Hari ini, MEUE tidak ada apa-apa plan untuk ditulis. Cuma MEUE rasa nak kongsi sikit tentang ada lah seorang dua blogger ni, MEUE memang follow mereka punya blog. So everytime mereka update, MEUE akan dapat baca.
Yang MEUE pelik, blogger-blogger ni, memang kaya gaban orangnya. Memang lah mereka tak bagitahu yang mereka ni anak orang kaya, atau mereka sendiri yang banyak duit. Cuma daripada penilaian mata kasar, dah mereka post gambar - gambar makan Starbucks hari-hari (hari-hari, tahu? bukan sebulan sekali), mereka post hari-hari makan spaghetti, mereka post beli baju baru hari-hari.
Apakah pengguna blogger semuanya kaya gaban kah? hanya MEUE sahaja kah yang hidup segan, mati tak mahu? Eh, bukan begitu, maksud MEUE, hanya saya sahajakah yang hidup berpijak di bumi nyata ini. Hidup kami tidaklah sekaya seperti di dalam drama. Almaklumlah, sekarang ini, semua barang mahal, kamu cuba lah pergi tandas kat KLCC, berapa ringgit nak masuk sekali ? RM2!
MEUE bukan saja gatal taknak guna tandas kat level lain yang free tu, cuma, kat tandas yang berbayar tu aje ada tempat untuk menukar lampin bayi.
Berbalik kepada blogger-blogger yang kaya raya. haa.. lepas tu, mereka post gambar-gambar mereka di rumah yang besar yang amat, kereta-kereta yang berada di luar kawasan rumah mereka yang memang dikategorikan sebagai SUPER CAR, itulah membuatkan MEUE musykil, memangkah blogger ni memang untuk masyarakat kaya gaban? Kalau macam tu, tak layaklah MEUE nampaknya.
Kita ni, rupa pun tak ada, harta, biasa-biasa aja. Tapi tak apalah.. Ambil sebagai warna-warni kehidupan sahaja, ada orang senang, ada orang sederhana, ada juga orang hidup susah. Yang penting, kita jaga kehidupan masing-masing sebaik-baiknya. Bagi MEUE, terus mendidik anak-anak yang comel ini, hingga menjadi muslim terbaik dunia dan akhirat nanti.
InsyAllah. Amin!
Nak tengok video baby MEUE yang kuat merengek? silakan ke sini jangan lupa tinggalkan komen!!
No comments:
Post a Comment