanya each berharga RM50. ridiculous price I think, for a slimming coffee sachet. Or mungkin diorang just markup the price la, so bunyik macam la you all dapat "gift" yang tersangat mahal dari diorang. kan?

4. Services
- Masa saya arrived at the counter, ada a'amoi-amoi' cantik ber skirt pendek duduk di depan counter. they gave an indifferent smile. Ada kureng sikit la senyuman meraka ni dari London.
- Soalan yang ditanya pun agak macam kureng sikit. Macam ada sikit lack of ketertiban jika anda menjalani sesuatu service dalam service industry ni. Contohnya  patutnya dia tanya dengan ayat begini "May I have you name, please? Did you make an appointment with us?" Ini tidak, dia tanya saya macam ni "Name? You have made appointmen?" Maanyak cantik la lu punya muka amoi, tanya gua macam tu.. ( cakap dalam hati jek. hehe.. saya masih bersopan okay.)
-Tapi anda akan dijamu Jasmine Tea oleh mereka. Itu pun mereka letak jek atas meja, tanpa pelawa minum. So, pandai-pandai la bawak diri ye.
-Saya isi borang, nama, alamat, yada..yada...yada...siap.
- Diminta masuk ke bilik counselling session. Awal-awal di 'offer' mengambil pakej kurus badan. (belum try lagi pakej, dah suruh beli barang.) Saya yang terkenal dengan firm dengan keputusan saya, saya kata, "i'd like to stick to the plan. for visit  1 stated on the voucher. So, amoi tu kata okay. Dia bawa saya untuk timbang berat badan, dan seperti London, diminta tinggalkan underwear sahaja, berdua-duaan dengan amoi, sambil mengukur berapa lemak yang kita ada. ~~awkward~~
- Diberi kimono wrap dan bra matching colour dan disposable underwear. Anda diminta untuk memakai pakaian tersebut dan menyimpan pakaian and all your belongings di dalam locker yang telah disediakan. Ada kunci. Kunci tu boleh pakai as a bracelet sepanjang sesi terapi. Tak payah susah-susah bawa phone, sebab tangan anda akan di selimut dalam heat blanket. Contact aja family anda selepas selesai terapi
- Kembali ke counselling session, amoi itu keluar, dihantar seorang therapist untuk menemani dan melayan saya pada hari tersebut. Namanya Ebby. Agaknya diorang beri therapist Melayu untuk pelanggan Melayu.
- Ebby tersangat baik. Kecil aja budaknya.
- Beliau mengukur badan saya, setiap inci dan merekod dalam kertas details tentang customer.
- Sesi terapi bermula.
- from start therapy till finish, dilakukan ole seorang therapist, iaitu Ebby.

5. Kemudahan
- Dapat pakai kimono wrap dan bra yang cute dan matching, tak ada la rasa macam bogel aje seperti di London. Dan diorang beri disposable panties, bukan disposable G string, okey la tu, not bad.
-  1st trial dapat merasa treatment Catena Machine yang best la, katanya boleh burn fat sebanyak 350kJ


So, sudah dapat idea mana yang anda berkenan? To me, I'll give a short and simple conclusion below.

In term of  customer service, London la menang, diorang smile sampai telinga. Not your therapist aje, all of them,mana-mana yang nampak you , akan tersengih-sengih macam kerang busuk.

In term of treatment, both of them same la. London pun ada machine dia, Bizzy Body pun ada. Harga pun sama sahaja. Sebab tu I tak assign mana-mana pun lagi, dok ambil trial sahaja dulu sebab i'm finding the best place for all parts, in terms of customer service and treatments. Tapi, my therapist kat Bizzybody, memang baik orangnya. Thanks Ebby!  :)

unuk teknik kuruskab badan cara teknok pembekuan lemak, sila ke sini

Takziah kepada keluarga adik William Lau



Renung-renungkan.. memang semua yang berlaku adalah ketentuan Ilahi, tetapi Allah beri kita pilihan. Jadi, berusaha untuk membuat pilihan terbaik untuk keselamatan anak-anak. Specially nowadays, kanak-kanak memang tidak selamat bersendirian walau di mana sahaja, even di rumah sendiri. Seperti kata orang tua, "biar kamu (anak) yang menangis, bukan kami (ibu bapa) yang menangis" dan senang kata, trust no one but yourself. 
Saya pun, cukup takut apabila membawa anak membeli belah. Yang kakak sudah mula melompat-lompat, berlari sana-sini. Tak semena-mena menjerit haku dibuatnya kat shopping mall. Buat tak tahu aje lah, dan parents yang ada di sekitar pun takde pula yang memandang serong, semua okay je, takde pula yang membuat pandangan serong.(atau merekatakut kepada ku? Takut dijerit sekali? Hee..entah lah)
Pendek kata, watch your kids like a hawk! Jangan terlepas pandang. even se saat. 
Sebab itu b agi parents, aktiviti berjalan bersama anak-anak merupakan satu challlenge yang amat besar (dan penat juga)
Tetapi, anak itu anugerah Allah, akan saya jaga sebaik-baik mungkin. Akan saya korbankan segalanya untuk keselamatan dan kebaikan mereka.  :)
Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi Allah SWT. :)

Friday, January 25, 2013

Almarhumah Siti Hajar Ahmad Sabir

Innalillahiwainnailaihiraajiuun..
Bismillahirrahmaanirrahiim.

Saya tidak mahu cliche dengan meng copy dan paste cerita tentang almahrumah adik Siti Hajar Ahmad Sabir berkenaan catatan terakhir almarhumah semasa hari-hari beliau di dunia ini. Catatan tersebut ditulis oleh ibu beliau sendiri.

Anda boleh baca catatan ibu almarhumah adik Siti Hajar di sini.
almarhumah Siti Hajar - picture credit to mujahida2u.blogspot.com
Melihat wajah beliau, jelas menunjukkan wajah seorang anak yang baik. Saya mendoakan agar roh almarhumah berada di kalangan para syuhada'. Tidak pula saya mengenali beliau. Hanya mengenali almarhumah daripada viral catatan yang saya baca.

Pendirian almarhumah dan keluarga sangat menyentuh hati. Sungguh dalam iman bagi orang muda seawal usia 20 tahun.  Saya turut membaca bahawa pusara almarhumah wangi dan liang lahadnya terang ketika dikebumikan. Subhanallah.

Begitu tenang dan redha ketika almarhumah di ambang kematian. Subhanallah. Malu saya jika dibanding dengan almarhumah yang masih muda jika dibandingkan dari soal keimanan dan keagamaan. Subhanallah, catatan ibu almarhumah membuka mata dan mata hati saya untuk menjadi insan yang lebih baik dan saya berhasrat untuk menambah keimanan dan mendidik anak-anak menjadik muslim terbaik, sebaik almarhumah Siti Hajar. Baik yang saya katakan bukanlah baik bererti saya kenal dengan beliau. Saya bermaksud bahawa baik sebagai muslim, hamba Allah di muka bumi ini.

Sesungguh orang yang dipanggil menghadap Ilahi adalah orang yang dikasihi Allah SWT. Pengetahuan saya tentang agama masih cetek. Sila betulkan saya jika saya khilaf.

Wahai adikku Siti Hajar Ahmad Sabir, berehat dan tenanglah di sana. Sesungguhnya kami bakal menyusulmu kemudian. Semoga Allah membimbing saya dan keluarga ke jalan yang di redhai Nya.


Tuesday, January 22, 2013

patung yang macam hidup---scary....

PILU BERSENDIRIAN DI WAD KELAS 1 HOSPITAL SERDANG SELANGOR.

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar, sudah setahun berlalu tatkala saya menggemparkan dunia -actually menggemparkan ahli keluarga dengan melahirkan bayi di rumah, tanpa bantuan sesiapa kecuali anak sulung kami yang berusia 4 tahun pada kala itu. 

Tetapi di sini, saya bukan nak kongsi pengalaman melahirkan itu. Sebab saya kira, sudah biasa saya ceritakan di sini. Apa yang saya ingin kongsi adalah pengalaman ketika menjaga Uwais ketika ditahan di NICU di HOSPITAL SERDANG kerana dkhuatiri dijangkiti kuman oleh kerana saya memotong sendiri tali pusatnya ketika dilahirkan.

Uwais ditahan di NICU selama 5 hari untuk meng'complete' kan pengambilan antibiotik yang dicucuk oleh para jururawat dan doktor muda aka doktor pelatih di sana.

Pada hari pertama dan kedua, saya masih lagi di wad kelas 1 di tingkat atas - tidak ingat tingkat berapa, manakala bayi sudah dihantar ke NICU. Masih lagi dalam keadaan sakit yang amat sangat - akibat jahitan- , saya tidak larat untuk turun ke ground floor untuk melihat Uwais, Saya kira, jururawat akan take care Uwais semasa ketiadaan saya di sisi. 

Enak tidur di kamar yang berkongsikan dengan seorang nyonya yang tua, tidur malam kadang-kadang diganggu oleh suara nyonya yang sakit perut, beliau kerap berkata 'pangsai..pangsai' mungkin itu bahasanya untuk ke tandas. Entah, tak tahulah.

Rasa sunyi dan sedih bertukar ganti menyelubungi diri. Di malam hari, kesakitan bersilih ganti dengan keperitan luka jahitan, merenung kerusi sebelah kati yang kosong, tiada siapa yang meneman. Encik suami terpaksa pulang menjaga kakak yang berusia 4 tahun. Selama melahirkan Kakak, saya hanya berjauhan dengan Kakak 2 kali sahaja termasuk kali ini. Kali pertama, terpaksa berpisah dengan Kakak ketika terpaksa mengikuti kursus perguruan di Nilai selama 1 bulan. Tetapi hanya berpisah di siang hari, malam kami berjumpa. Kali kedua ini, berpisah siang dan malam selama 7 hari. Rindu... sedih... semuanya ada. Emak, jauh di Muar, terpaksa berkerja untuk menampung perbelanjaan adik-adik yang masih kecil.

Memang pilu dan sunyi ketika di hospital. Hati bergolak-golak ingin pulang. Pada hari kedua, saya turun ke wad NICU untuk melihat Uwais dan menyusukannya. ketika melihat Adik, Adik jelas lebih kecil badannya dari bayi-bayi lain. wajahnya bujur, badannya kecil, dengan parut tanda lahirkan diatas dahi kiri jelas kelihatan.

Saya duduk di sisi katil Adik, melihatnya tidur, sungguh nyenyak,  jururawat di situ berkata, Adik baharu diberi susu formula, sebab dia sudah menangis kelaparan.

Saya pun naik semula ke bilik saya, menanti waktu melawat, menunggu kehadiran Encik suami. alangkah bahagianya jika Kakak boleh turut masuk ke bilik. Tersangat sunyi dan tersangat pilu hati bila berseorangan. Pada malam pertama selepas melahirkan Adik, berseorangan di bilik,- waktu itu nyonya tu belum check in lagi-, menangis kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi kemudah yang tersangat mudah melahirkan Adik, menangisi dosa-dosa yang dilakukan, menangisi dosa terhadap Allah yang maha pemurah. Sesungguh nya ALLAH MAHA PENGASIH.ALLAHU AKHBAR.

Hari ketiga, saya disahkan boleh check out dari wad, dan diberi option untuk balik ke rumah atau tinggal di NICU menemani bayi yang terpaksa tinggal untuk complete kan pengambilan antibiotik bagi mencegah jangkitan kuman.

Pada awalnya saya ingin pulang, kerana rindu kepada Kakak. Tetapi setelah dinasihati jururawat di NICU, mereka berkata lebih baik jika ibu tinggal menemani bayi kerana boleh beri susu ibu dan bayi akan semakin sihat. Saya pun decided untuk tinggal menemani Adik. Sangat rindu pada akak......




--

Best Regards,
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! 
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe
 
http://enirawardrobe.blogspot.com

Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year or Scary New Year??

MEUE sedang menonton live streaming TV2 - Musang BErjanggut. Tatkala itu, terdengar jeritan berteriak sana sini. sejurus itu, MEUE melihat jam di komputer. "Owh, tepat pukul 12 rupanya."

So what if its a new year. terdetik di dalam hati. Iye lah. Happy New Year lah. So what? Tak payah lah terjerit-jerit terpekik terlolong orang-orang di luar sana. Bikin orang kaget aja. Bunyi dentaman mercun dah lah ibarat dentaman peluru berpandu. Ditambah pula dengan jeritan orang seperti meminta tolong. Buruk benar gaya mereka meraikan tahun baru.

Seriously said, memang sebijik jeritan seperti meminta tolong dan ibarat orang di dalam kesusahan. dah la anak-anak meue sedang nyenyak tidur, bising pulak orang-orang ni. Takkan lah hanya melihat mercun New Year, anda dah excited bagai nak rak. Even budak-budak pun tak macxam tu rasanya.

To readers out there, MEUE wishes you have a wonderful and great life throughout the year. Insha Allah.

--

Best Regards,
enirawardrobe
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! 
http://www.emailcashpro.com/?r=enirawardrobe
 
http://enirawardrobe.blogspot.com