Syukur kepada rahmat Mu ya Allah, bertemu kembali aku bulan kemuliaanMu ini ya Allah.
Semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir bagiku, anak2, suami, , ibu saudaraku tercinta dan ibu tersayangku..
Semoga kau sinarilah cahaya Nur Mu ke dalam keluarga kami ini ya Allah..Sesungguhnya kami adalah hamba Mu yang alpa dan sentiasa lupa dan sentiasa membuat dosa kepadaMu Ya Allah.
Hanya kepadaMu aku meminta minta kerana aku yakin, hanya Engkau yang mampu merubah segala yang kurang cantik kepada yang istimewa, segala yang menyakitkan kepada yang sangat selesa dan segala yang berkurangan, kepada yang cukup untuk memuaskan hati kami yang sentiasa meminta minta ini ya Allah.
Hanya kepada Mu aku meminta minta.. kerana aku tahu, Engkau tidak pernah tidur, Engkau tidak pernah tidak adil ya Allah..
Ampunkanlah dosa dosa hamba mu ini,
sinarilah Nur Sakinah ke dalam keluarga ini semoga kami berada di kalangan hamba hamba yang Engkau sayangi, Ya Rabb...
No comments:
Post a Comment