Tabung anak-anak

IPAD BANK

Thursday, September 13, 2012

Nak cantik.. dapur WHI

Berdasarkan kepada WHI aka Wanita Hari Ini lagi. Hari ini, 13 September 2012, WHI bertajuk nak cantik dapur?Tetamu yang hadir, seorang interior designer lelaki Linda Onn dan Chef bertubuh kecil, Anis Nabila.

Linda Onn mempunyai 4 dapur di dalam rumahnya? Memang terbaik. Sebab aku, nak buat 1 dapur untuk rumah sendiri pun susah, inikan pula 4 dapur? Memang terbaik. Kenapa aku tulis terbaik? Sebab tak tahu nak tulis perkataan apa yang sesuai untuk orang yang mempunyai 3 dapur di dalam 1 rumah.

Lagi seorang yang mempunyai 3 dapur di dalam satu rumah, adalah pengasas produk PAMOGA. Dr Hamiza (maafkan saya jikalau silap). Rumah beliau mempunyai dapur dapur yang sangat cantik.

Antara topik yang dibincangkan, jika dapur dah dibuat mahal mahal, sayang pulak nak gunakan selalu, takut berminyak. Seperti yang LInda Onn katakan, kalau dah spend beribu ribu untuk dapur, gunalah dapur anda, tak payah nak sayang. Kalau sayang, at first place, tak payah buat dapur, buat tempat cuci tangan aje, baru tak membazir.

Bagi aku yang juga sedang mencari dapur terbaik untukku, ada lah sedikit ilmu aku google, aku pelajari dari designer designer dapur yang kami sekeluarga temui. Antaranya ialah :

  • Kalau nak counter top yang tahan air, haba, pilih lah solid surface daripada melamine atau pun MIECO. Kalau dapat yang granite mahu pun quartz stone, lagi lah bagus.
  • Kalau pintu kabinet, pastikan beritahu penulis lakaran apa yang anda mahu. Contohnya, nak pintu yang "soft close" dan "drawer" yang "soft close". Tapi, sediakan wang lebih, sebab "drawer" "softclose" mahal harganya. satu set, lebih kurang RM350 untuk 3 laci. Kalau anda boleh dapatkan harga yang lebih murah, sila bagitahu saya, sebab saya pun nak cari juga supplier yang tawarkan harga yang murah.
  • Ada juga pembuat kabinet dapur yang menawarkan bahagian dalaman yang bercirikan aluminium, memang bagus dan lebih "termite-proof". Tak ada lah sibuk takutkan anai-anai makan kabinet anda nanti. Cuma satu je keburukan aluminium based ni, harga, memang mahal. Haritu aku ke PErfect Living Expo di PWTC, aku saja lah minta quotation untuk kabinet 8 kaki x 5 kaki, untuk aluminium based, mencecah RM15K harganya. Jauh betul harga nya dari kabinet yang berasaskan kayu atau pun istilah kabinet dapur, "solid wood"
  • Seterusnya, tepuk dada, tanya lah selera, check lah beg duit, pada aku, biarlah dapur tu memang digunakan sehabis habisan dan bukan hanya aset untuk ditunjuk pada orang. Bak kata orang putih, "worth buying" la.. Cuma kena rajin survey dan bandingkan harga, jangan main terjah aje, nanti menyesal. Berikut adalah antara dapur idaman aku. Kalau lah dapur aku macam ni, hari2 aku masak 5 jenis lauk. Seronoknyaa...

small house kitchen plans


New Kitchen Ideas Home Minimalist


New Kitchen Ideas Curve Design


No comments:

Post a Comment