Kedekut, pengecut dan munafik telah terhimpun dalam diri seorang Yahudi Madinah. Dia adalah Jad bin Qais, iaitu salah seorang yang termasuk dalam golongan orang-orang munafik. Dia seorang yang bertubuh kurus dan pengecut. Jad bin Qais adalah seorang yang terkemuka dari Bani Salamah. Ketika hendak berangkat menuju ke perang Tabuk, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Wahai Jadi bin Qais, adakah kamu memiliki keberanian untuk menghadapi Bani Ashfar (Romawi)?"
Jad menjawab, "Wahai Rasulullah, kaumku telah mengetahui bahawa aku adalah orang yang mudah terpikat dengan wanita. Aku takut jika aku melihat wanita-wanita Bani Ashfar, aku akan tergila-gilakan mereka. Oleh itu, janganlah engkau menjerumuskan aku dengannya dan izinkanlah agar aku tidak mengikuti peperangan ini. Selepas itu, aku akan menolongmu dengan hartaku."
Nabi Muhammad SAW menolaknya dan berkata, "Aku izinkan kamu,"
Berkenaan dengan peristiwa ini, turun ayat yang berbunyi,
"Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata, "Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah". Ketahuilah, mereka telahpun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan dusta itu). Dan sesungguhnya, azab Jahanam meliputi orang-orang yang kafir." - Surah At Taubah : Ayat 49
Ketika ayat berkenaan dengan munafik ini (Jad bin Qais) yang berasal dari Bani Salamah turun, Nabi SAW berkata kepada mereka, "Siapakah pemimpin kamu?"
"Jad bin Qais, tetapi dia seorang yang kedekut dan pengecut," jawab mereka.
"Penyakit apakah yang lebih berbahaya dari sifat kedekut? Pemimpin kamu sekarang aalah seorang pemuda,"
Thursday, June 20, 2013
Wednesday, June 19, 2013
Keperibadian seorang munafik
Suatu hari, Abdullah bin Nabtal menyertai pertemuan bersama Rasulullah SAW. Lalu dia kembali kepada kaun Yahudi Madinah dan menceritakan apa yang telah didengarinya di pertemuan tersebut.
Pada suatu ketika, Rasulullah SAW berhimpun bersama para sahabatnya di rumah baginda. Lalu bersabda, "Di antara kamu akan ada seorang yang hatinya bagaikan hati seorang yang zalim dan dia memandang seperti pandangan syaitan. Oleh sebab itu, janganlah kamu bercakap dengannya."
Lalu, Abdullah bin Nabtal pergi ke hadapan mereka dan dia terus ditanya oleh Rasulullah SAW. "Atas dasar apakah kamu dan teman-temanmu menghinaku?"
Abdullah bin Nabtal bersumpah atas nama Allah bahawa dia dan teman-temannya tidak pernah menghina Rasulullah SAW.
Berkenaaan dengan peristiwa ini, turunlah ayat yang berbunyi;
"Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)" Mereka itu bukanlah dari golongan kamu danbukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik); dan mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (mereka adalah berdusta)."
- Surah Al- Mujaadalah : Ayat 14

Tuesday, June 11, 2013
M.E di perpustakaan negara malaysia
Hari lahir M.E disambut pada hari kerja. Since ayahnya memang tengah super busy, so tak cuit lah untuk celebrate birthday kakak. That day, I just brought her to PNM to read books and mingling with other kids.
Here are the funny conversation about my daughter with her new friend.
Lokasi : National Library
Tarikh : 4 Jun 2013
Hari : Selasa
M.E : Nama awak siapa? Nama saya Merida. Kalau dalam English, bunyinya MERADA. Kalau dalam Bahasa Melayu, bunyinya MERIDA. Okay?
Nuha : Okay. Saya Nuha.
M.E : Kenapa nama awak Nuha? Kenapa macam tu? (Ada ke soalan macam ini, nak oi. Kalau lah dengarnya mak si Nuha tu, tak ke niaya..)
Nuha : Entah. Saya pun tak tahu..
( Mereka bersalaman tangan )
Nuha : Nama adik awak siapa, Merida?
M.E : Nama adik saya Boys.
Saya : Namanya Uwais.
M.E : Bukan, hari ini namanya Boys. Ini adik Merida. Nuha, awak tahu tak, hari ini Birthday saya.
Nuha : Oh yeke? Happy Birthday Merida!!
(Dua-dua senyum, sambil berpegangan tangan)
.......
Sejak dari situ, sepanjang hari mereka membaca bersama, M.E. dipanggil Merida.
"Merida..Merida.. Jom kita baca buku ni sama-sama."
"Merida, Merida, Jom cari buku di sebelah sana."
"Merida, Merida, Jom kita duduk di sini sambil baca buku."
Dan apabila tiba waktu Asar, kami ingin ke Surau, M.E terpaksa berpisah dengan Nuha. Mereka bersalaman, tangan saling melambai, dan yang paling M.E. seronok sekali adalah, sepanjang hari tersebut, Nuha hanya mengenalinya dengan nama Merida, bukan Mysarrah.

Subscribe to:
Posts (Atom)